Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 2:21 am on May 29, 2008 Permalink | Reply  

    hiLaNg sEMinGGu… 

    Team Penaziran PASTI Pusat

    Hampir seminggu aku ketinggalan untuk mengemaskinikan blog aku nih. Memang betul kata orang, nak memulakan memang mudah tapi nak mempertahankan yang amat sukar. Begitu jugalah dengan blog aku nih. Tetapi insyaALlah dengan darah panglima yang mngalir dalam tubuh badan aku ni, akan aku pertahankan blog ‘Budak Ipoh Timor’ ni sehingga ketitisan darah yang terakhir. Haha persis sang panglima harimau berantai je lagak aku ni.

    Ok… back to da topic, kali ni aku nak story sedikit pasal xtvt seminggu ni.

    Rabu 21 Mei yang lepas, rombongan Bahagian Penaziran PASTI Pusat telah berkunjung ke Perak untuk menaziri calon Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2008.

    Calon yang terpilih ialah Puan Salwa Bt. Abd. Razak dari PASTI Kawasan Taiping. Untuk makluman korang, Puan Salwa ini juga Tokoh Guru PASTI Perak 2007.

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 1:10 am on May 29, 2008 Permalink | Reply  

    akHiRnyA… 

    Juara Piala Liga Juara-Juara Eropah 2008

    Akhirnya Man Yoo seperti diramalkan telah dinobatkan sebagai Juara Piala Liga Juara-Juara Eropah 2008. Perlawanan yang amat mendebarkan sehingga memaksa ianya berlarutan ke masa tambahan. Namun sehingga tamat masa tambahan, permainan masih terikat dengan jaringan 1-1. Penentu juara terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti, satu situasi yang amat ditakuti oleh team feberet aku tuh.

    Walaupun telah diberi peluang untuk menang, namun Chelsea seperti tidak sudi untuk menerimanya. Jual mahal sangat. So terpaksala Man Yoo dengan berat hati menerima kejuaraan yang paling berprestij di Eropah itu bagi tahun ini. Kemenangan berpihak kepada Man Yoo dengan 6-5. Malang bagi C. Ronaldo (Man Yoo) dan John Terry & Nicholas Anelka (Chelsea) yang tidak berjaya menjaringkan gol dari sepakan penalty.

    Jadi seperti biasa, aku dapatla hadiah solat subuh awal aritu. Hik hik ;-)

     
  • shamsuleffendey 7:31 pm on May 21, 2008 Permalink | Reply  

    FinaL ChAmPioNs LeAGuE… 

    so cam biasa, team feberet aku dijangka akan mengalahkan chelski. Walaupun diorang bermain di negara kelahiran pemilik kelabnya, tetapi Man Yoo dijangka mendapat laluan mudah untuk menjulang piala ini buat kali ke-3. So saksikan aksi menarik kedua2 pasukan awal pagi ini waktu tempatan. Kalau menang cam biasala ada mood keje. Klu kalah jangan komen ape2 ek :-P

     
  • shamsuleffendey 11:56 am on May 21, 2008 Permalink | Reply  

    PaGi yaNG siBUk… 

    Malam tadi awal² adik aku dah sound suh bawak mak g med checkup. Rutin jadual mak. Lagipun dah appoint ngan doc pun kat Klinik Kesihatan Pasir Pinji. So cam biasa, aku pun kena la siap awal. Bukan ape, klinik nih walaupun bukak kul 8 pagi, tapi biasanya kul 7.15 dah panjang barisan pengunjungnya. Kalau lambat skit mau sampai tengahari aku kene lepak dalam tu. Dah la tempat kecik, orang nye lak ramai sangat. Sesak ooo…

    sunyi sebelum diserbu


    So pas subuh tu aku x dapatla jalankan rutin harian aku bergolek² diatas tilam yang empuk lagi mendamaikan tu. Jam 7.15 pagi mak aku dah bising.

    “Jom la pegi. Kang penuh orang”, leter mak aku.

