Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 7:37 pm on May 6, 2008 Permalink | Reply  

    BlasAH KotiAW kERAng 

    Petang tadi mmber aku si Joe sms. “Jom blasah kotiaw” bunyi ayat sms tu. Aku pn ok kan jek. Smlm dia dh janji nk ajak aku blasah kotiaw ni, tp last minute kensel. Aku sound kt dia, klu x dpt blasah kotiaw, aku nk blasah ko jek. Haha terus x brani nk kencin aku. Jadik merasa la aku blasah kotiaw. Dalam kul 6 td dia smpai opis amik aku. Cam biasa dia bawak aku naik VIOS dia tuh terus g kedai ‘Not Kotiaw Kerang’. Kedainye trletak di Gugusan Kampung Melayu Manjoi. So sampai jek trus order. Mmg kebetulan aku lapor. Maklumla baru pas ujan. Nasib dia la.

    Aku kenal si Joe ni masa ade program budak TAMPAK (Tanzim Anak2 Perak) dulu. Dia ni budak Tambun. Lulusan KUITTHO. Skang keje kat KL. Rajin banjer aku klu balik ipoh. Lagipun tu je la cara nak abiskan gaji dia yg banyak tu kot. Haha :-D . So kitaorg masih brhubung sampai skang nih. Apepun trimas banjer kotiaw td. Mudah2an murah rezeki si Joe ni ;-)

    ************************************************************************************************************

    * aku baru jek dapat maklumat dari pengunjung blog aku nih, yang merupakan orang tempatan situ.  Katanya sumber kotiaw n mee kedai ‘Not Kotiaw Kerang’ nih datangnya dari pembekal Cina. Uweeeekkkk… Jenuh kene samak lak perut aku nih. Aku harap sapa2 yang ader bukti yang leh sahihkan brite nih bgtau aku. Kalau sahih tobat aku x pegi dah pasnih :-(

     
  • shamsuleffendey 4:43 pm on May 6, 2008 Permalink | Reply  

    beRITa iPOh tIMOr 

    Akhirnya hajat penduduk di Parlimen Ipoh Timor untuk mendapatkan sebuah jambatan yang besar berjaya jugak dipenuhi. Jambatan di antara Kg. Temiang & Kg. Kuala Pari itu dijadikan jalan pintas oleh pengguna2 dari Taman Pengkalan Jaya, New Pasir Putih, Kg. Pasir Puteh & Kg. Sri Kinta untuk ke Mengelembu atau ke pusat bandar. Jambatan ini merintangi Sungai Kinta & Sungai Pari. Biarpun telah lama diajukan permohonan bagi pelebaran jambatan tersebut berikutan peningkatan penggunaannya sejak akhir2 ini, pihak berkuasa tempatan seolah2 bersikap menutup sebelah mata memandangkan ianya terletak dipenempatan melayu. Namun menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 baru2 ini, masalah jambatan tersebut mula kembali mendapat perhatian. Rata2 penduduk melihat ianya adalah gula-gula dari pihak kerajaan Barisan Nasional untuk menawan kembali hati penduduk2 terbabit.

    Jambatan yang dahulunya mempunyai hanya satu lorong sahaja seringkali mencetuskan masalah apabila terdapat kenderaan yang memasuki kedua2 arah serentak. Ini menyebabkan berlakunya pertengkaran membabitkan pengguna jambatan tersebut. Walaupun agak terlewat, namun ianya diharapkan mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Jambatan ini dijangka siap pada akhir tahun ini insyaALLah. Bagaikan telah dirancang, ianya berjaya disediakan ketika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Perak. Mudah2an banyak lagi projek yang memberi manfaat kepada rakyat berjaya dilaksanakan oleh kerjaan Pakatan Rakyat ini.

     
  • shamsuleffendey 10:53 am on May 6, 2008 Permalink | Reply  

    berTUahnya… 

    Bertuahkan mamat rockers nih. Ade yang masih x kenal mamat ni ke? 4 ur info, mamat ni Amy dari kumpulan rock fofular tanahair Search. Gambar diambil ketika kunjungan silaturrahim Tok Guru ke kedai makan baru mamat nih. Laksamana Cheng Ho nama kedai makannya tu.

    Klu org lain aku x tau la, tp bagi aku yang tgk gambor yang penuh kemesraan ni, aku sememangnye jeles. Jeles yang teramat sangat. Bayangkan ada antara ahli PAS yang dah lama masuk PAS (termasukla aku) pn x nah dapat penghargaan camnih, tp Amy Search yg x jadi ahli pn berpeluang :-( . Yang lagi pelik bila Tok Guru sendiri lak yang datang jmpa dia, sedangkan kebanyakan ahli PAS sendiri yang kepingin bebeno nk jmpa Tok Guru nih trpaksala mnyewa bas, ataupun memandu sejauh beratus2 kilometer semata2 untuk bersua muka dengannya. Amat memenatkan. Tp aku prcaya sumanye tu akan hilang bilamana terpandang jek muka Tok Guru nih. Berbaloi sungguh bagi aku yang pernah lalui suma tu. Lihatla betapa hebatnya aura Tok Guru nih. Rezeki rezeki…

    Tp x pela. Bagi ahli yg paham cam aku, aku anggap ianya satu usaha dakwah Tok Guru pada Amy Search nih. Bayangkan la pengikut Amy Search ni baper ramai. Mungkin jutaan org. Bayangkanlah kalau Amy Search nih panggil peminatnya datang konsert dia, tp konsert tu bertukar menjadi ceramah agama Tok Guru aku nih. Huh x dpt aku bayangkan betapa ramainya pengikut Amy Search ni kembali ke jalan yang benar. Insaf dan bertaubat. Berubah kearah kebaikan. Lebih kurang cam peristiwa Islamnya Saidina ‘Umar al-Farouk r.a tu la. SubhanALlah :-|

    Aku harap Amy x sesiakan peluang yang ALlah berikan padanya. Mungkin perkara pertama yang dia leh ubah dengan meninggalkan terus amalan memakai rantai leher tuh? Walaupun bgitu, aku dah salute kat dia bila lihat tudung yang menutupi kepala isterinya tu. Yang pasti ianya lebih bagus dr tudung yg dipakai Datin Siti Nurhaliza tu. Mudah2an ianya bertambah baik dr semasa ke semasa.

    Bak kata Saidina Umar al- Farouk r.a

    “sebaik-baik amalan ialah dilakukan berterusan walaupun sedikit”

    * gambar aku amik dalam harakahdaily.net. Harap x kena dakwa lak ;-)

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel