sUkaN PasTi 

AlhamduliLLah arinih program sukan PASTI Kawasan Ipoh Timor telah berjaya diadakan. Program yang diadakan di Padang Taman Shatin, berhampiran ngan PASTI Ibnu Safar. Padang ni merupakan padang feberet utk mengadakan xtiviti kerana terletak ditepi jalan utama. So kalau nak promote PASTI nih memang amat bersesuaian la. Lagipun majoriti pelajarnya datang dari area Taman Shatin ni. Ade gak cadangan nak bawak sukan ni ke Padang Polo, tapi bila dipikirkan balik kosnya meningkat berkali ganda. Mungkin lum mampu bagi kawasan aku yang kecik nih. Nak buat baju t-shirt petugas pun x dapat² lagi. Sian…

Aku berada di padang untuk persiapan seawal jam 07.30 pagi bersama Shahril, Setiausaha Pemuda kawasan. Khemah memang kitaorang mintak pasang pagi tu sebab takut kene cilok di mat pet. Satu hal pulak nak bayar. Mana nak cekau duit. AlhamduliLLah persiapan sukan td tiada masalah. Ramai yang ringan tangan membantu. Pak Saleh SB pun awal datangnya. Memang dia nih ringan tulang. X ajak pun datang. Kalau ajak x datang lak. Pelik pelik…

(More …)