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 1:17 pm on May 20, 2008 Permalink | Reply  

    KejuTAn oH kEJutaN 

    Semalam bukan team bolasepak Pemuda Kawasan aku jek mendapat kejutan tetapi Malaysia pun menerima keadaan yang sama bila Che Det mengumumkan perletakan jawatannya. Berita yang aku dengar di Buletin 1.30 tv3 suku tu membuatkan hati aku berada dalam keadaan tak tentu arah. Mungkin juga ianya memberikan kesan yang amat mendalam pada emosi pemuda² kawasan aku tu sehinggakan dengan rela hati menghadiahkan 6 biji gol kepada pasukan Pemuda Gopeng tu. Aduhhhh teringat aku ketika pasukan Jerman mengalahkan Arab Saudi 8-0 di Piala Dunia 2002 sehinggakan ketua kerajaannya masa itu Canselor Helmut Kohl terpaksa menulis surat memohon maaf kepada Al-Malik Fahd. Begitu besarnya kuasa dagangan dunia itu. Aku pun harap Ketua Pemuda Gopeng, Radzi Zainon tu buat benda yang sama pada Ketua Pemuda aku. Haha… :-D

    wajah2 ceria team Pemuda Ipoh Timor sebelum sepak mula

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 6:48 pm on May 18, 2008 Permalink | Reply  

    sUkaN PasTi 

    AlhamduliLLah arinih program sukan PASTI Kawasan Ipoh Timor telah berjaya diadakan. Program yang diadakan di Padang Taman Shatin, berhampiran ngan PASTI Ibnu Safar. Padang ni merupakan padang feberet utk mengadakan xtiviti kerana terletak ditepi jalan utama. So kalau nak promote PASTI nih memang amat bersesuaian la. Lagipun majoriti pelajarnya datang dari area Taman Shatin ni. Ade gak cadangan nak bawak sukan ni ke Padang Polo, tapi bila dipikirkan balik kosnya meningkat berkali ganda. Mungkin lum mampu bagi kawasan aku yang kecik nih. Nak buat baju t-shirt petugas pun x dapat² lagi. Sian…

    Aku berada di padang untuk persiapan seawal jam 07.30 pagi bersama Shahril, Setiausaha Pemuda kawasan. Khemah memang kitaorang mintak pasang pagi tu sebab takut kene cilok di mat pet. Satu hal pulak nak bayar. Mana nak cekau duit. AlhamduliLLah persiapan sukan td tiada masalah. Ramai yang ringan tangan membantu. Pak Saleh SB pun awal datangnya. Memang dia nih ringan tulang. X ajak pun datang. Kalau ajak x datang lak. Pelik pelik…

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 12:40 pm on May 16, 2008 Permalink | Reply  

    mEmPeriNgati 60 taHuN NAKBAH di PaLeSTin 

    kami membela Al-Quds

    kami panggil anda semua

    dan kami tanya

    apakah al-Quds hanya milik orang Palestin?

    atau milik seluruh umat Islam

    mengapa anda diam sahaja?

    anak-anak kami meninggalkan kami pergi di pagi hari

    dan kembali di petang hari sebagai syahid

    dan anda hanya menontonnya di layar telivisyen…

    apa yang anda tonton?

    mengapa anda hanya menonton?

    al-Quds dan al-Aqsa memanggil…

    wahai anak-anak pelempar batuuuuuuuu

    bebaskanlah aku dari cengkaman Toghut, zionis dan yahudi

    tetapi apa jawapan kita?

    apa jawapan kita kepada al-Aqsa keetika dia memanggil kita?

    labbaika ya Aqsa

    dengan darah-darah kami…

    labbaika ya Aqsa

    dengan roh-roh kami

    al-Quds lebih mahal dari roh-roh kami

    walau roh-roh kita adalah paling mahal bagi kita

    tetapi…

    al-Aqsa lebih mahal dari semua itu

    ia lebih mahal dari anak-anak kita

    dan anak-anak kita lebih mahal dari roh-roh kita

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 3:25 pm on May 15, 2008 Permalink | Reply  

    paSiR SaLaK… 

    Pagi ni aku kena pegi Pasir Salak lak. Cam biasa menemankan Duan buat lawatan untuk pemilihan Tokoh Guru PASTI Perak. Aku parking motor kat medan selera Medan Kidd. Amik bas ke Kampar. Turun kat simpang Kuala Dipang – Malim Nawar, Duan dah tunggu. Ikut dia balik umah dulu coz dia baru abis keje shift malam. Muka pun sememeh je. Tunggu dia ngan anak dia mandi jap baru gerak. Jam baru kul 08.30 pagi. Awal lagi. Isi perut dulu la. Aku pun lum sarapan lagi ni.

    pengalaman ngeri menaiki bas ipoh-kampar

    Kali ni kume berdua akan interview sorang lagi calon, Puan Faridah Bt. Dawam. Aku panggil Kak Dah je. Lokasi PASTInya di Kg. Gajah, Pasir Salak. Aku rasa cam dah jadi rutin je bila kuar ngan si Duan nih mesti sesat. Terpaksala Kak Dah nih datang amik. Terok la mamat ni nyer memori. Nanti aku suggest kat Hj. Rosli upgradekan ke 4G.

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 6:59 pm on May 14, 2008 Permalink | Reply  

    CatATan aRinIH 

    Arinih aku ke Taiping bersama Duan, bos penaziran PASTI Perak nak interview calon Tokoh Guru PASTI Negeri Perak 2008. Aku dapat sms dari dia suh datang awal ke opis. Sebagai pekerja contoh lagik penuh dedikasi, aku pun patuh arahannya tu. AlhamduliLLah awal aku sampai tadi. Jam di henpon baru menunjukkan kul 07.45 pagi. Aduhhhh awalnya.

    Aku bukak kunci pintu, amik paper dilantai pintu masuk bawak ke opis aku kat atas. Baca paper dulu. Kekadang terpikir gak aku, kenapa manusia cam aku nih lebih rajin membaca paper di permulaan hari sedangkan sepatutnya aku lebih membanyakkan membaca Al-Quran. Aduhhhh mungkin jiwa aku dah lemah. Mudah²an aku nyer jiwa kacau nih kembali normal dalam sedikit masa lagik. Itulah yang aku harapkan insyaALLah..

    Sambil menyelak halaman paper tu, aku sms Duan bagitau aku dah standbye kt opis. On call jek. Dia reply kata mungkin lewat sampai. Suh aku tido dulu kt opis. Cam tetau jek aku ngantok. Baru plan nk lena barang seploh minit dua, Khabib tipon kata brita pemuda kawasan aku kuar radio Perak FM. Pasal pemuda kawasan aku tu suh Tajol Rosli letak jawatan tu la. Haha. Baru kuar. Ingatkan diorg dh x amik port. KP aku pun cam tetau jek aku masuk awal. Sempat masuk opis aku nak bgtau kabar yg sama. Arif Unit Amal yang kebetulan sampai nak antar kunci pejabat yang dia pinjam smalam pun celah benda yang sama.

    (More …)

     
  • shamsuleffendey 11:33 am on May 13, 2008 Permalink | Reply  

    PaK LaH kAntOI LagIkkk… 

    Bridging the Global Halal Market – An Introduction
    Respected as a modern, peaceful and prosperous Islamic country especially among OIC member countries, Malaysia has the added advantage of championing the halal cause. Malaysia’s central position in Asia makes it an ideal trading platform to draw the world’s halal players in facilitating the sourcing and selling of global quality halal products through THE MALAYSIA INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE (MIHAS).
    http://www.halal.com.my/intro.asp

    Hosted by : MITI
    http://www.halal.com.my/joint.asp

    Organised by:
    Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
    Jointly Organised with:
    Islamic Dakwah Foundation Malaysia (YADIM)
    In Association with:
    Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development Malaysia

    kita view brochure dia sini:
    http://www.halal.com.my/pdf/mihas_08_brochure.pdf

    http://img2.freeimagehosting.net/uploads/f364daf6c8.jpg

    Payable to : KasehDia Sdn Bhd

    Siapa KasehDia?

    http://www.kasehdia.com/the_team.htm

    Jumaatun Azmi
    Managing Director
    Nordin Abdullah : Director
    Nori Abdullah : Creative Director <— rasa macam kenal jer
    Abdul Hamid Evans : Director

    So siapa Nori Abdullah ni????

     
    • majuperak 4:53 pm on May 21, 2008 Permalink | Reply

      Korang x boleh tengok asal Nori je anak korang dah pening, bila khairy je menantu, dlm dunia ni x nama yg sama ker,

    • Budak Ipoh Timor 11:17 am on May 27, 2008 Permalink | Reply

      Ada kawan aku laghi kantoi, nombor kawan seopis pun tak simpan……jangan mare.

    • Budak Medan Kidd 10:01 am on May 28, 2008 Permalink | Reply

      Yekeni.Tapi lebih kantoi kalu kita tak simpan nombor kawan seopis…..kantoi. Jangan marahhhhhh.

c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel