Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 3:33 pm on April 30, 2008 Permalink | Reply  

    seKiTar cAtaTan ‘LivE dr pArLiMen’ 

    Aku pn sebenarnya x tau kul brape start ‘Live dr Parlimen’ nih td. Tetiba jek adik aku jerit suh bukak TV1. Aku igtkn tunjuk pasal Man U g final Champions League tu ke. Ala klu pasal tu aku pn x heran coz aku brjaga tgk game nye (wlupn duk sesak nafas spanjang masa). Uper2nya siaran langsung dari Parlimen. Haha menarik gak nih. Slalunye aku dpt tgk sidang live nih di Klantan jek. Kali ni di Parlimen lak. Ade pembaharuan walaupun 30 mnt jek, tp bile aku tgk jam dh trbabas smpai 45 mnt. Mungkin sbb penerbit tu x smpai hati nk cut time PM ngah bagi jawapan. Kualiti gambo pn cantik. Xde la cam kat cd2 yg aku beli tu or liputan sidang parlimen lepas2. Kali ni puas aku tgk wajah2 pimpinan aku yg menang aritu. Tok Guru Hj. hadi pn segak jek. Berbaju melayu bersamping dgn ‘kot’ nye.

    Seperti biasa yang aku tgk puak Pakatan Rakyat ni la yg menghidupkan Dewan Rakyat nih. Sementelah plak YDP Dewan Rakyat nye org baru. Tunggang langgang jadinye perjalanan majlis tu td. Ntahapa2 cakapnya sampai aku pn naik hangin. Kejap kata boleh, kejap kata muktamad. Mangkuk btoi. bior di rasanya kena hentam ngan si Karpal Singh tu. Hingga smpai satu masa tu dia gunakan kuasa sndiri utk menolak soalan tambahan yang nk dikemukakan pada PM. Boleh plak cmtu. Kit Siang (MP Kawasan aku tu) bangun minak penjelasan. Klu xleh nk bg soalan tambahan baik PM datang baca jek jawapan lepas tu blah pegi, katanya. Namun aku lihat PM menggunakan kebijaksanaannya memandangkan siaran sidang kali ini dibuat secara langsung pastinya akan memalukan pihak kerajaan jika tidak diberi laluan unuk soalan tambahan. Dia mintakYDP Dewan Rakyat yg mangkuk tu benarkan soalan tambahan. Pudor giler muka mangkuk tu. Haha amik kau. Nak ngampu x kene tempat. Klu 2004 dlu mgkin ar seswai sikap ko cmtu.

    Sidang kali nih gak spt biasa mncerminkan akhlak MP kjaan yg begitu buruk skali. Contohnya sewaktu Karpal Singh ingin meminta penjelasan YDP Dwn Rakyat, bangun Bung Mokhtarudin untuk mnganggunya sehinggakan ke satu tahap menghina fizikal Karpal Singh apabila mencabarnya bangun berdiri. Mmg tahap cipan btoi akhlak mamat nih. Sama la jugak ngan bekas menteri yg meraba bontot pelayan kelab tu. Muka x malu selamba jek dtg Parlimen tu. Ape jenis orang la depa nih. Betoi arr Karpal Singh kata diorg nih ‘big foot’

    Esok aku nk tgk aksi seterusnya MP2 nih berbahas. Harapnya jgn ada perancangan time wakil kjaan brcakap jek diambil secara langsung. Bila time pembangkang dipotong2. Kalau leh abiskan jek smpai kul 2 ptg tu. Puas sket tgk aksi n gelagat badut2 BN tu :-D

     
  • shamsuleffendey 2:10 pm on April 30, 2008 Permalink | Reply  

    taKZiah… 

    Pagi nih aku mndapat berita sahabat aku, Muhammad Nizam @ Leman BSN kehilangan adik lelakinya yang trsayang. Aku mmg tau adiknya kena tahan wad sbb ngidap sakit kencing manis yg agak kronik dan juga komplikasi buah piggang. Hampir sebulan jugak aku rasa adiknye trlantar koma di wad CCU Hosp. Besar Ipoh. Aku dah g ziarah ngan KP aku, Salman. Masa ‘kume’ ziarah tu pn adiknya mmg dh x sedar. Hanya bergantung harap dengan mesin bantuan pernafasan.

    So dpt jek brite pg td, aku pn g la ziarah umah maknya di Kg. Sri Kinta setelah dpt tau jenazah adiknya dah tiba. Ikut crite Leman td, adiknya disahkan meninggal dunia pada jam 07.30pg. Pihak hospital dah call keluarganya bgtau keadaan adiknya yg tenat tiba2 pg td dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

    Urusan mandi & kafan jenazah dilakukan di hospital dan jenazah adiknya telah dibawa kerumah maknya sementara menunggu urusan menggali liang disempurnakan. Aku hanya sempat menyembahyangkan jenazah adiknya. Urusan pengkembumian selesai sekitar jam 1 ptg td. Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada keluarga ALlahyarham terutama Leman. Mudah2an roh ALlahyarham ditempatkan dikalangan org2 beriman insyaALlah.

    Al-fatihah…

     
  • shamsuleffendey 8:45 am on April 30, 2008 Permalink | Reply  

    GloRy gLorY MaN YoOo 

    Man Yooo

    Haha sperti yang dijangka, Man U bjaya gak ke final Champions League. Aku dh awal2 set kn alarm kt hp nih nk tgk game tu. Lantak la, arinih aku mesti matikan terus badi yg dh lama hantui hidup aku nih. Ikutkn aku jaga on time, tp lepak sat golek2. Tetiba riuh dengo sorak dr kedai tomyam kat umah aku tuh. Gol ar kot. Bingkas bangun bukak tv. Aduhhhh… dpt tgk replay jek goal paul scholes tu. Siot toi la. Detik2 pastu la yg bikin aku sesak napas. Nyaris Man U dpt brthn smpai tamat. So sowy la Barca. Thn dpn cube lagik ek.

    Agak2 korang sapa le lawan Man U kat final nnt ek? Liv ke Chelsea? Klu Liv, peluang team aku nk julang piala Champions League tuh tramat2 la cerah. So korang tlg2 la sokong Liv mng pagi kang ek. Hik hik :-P

    Tp team mana pn yg lawan ngan team aku nih, kita jmpa di Moscow hujung bln 5 nnt. Jumpa di sanaaaa :-D

    Glory Glory Man U

     
  • shamsuleffendey 6:51 pm on April 29, 2008 Permalink | Reply  

    LawaTan… 

    Arinih seawal 10 pg, kwn aku si Hadhri dh ajak ke Institut Tadbiran Islam (INTIM). Aku pn hampir trlupa janji ngan dia smlm. So aku on je la. INTIM terletak di Jalan Dairy, Ipoh bersebelahan dengan Masjid Sultan Azlan Shah. Biasanye program2 keagamaan la yg buat kt situ. Tp hanya program2 yg berkait ngan kepentingan Arm No la. Cuma smenjak Pakatan Rakyat nih menang la baru nk merasa buat program kt sini. Seingat aku xnah jejak pn lg kaki kat INTIM ni. Kt msjid sbelah tu ade la. Lgpn xde benda pn aku nk buat kt INTIM tu.

    Tujuan g sana td nk survey Dewan Serbaguna INTIM tu. Ikutkan plan asal, kat dewan tu la nk buat sambutan Hari Guru PASTI Perak 2008. Hadhri ni la pengarah pogramnye. Mmg seswai sgt arr bagi aku. So far yg aku tgk keje dia, dia nih komited ngan tugas. Nk bgtau komited ke x nye mamat nih, ari ahad lpas dia suh aku kontek ajk pelaksana adakan mesyuarat program ni. Bantainye sume org penting x dtg. Kensel trus meeting. Haha nk wat cmne. Memasing sibuk ngan hal keje n jemaah. Tp pointnya yg nk aku bgtau kt korang, wlupn meeting x jd keje ttp on.

    Sampai kat INTIM, aku tgk cikgu Manaf n Kak Umi dh smpai. Mmg dijemput skali. Diorg bedua pn org penting program nih. Cikgu Manaf uruskan bahagian jamuan & kak Umi lak Ketua MGP PASTI Perak. Kebetulan kt situ agak ramai org. Ade program la kot. Bila dirisik2 upernyer yg ramai2 tu naib2 kadhi seluruh Perak. Mmg rutin bulanan kata salah seorg pakcik tu. Kebetulan ada kena mngena ngan Hadhri ni. Patut la kamcing jek. Bila bgtau jek tujuan kami nih dtg, dia kata kompom dapatnye dewan tuh. Ecehhh cam dia lak Pngetua INTIM nih. Main sdap molot jek nk luluskan. Gile kuasa toi. Haha. Hadhri kata pakcik nih Arm No. Patut la :-D

    Kendian kitaorg g naik pjbt pentadbirannya kat tingkat 1. Jumpa ngan Cik Ila, yg uruskn bahagian tempahan dewan nih. Cun jgak. Cmni aku nk cadangkan kt boss aku suh wat slalu program kat INTIM ni. Haha. Tp yang spoilnye adelak sorg akak tu leh wat lawak Mr. Bean. Kata aku xde wat tempahan. Aku dah brpeluh coz Hadhri dh ushar aku. Mati arr camni. Tetiba jek berpeluh. Punah harapan nk mkn free arinih, kata aku dlm hati. Nyaris la Cik Ila ni semak balik. Jumpa surat yg aku faks aritu. Haha. Harapan mkn free berbunga kembali. Kih kih. So pas aku isi borang tempahan dewan, kitaorg mintak nk tgk dewan tu. Cik Ila iring kami kedewan. So dah puas hati kitaorg pn mintak diri balik. Then cam biasa, pengarah program banjer makan tghari. AlhamduliLLah, klu dpt pngarah program cmni slalu leh gemuk aku. Haha. Buat Hadhri yang bek hati, time kasih banje kume ni mkn :-P

    pengarah, kak Umi. Cik Ila n Cgu Manap

    dalam Dewan Serbaguna INTIM

     
    • nursaiful 10:30 am on April 30, 2008 Permalink | Reply

      Assalamualaikum wrt.

      Tentang soalan saudara, snap shot tu (kalau tidak silap saya) adalah aplikasi yang membolehkan kita melihat (preview) gambar menerusi tetingkap baru (snap shot window) sama ada gambar itu di’link’kan kepada teks ataupun gambar thumbnail.

      dalam erti kata lain, snapshot tidak ada kena-mengena dengan resize gambar di dalam posting.

      untuk installasi snapshot, saudara kena install snapshot plugins ke dalam folder plugins, tapi masalahnya saudara memblog menggunakan wordpres.com, dan wordpress.com tidak membenarkan sebarang muat turun theme atau plugins.

      Apapun, cuba check bahagian plugins blog saudara, dan activate mana-mana yang saudara inginkan. :-)

  • shamsuleffendey 9:07 pm on April 28, 2008 Permalink | Reply  

    IniLah keTUa bApOk M’sIa 

    Hisham siBapok Tua disamping seekor beruk hitam sakti

    Haha kali nih aku nk tunjukkan pada hangpa Ketua Bapok2 Tua Malaysia, Hishamsiah Aww. Kalau hangpa tgk gambo dia nyarungkan keris pn korang leh agak camne pondannyer sifat dia nih. Konon nk tunjuk teror sgt. Last2 tpaksa menerap mnjilat ludah sndiri & lebih teruk lagik tpaksa mnjilat sama lidah org lain. Sanggup si bapok ni menghina diri dan organisasi semata2 nk dapatkan kembali sokongan kaum lain. So dah terang lagik bersuluh buat korang, parti mana yang lebih bermaruah samada PAS @ Arm No?

    PAS walaupun diasak hebat oleh kawan dan lawan untuk menggugurkan keinginannya melaksanakan syari’at Islamiah dibumi M’sia nih, ttp masih kekal dengan prinsip perjuangannya. Tak berganjak sedikitpun. Takde pn trkeluar kenyataan pimpinan atau ahli yg mempertikaikan prinsip perjuangan PAS nih.

    Tp si bapok tua nih, baru kalah & hilang skongan kaum lain terus naik sasau. Hilang kewarasan bertindak hinggakan terpaksa tunduk pada desakan kaum lain semata2 atas nama menjaga hati dan undi. Memalukan kaum melayu betoi la wahai Hishamsiah Aww si bapok tua. Len kali jgn duk cabut keris. Lebih baik hang cabut lari jek. Inikah yang boleh dikategorikan pejuang bangsa??? Layakkah si bapok tua nih mewakili suara org melayu? Korang pikir la sndiri. Klu korang rasa dia nih x layak langsung, mmg patut la aku gelarkan dia Ketua Bapok M’sia kan? :-D

     
  • shamsuleffendey 8:49 pm on April 28, 2008 Permalink | Reply  

    tV3 tARik diRi aNjUr kArnIVaL JoM hEbOh dI pERAk 

    IPOH 27 APRIL : Stesen televisyen swasta TV3 menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menganjurkan program bergerak Karnival Jom Heboh di Perak pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, di sini, Ahad.

    Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.

    Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian.

    “Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsipprinsip kita,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung tahunan ke14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

    Karnival Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.

    Ia merupakan program bergerak yang diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia.

    Majlis Mufti-mufti Malaysia, melalui Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

    Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007, berlangsung di Stadium Indera Mulia.

    Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.

    Sementara itu, Mohammad Nizar berkata gelaran Datuk Seri yang diterimanya bukanlah untuk dirinya tetapi adalah untuk kesemua 2.3 juta rakyat Perak yang telah berani membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas dan meraikan perubahan tersebut.

    Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-80 pada 19 April lepas. BERNAMA

    ***************************************************************************

    Komen aku :

    AlhamduliLLah tanpa dipaksa tV3 suku nih paham sndiri. Depa ingat bila depa tarik diri, kjaan Perak akan gusar. Aku harap situasi nih digunakan sebaik mungkin oleh PAS Pusat agar dapat mencadangkan satu karnival hiburan alternatif, yang lebih menepati garis2 yang dibolehkan oleh syara’ dapat diadakan (cntoh : Karnival Halalria ) di kelima2 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Perak pernah mengadakannya. Penang pun aku rasa dh penah. Begitu juga di Kedah. Mudah2an ianya dilihat satu alternatif program & hiburan yang lebih menepati syari’at agama kita. Aku harap jugak ianya mampu menjadi satu program yg lebih slamat oleh para ibu bapa buat anak2 mereka dan dapat mnyelamatkan anak2 muda dari terus hanyut kekancah hiburan yg melampau2. Akhirnya akan lahir anak2 muda yang penuh berakhlak hasil dr program2 seperti ini, yg mampu memikirkan perbezaan perkara2 yg baik & buruk insyaALlah :-)

     
  • shamsuleffendey 9:57 am on April 28, 2008 Permalink | Reply  

    seLaMat hARi bEkErJa 

    alhamduliLlah arinih aku dah masuk balik bekerja setelah brcuti rehat pada hari jumaat manakala sabtu dan ahad mmg cuti umum kat pjbt aku nih. So tugas sperti besa, bukak blog aku nih. Tenang2 (dibaca e taling) ape yg patut. Ada yang x kena aku betui kan le balik. Tmasuk mnjawab komen2 shbt yg sudi mnjengah blog aku nih. Time kasih le ek :-D .Aku harap ketenangan pagi nih menjadi pencetus semangat buat aku lebih rajin mengemaskini catatan blog aku nih supaya menjadi lebih menarik InsyaALlah :-)

     
  • shamsuleffendey 5:55 pm on April 24, 2008 Permalink | Reply  

    HePPy BeshDAy SyaiLA 

    AlhamduliLLah ribuan kesyukuran buat sahabatku Syaila, yang menyambut ulang tahun kelahiran masihi yang ke-32 arinih. Aku sebenarnye maleh nk amik tau pasal beshday dia pn. Masuk jek keje pg nih dia dh tayang baju blazer Unit Amal nye yg baru. Aku igt dia cilok sapa nye ntah. Tp bile tenung balik skali ade tulis nama dia la. Gaya jalan pn ngepak semcm jek td. Sah le dia baru beli. Tanpa disuruh dia pn cite la baju tuh hadiah isteri kesayangan sempena Ulang tahun kelahirannya yg. ke 32 tahun (cam le aku nk tau sangat). Umo dia nih kira dah masuk tahap bangke dh nih. Perangai cm bebudak. Haha sedap molot jek ngumpat. Tp x pe, kang dia baca tulisan aku nih dh x jadik ngumpat le kot. Haha…maap ek beshday boy. Kih kih kih… :-P

    So sempena ulang tahun kelahiran dia nih, aku amik ksempatan doakan dia dianugerahkan umur yang panjang & disihatkan tubuh badan (mmg badan dia sihat sgt dh pn) utk buat amal kebajikan (jgn harap pakai blazer Unit Amal jek), dimurahkan rezki yang halal, dikurniakan anak yang ramai, yang soleh n solehah, yang sanggup bersusah payah berjuang dijalan Allah, dikurniakan kerukunan rumah tangga, bahagia hingga ke syurga dan diberikan kejayaan didunia n diakhirat insyaALLah. Amin ya Rob :-)

    So akhir ucapan buat beshday boy nih, jgn duk mintak hadiah dari bini jek. Kah kah kah

    beshday boy bergaya ala2 model kerusi urut disamping baju baru

     
    • abu syaima' al-banjari 9:17 am on April 25, 2008 Permalink | Reply

      mekasih byk-byk.

    • ummi syaima' 8:25 pm on April 25, 2008 Permalink | Reply

      salam. ha ni le masalahnya.. masalah ukuwah. besdei kawan pon tak pedulik.nabi dlu kan, abih susor galor bersogheh. kome ni memang le kena buat taarup cam dalam risalah usrah tuh.bile kawan sonok, kite pon sonok. kawan sebut besdei, kita tumpang gumbira.baru le ada nikmat jemaah. hampeh tol la..

      istri bg blazer unit amal maksudnya reda dengan pejuangan somi. suh somi jihad byk3333 lagi. ape ingt ramai ke yang sanggup lepas somi g mesorat la.. usrah la.. jg pejabat la..

      ahaks.. wsalam

    • shamsuleffendey 9:46 am on April 28, 2008 Permalink | Reply

      haha…marah beno kita x igt laki dia nye besday. yelah mana nk igt, kita nih duk igt taqwim Islam jek. skali ade org g sambut besday taqwim gregori. siap bg hadiah lgik. time beshday hijri suami dia wat dek jek (menurut sumber2 yg boleh dipercayai). kan jauh dr sunnah RasuluLLah SAW tu. hik hik :-P

    • ummu syaima' 12:57 pm on May 5, 2008 Permalink | Reply

      suke ati kome le. at least kita pegang hadis- tahaddu tahabbu- bagila hadiah, nescaya tambah kasey sayang.

    • cikli 7:39 am on January 4, 2009 Permalink | Reply

      salam..

      syaila tu kawan teman masa kat ipoh dulu.

      kirim salam banyak2 kat dia. dah kawin ropanya yer.

      sekarang baru ada peluang nak ucap tahniah kat dia pasal pru12 dahulukala.

      cikli. kota kinabalu.

  • shamsuleffendey 11:01 am on April 24, 2008 Permalink | Reply  

    sATu pANdaNGaN… 

    Hari nih aku nk sentuh sket pasal satu kes yang amat menarik pada pandangan mata aku sndiri. Kes yang melibatkan seorang bekas menteri berpangkat ‘Datuk Seri’ yang didakwa melakukan gangguan seksual keatas seorang pelayan wanita di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral pada 14 April 2008 yang lepas. Satu laporan polis juga telah dibuat oleh pelayan wanita tersebut yang ditemani teman lelakinya. So dah jadi kes polis la nih. Siap kuar Buletin Utama TV3 suku. Bekas menteri terbabit merupakan calon yang menang dalam PRU ke-12 yang lepas tetapi tidak dicalonkan semula untuk kerusi menteri kabinet sesi ini. Mungkin kecewa ngan keputusan itu menyebabkan dia hilang kawalan. Turut difahamkan bekas menteri tersebut merupakan kenalan yang amat rapat dengan TPM, Tuk Jib. Saspek sekarang dilaporkan berada di luar negara.

    Menjadi lebih menarik apabila laporan akhbar Utusan Meloya yang aku baca arinih, menyatakan laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa telah ditarik balik atas alasan ‘missunderstanding’. Mangsa berkata dia sepatutnya telah ‘kenal’ dengan sikap bekas menteri tersebut memandangkan beliau merupakan pengunjung tetap kelab itu. Mangsa juga telah melantik seorang peguam terkenal tanahair, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang dilabelkan sebagai peguam gred A untuk menguruskan hal tersebut. Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Ghani 4 Tahil pula dalam reaksinya berhubung kejadian itu meminta orang ramai tidak terburu2 membuat laporan polis kerana jika perkara itu tidak benar, ia akan menyusahkan banyak pihak.

    Menarik x kisah nih? Bagi aku kisah nih sangat menarik untuk dilihat dr persepsi masyarakat.

    Pertamanya tanggapan masyarakat melihat bagaimana moral seorang pemimpin yang suka berhibur di kelab2 dimana sepatutnya sebagai seorg pemimpin @ public figure dia sepatutnya tidak menjejakkan kaki ke tempat2 trsebut. Kita lihat kenyataan mangsa trbabit yang mangatakan dia sepatutnya sudah tahu perangai saspek memandangkan saspek adalah pengunjung tetap tempat mangsa bekerja. Dari kenyataan trsebut, meraba bontot pompuan merupakan kebiasaan bagi bekas Menteri trsebut??? Apakah ini yang dimahukan oleh Bodohlah Badawi yang sering melaungkan prinsip Islam Hadhari. Jadi wajarkah arahan bossnye dipinggirkan begitu saja? Ataupun dia menganggap boss nye sndiri trlalu lemah untuk mengawal anak buah? Ahhhh org UMNO, mmg cmtu. Ape nk herankan…

    Keduanya, masyarakat akan tertanya2 bagaimana mangsa boleh mendapatkan khidmat peguam bertaraf gred A untuk mewakili dirinya memandangkan umum mnegtahui gaji pelayan nih x la banyak mana (melainkan GRO). Berapa banyak cas khidmat guaman yang akan dikenakan? Adakah percuma? Mustahil percuma kerana peguam nih bukan berkhidmat dengan Biro Bantuan Guaman pn. Klu berbayar sapa lak yang akan bayar? Adakah bekas menteri terbabit yang akan membayar segala kos yang dikenakan? Ataupun mangsa telah diganggu @ diugut oleh bekas menteri tersebut untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat? Kalau benar, polis juga wajar menyiasat bekas menteri tersebut atas dakwaan menganggu saksi. Bolehkah begitu???

    Ketiganya, masyarakat melihat bagaimana sikap polis yang dilihat berlengah2 dalam menjalankan sisasatan terhadap bekas menteri trsebut sedangkan pada satu kejadian yang lain, pada tarikh & tidak jauh dr tempat kejadian turut berlangsung satu acara meraikan pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenakan sekatan politik dalam program Black 14. Masyarakat melihat bagaimana bersungguhnya polis memanggil penganjur yang antaranya MB Kerajaan Selangor itu sndiri yang merupakan presiden kelab Sultan Sulaiman, tempat dimana program diadakan. Bagaimana permintaan Tan Sri Khalid agar pihak polis datang kepejabatnya untuk mengambil rekod pernyataan ditolak dan meminta beliau hadir juga memberi kenyataan di balai polis. Sehinggakan seolah2 tiasa langsung budi bicara yang boleh diguna pakai oleh pihak polis dalam kes ini. Masyarakat melihat dan menilai apakah perkara sebegini pernah berlaku pada MB2 kerajaan BN?

    Keempatnya, masyarakat melihat mengapa Peguam Negara Ghani 4 tahil ni begitu sibuk untuk campur tgn dalam hal ni? Kenapa tidak dibiarkan saja polis melakukan siasatan? Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan agar org ramai tidak trburu2 membuat laporan polis? Kenapa perlu menyekat hak rakyat untuk mendapatkan keadilan? Lagipun saspek hanyalah bersifat ‘bekas menteri’, bukannya menteri. Masyarakat akan beranggapan sekiranya benar bekas menteri tersebut mmpunyai hubungan yang istimewa dengan peguam negara 4 tahil tu, amatlah malang buat rakyat marhain untuk mendapatkan keadilan. Buatla berpuluh2 suruhanjaya sekalipun, sekiranya pendakwaan terpilih tetap diamalkan, rakyat makin meluat dan x mustahil proses penukaran kerajaan akan makin cepat.

    Yang teakhirnya, masyarakat melihat seolah2 ianya bertujuan memusnahkan hasrat TPM, Tuk Jib untuk menaiki singgahsana PM. Sudah cukup ramai figure2 yang rapat dengan Tuk Jib nih dikenakan tindakan atau trlibat ngan skandal. Seolah2 ianya satu perancangan yang rapi dari musuh2nya yg ramai untuk menjatuhkannya.

    Sudah tiba masanya untuk kita memikirkannya termasuk aku sndiri.

     
  • shamsuleffendey 9:38 am on April 24, 2008 Permalink | Reply  

    teRkiNi cHAmPionS LeaGue 

    Seperti yang dijangkakan, Man U agak berat hati nk menang game pg td. Peluang nk menang dh trhidang bile dpt penalti seawal minit ke-3 tetapi apelah malangnye kali nih, C.Ronaldo tu gagal lak jaringkan gol. Mungkin Barca main bomoh kot, teori yang sama bila team bola skolah aku kalah masa skolah rendah dulu. Haha…

    So perlawanan ulangan di Old Trafford nnt mgkin menyukarkan skit peluang Man U ni nk layak ke akhir sekiranya penentuan dibuat menerusi peraturan gol ditempat lawan diambil kira (away goal rules). Harap2nya team aku ni layak la.

    Aku trsedar jam 03.40 pg td. Trus bukak tv. Abah aku lak melengah2kan permainan. Ntah mana dia sorok remote ASTRO tuh, tpaksala aku guna cara manual. Start dr minit ke-50 hinggalah tamat permainan, boleh kata permainan dikuasai sepenuhnya oleh Barca. Statistik pn tunjuk Barca control 65% game keseluruhan pg td. Aku tgk pn bebudak Man U cm kene buli jek. Siannnnn…

    So perlawanan seterusnya Barclays Premeire League menentang Chelsea pada 26 April 2008 nih di Stamford Bridges, Chelsea. So klu menang game nih kira otomatik leh declare juara liga la. Untuk perlawanan kedua Champions League lak di Old Trafford pada 29 April 2008. Jarak kedua2 perlawanan agak hampir. Misi mustahil buat Man U. Apepun harapan tetap ada.

    Glory Glory Man Utd

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel