Aduh… drama yang mendebarkan smalam telah selamat dilalui. AlhamduliLLah dengan sokongan sahabat2, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya jugak menjejakkan kaki ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Perak di Bangunan Komples Islam, Jalan Datuk Panglima Bukit Gantang Wahab untuk menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Dato’ Jamry Sury.

Debaran telah kami rasai seawal jam 2.30 ptg lagi kerana diberitahu ramai press sedang menanti kedatangan kami di sana. Sehinggakan ada press yang trsesat ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak (base kami sebelum ke JAIP) untuk bertanyakan tempat majlis serahan akan diadakan. Aku sendiri menjangkakan yang hadir hanyalah dari kalangan wartawan Harakah je.

(More …)