Updates from June, 2008 Hide threads | Keyboard Shortcuts

  • hARu-meRAh 

    shamsuleffendey 2:58 pm on June 26, 2008 Permalink | Reply

    protes

    Seperti yang telah diwar-warkan, inilah gaya persembahan baru himpunan Protes Kenaikan Minyak 6 Julai nanti. Aku sendiri agak terkejut dengan line-up artis yang akan membuat persembahan pada hari trsebut. Aku bukanlah kenal kesemua artis tersebut, tetapi bagi aku dengan kehadiran Carburator Dung dan Republic Of Brickfields ini, ianya pasti akan mencacatkan program tersebut. Bagi pendokong kumpulan underground, kumpulan CD dan ROB ini memang dikenali dengan budaya hidup bebas dan gejala sosialnya. Lihatlah sendiri imej kedua-dua kumpulan tersebut. Amat tidak sesuai sekali dengan budaya negara kita. Dimasa yang lain kita mempertikaikan kehadiran Mas Idayu dan Ella, tetapi pada masa yang sama kita pula menjemput artis lain yang sama rosaknya. Kemana hala tuju program yang ingin dibawa oleh penganjur protes ini? Bagaimana tempat solat? Ada disediakan ke? Bayangkanlah program berlanjutan sehingga ke malam. Terus terang aku dah xda hati nak join program ni. Anda bagaimana???

    rob

    aru

    ROB

    aksi-aksi R.O.B

    CD

    aksi Carburetor Dung pulak

     
  • taHnIAh… 

    shamsuleffendey 11:12 am on June 25, 2008 Permalink | Reply

    AlhamduliLLah PASTI Kawasan Ipoh Timor telah berjaya menghantar pasukan bola sepak dan bola jaringnya ke Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Perak 2008 bertempat di Stadium Mini Seri Manjung pada 22 Jun yang lepas. PASTI Kawasan Ipoh Timor adalah antara PASTI yang tidak pernah gagal untuk menghantar wakilnya kepertandingan ini walaupun saiz PASTInya yang agak kecil. Ia juga dilihat satu promosi terbaik buat PASTI Kawasan kepada ibu-bapa pelajar²nya. Pemergian kontinjen PASTI Kawasan Ipoh Timor kali ini dengan menaiki bas yang berkongsi dengan PASTI Kawasan Batu Gajah memandangkan kos perjalanan yang agak mahal. Bagi pertandingan kali ini, PASTI Kawasan Ipoh Timor telah berjaya menunjukkan peningkatan yang agak ketara sekali dengan melayakkan diri ke peringkat suku akhir bagi kedua² pasukannya.

    Syabas dan tahniah buat guru²nya yang bertugkus lumus melatih pelajar tanpa jemu walaupun dihujani dengan berbagai² ujian. Pihak DPPK Ipoh Timor mengharapkan mudah²an segala penat lelah mereka dibalas dengan sebaik² balasan oleh ALlah SWT, insyaALlah.

    * gambar pertandingan x dpat diambil kerana kamera tertinggal

     
  • rOsMah tuRun dARah… 

    shamsuleffendey 5:49 pm on June 24, 2008 Permalink | Reply

    STATUTORY DECLARATION

    I, RAJA PETRA BIN RAJA KAMARUDIN (IC No: 500927-71-5257), a Malaysian citizen of legal age residing at No. 5, Jalan BRP 5/5, BuKit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, do solemnly and sincerely affirm and say as follows:-

    1. I have been reliably informed that between about 10 p.m. on 19th October 2006 and early hours of the following day, the night Altantuya Shaariibuu was murdered, three (3) other people were also present at the scene of the crime;

    (a) Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the Deputy Prime Minister of Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak

    (b) Acting Colonel Aziz Buyong (then Lt. Col.) a C4 expert

    (c) Acting Colonel Aziz’s wife, Norhayati (one of Rosmah’s ADC)

    2. My informer states that Acting Colonel Aziz Buyong was the person who placed the C4 on various parts of Altantuya’s body while being witnessed by Datin Seri Rosmah Mansor and Norhayati.

    3. I make this Statutory Declaration because I have been reliably informed about the involvement of these three people who have thus far not been implicated in the murder nor called as witnesses by the prosecution in the on going trial at the Shah Alam High Court. I also make this Statutory Declaration because I am aware that it is a crime not to reveal evidence that may help the police in its investigation of the crime.

    4. I have further been reliably informed that Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi has received a written report from the Military Intelligence confirming what I have revealed above and that the report was subsequently handed over to his son-in-law, Khairy Jamaluddin, for safe-keeping.

    5. I have also been reliably informed that one of the Rulers has been briefed about this matter and His Highness is fully aware of what I have revealed above.

    6. I have knowledge of who has informed me of this matter plus I have knowledge of the Ruler who has been briefed and is aware of the matter but I have agreed that I shall not reveal this information other than mention that the Prime Minister and his son-in-law have been handed a written report confirming what I have revealed.

    7. The purpose of this Statutory Declaration is to urge all these parties who have been duly informed and have knowledge of this matter to come forward to reveal the truth so that the police are able to conduct a proper and thorough investigation into the murder of Altantuya Shaariibuu.

    And I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act, 1960.

    SUBSCRIBED and SOLEMNLY DECLARED )
    by the abovenamed RAJA PETRA BIN RAJA KAMARUDIN )
    at Makhamah Tinggi Kuala Lumpur )
    this 18th day of June 2008 )

    Before me,

    ADDENDUM

    *****

    Kali ini Rosmah pasti hilang selera nak shopping tatkala suaminya menjalankan urusan rasmi kerajaan diluar negeri. Kalau dahulunya dia boleh tersenyum meminta pertolongan bell boy mengangkut beg² yang sarat dengan hasil tangkapannya di gedung² beli belah terkenal, situasinya pasti agak kontra skarang. Mungkin ‘hilang selera’ ayat yang sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan tingkah lakunya skarang ini. Bagi Najib pulak, inilah masa yang sesuai untuk menjarakkan diri dengan isterinya yang tercinta ini. Ada harapan nak pasang yang lain, yang lebih mengancam dari Rosmah ni. Nasib kamulah Rosmah…

     
  • haYun tOk GuRu… 

    shamsuleffendey 2:32 pm on June 24, 2008 Permalink | Reply

    dr maza

    Mufti Perlis wajar sertai parti politik – Nik Aziz

    23-06-2008 09:42:36 PM
    Oleh NURUL AIN HUSSAIN

    KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar menyertai parti politik bagi meluaskan dakwah dan syiar Islam.

    Demikian komen beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd Asri semalam bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik.

    Nik Aziz berkata, kemungkinan Mohd. Asri tidak mahu menyertai politik kerana larangan terhadap pegawai kerajaan bergiat aktif dalam politik.

    Katanya usaha dakwah Islam kepada masyarakat tanpa sokongan politik tidak akan berkesan.

    “Untuk jalankan sistem Islam, kita mesti ada parti, mesti ada kerajaan. Parti diibaratkan sebagai jentera untuk kita laksanakan hukum Islam,” kata beliau selepas merasmikan cawangan ArRahn di sini, hari ini.

    Nik Aziz berkata untuk melaksanakan hukum Islam beliau memerlukan sokongan daripada parti politik atau kerajaan yang menyokong pelaksanaan Islam.

    “Jadi mahu tidak mahu, kita perlu ada parti dan kerajaan untuk mengembangkan syiar Islam,” katanya yang juga Mursyidul Am Pas Pusat.

    Menurut beliau, jika hanya menyuruh berbuat baik dan melarang pekara mungkar
    tetapi tidak mempunyai kuasa diibaratkan “omong kedai kopi semata-mata.”

    “Tanpa kuasa tiada siapa mahu menerima apa yang kita perkatakan. Ia diibaratkan omong kedai kopi semata-mata,” katanya.

    Semalam Mohd Asri menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

    *****

    Disinilah kebijaksanaan Tok Guru aku dalam memulangkan hujahan Dr. Maza ketika ditanya keberangkalian dia sudah menjadi ahli PKR kelmarin. Memang betul apa yang Tok Guru cakap, kalau sekadar bercakap tanpa kuasa, seolah² kita bercakap dikedai kopi. Setakat nampak gah dalam sembang, tapi hasilnya x leh dibawa kemana. Apa tunggu lagi Dr. Maza, ayuh bersama² sertai perjuangan menegakkan kebenaran ni. Jgn nanti menyesal kerana berlengah² untuk menyertainya.

     
    • aku 4:20 pm on June 24, 2008 Permalink | Reply

      Amacam yop, menang ke kelmarin bola, dengar cite kena belasah 10-0, x kan camtu kot, lim kit siang x bagi peruntukan ke?. Sapa johan, x kan tuan rumah kot, ngelat la… asyik tuan rumah aje…
      Tahniah la bakal jadi bapa… jaga bini elok2… Teruskan usaha perbaiki pasti perak tu, kemas kini data x siap2 lagi ke? dengar cite ada data base dah…. keje sape nak siapkan database tu, bukan SUK ke?

  • kELiRu… 

    shamsuleffendey 10:48 am on June 24, 2008 Permalink | Reply

    Tarikh Protes Sejuta Rakyat terus mengalami pindaan. Sebelum ini ianya dijadualkan pada 12 Julai tetapi dipinda ke 5 Julai. Dan yang terbaru aku dimaklumkan ianya sekali lagi telah dipinda ke 6 Julai iaitu hari Ahad. Tempat juga bertukar. Venue asal di KLCC bertukar ke Padang Timur, berhampiran Amcorp Mall, PJ. Bagi yang x tau nak kesana, menggunakan LRT adalah cara paling mudah. Aku sendiri masih tertanya-tanya motif pertukaran tarikh dan tempat tersebut. Mungkin ingin mengelabui mata pihak berkuasa negara. Jika begitu, bukan sahaja polis yang tertipu, rakyat sendiri pun jadi keliru. Justeru harapan untuk melihat seramai mungkin rakyat yang hadir ke program ini mungkin tinggal harapan. Aku mengharapkan penganjur protes ini tampil segera mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan segala kekeliruan yang terjadi supaya matlamat menghimpunkan seramai mungkin rakyat pada tarikh tersebut akan  berjaya insyaALLah…

     
  • shamsuleffendey 12:18 pm on June 23, 2008 Permalink | Reply

    geram

     
  • deMaM… 

    shamsuleffendey 11:43 am on June 23, 2008 Permalink | Reply

    Seribu kemaafan buat pengunjung setia blog ini kerana dalam tempoh seminggu ini tiada kisah @ isi baru yang dikemaskinikan. Aku demam kuat. X daya nak menulis atau berfikir untuk menulis. Yang terdaya hanyalah baring, baring dan terus baring. Virus demam mula menyerang aku ketika hangatnya perbahasan Muktamar Pemuda PAS Perakdi Intim ahad 15jun yang lepas. Abis jari jemari dan tubuh aku kekejangan sehingga menyebabkan aku terpaksa menerima 2 suntikan. Aduhhhh… mudah²an ianya menjadi penghapus dosa buat aku.

    Skang ni alhamduliLLah dah bertambah baik sedikit. Tunggu jika ada ruang masa yang banyak, akan aku isikan kisah² yang boleh aku kongsi dengan pembaca insyaALLah. Terima kasih kerana terus bersabar ;-)

     
  • sYAbaS 

    shamsuleffendey 7:29 pm on June 13, 2008 Permalink | Reply

    AlhamduliLlah, himpunan protes yang dirancang arinih berjaya mencapai matlamatnya. Biarpun pelan asal untuk berarak ke KLCC tidak berjaya berikutan jalan menuju kesana ditutup pihak polis, namun rakyat yang menyertai himpunan ini tetap meneruskannya dari masjid Kg. Baru menuju ke arah Jalan TAR, Kompleks Pertama & SOGO sebelum berakhir di Pej Agung PAS Pusat. Aku tidak dapat menyertai himpunan kali ini. Sekalung tahniah aku ucapkan buat semua yang menyertainya. Lawan tetap lawannnnn…

    Berita berkaitan di Tranungkite, Berita Harian & Malaysiakini

     
  • SanTaI… 

    shamsuleffendey 3:49 pm on June 13, 2008 Permalink | Reply

    salah satu situasi ketika pemuda kawasan aku berusrah

    AlhamduliLLah semalam seperti biasa, rutin pemuda kawasan aku berusrah si Markaz PAS Kawasan, taman Shatin. Program yg sepatutnya bermula selepas solat maghrib menjadi agak lewat disebabkan keuzuran S/u untuk membuka pintu markaz. Satu jawatan yang berat pada pandangan aku, sementelah pula dia duduk agak jauh dari situ. Selalunya dialah yang akan membukanya. Kali ni dia x dapat hadir sbb anaknya kene tahan wad. Sakit kuat katanya. Besar pengorbanannya tu.

    Aku xda kunci. So kekdg (slalu) aku mmg melewatkan sedikit kehadiran supaya bila sampai je pintu sudah dibuka. Xdala kena tunggu diluar. Keadaan diluar bagi aku agak menyeramkan. Maklumla kawasan disitu kebanyakannya dihuni oleh warga emas. Dah tentu bergelap awal. Ditambah pulak dengan tumbuhnya rimbunan buluh. Lagi menambahkan keseraman persekitaran disitu. Iskkkkkk…klula bukan sebab program wajib, pikir 5-6 kali juga nak hadir. Hehe… (More …)

     
  • sAnTApaN jIWa 

    shamsuleffendey 12:29 pm on June 13, 2008 Permalink | Reply

    Pilot peluk Islam setelah bawa jenazah ulama’ dilindungi awan

    Oleh husamjr

    Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

    Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

    Siapakah ulama tersebut? (More …)

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel