Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts
-
shamsuleffendey
-
shamsuleffendey
i
ALhamduliLLah badan dan minda aku kembali bertaut dan menjadi normal.
Normal dan semakin kuat barangkali. Tidak terkalahkan oleh Suria Baja Hitam ataupun si Power Renjer tu.
Kenapa aku tidak normal??? Adakah kerana langgaran awan sewaktu terbang menaiki Air Asia ke Langkawi tempohari?
Ataupun kerana indahnya kenangan Pantai Chenang?
Mungkin jugak kerna asyik menangis bila terpaksa berpisah dengan bilik di Hotel Langkasuka?
Bla bla bla …
Aduhhh.. banyak sangat keberangkaliannya…
i
Yang PASTI aku akan terus mencari isu sendiri supaya jiwa dan minda aku lebih normal dari sesiapa…
Buat pengunjung setia (cam femes lak bunyinya), maafkan aku kerna x dpt nak update brita seminggu ni.
Kelmarin baru saja survey pc @ laptop. Barangkali boleh menjadikan kekuatan tambahan buat aku untuk updatekan brita terkini lagi sensasi. Kuatnya seumpama Sang Transformer tuh?
Seingat aku, Moby Dick atau Toriton lebih kuat aku rasa. Kekuatan konvensional. Tiada perisa tambahan seperti yang lelain tu.
Tapi??? Adakah kewangan aku jugak kuat seperti mereka² itu???
Alih² pagi tadi PC opis aku lak merajuk. Adakah niat jahat aku untuk menukar PC @ Laptop baru itu telah dapat dihidu oleh PC opis aku ni? Mungkin kadar antibodi PC aku tu x sehebat wira adi jagat yang aku sebutkan suma td …
Sebetulnya PC opis aku itu perlu berjiwa besar.
Melihat bukan bermakna ingin membeli. Bermuzakarah bukan bermakna ingin bersatu. Bermuqabalah bukan semestinya membubarkan parti.
Arghhhhh…. Orang yg tidak normal saja barangkali lebih mempercayai Hishamudin anak Rais itu lebih dari Tuan Guru Haji Hadi
Arghhhhh…. Persetankan suma itu
Ayuhhh teruskan berjuang …
i
-
shamsuleffendey
pOLis kENa keNCinG???
i
i

i
Kalau benor le ada kulit babi kat kasut FRU tu, memang padan le perangai dema tu?
Dah sampuk dek babi upernyer.
Pasey tu la antara tempat mulia seperti masjid ngan tandas pun x gheti nak beza.
Jenuhle masjid yang kene serbu dek FRU berkasut kulit babi ni time reformasi dulu kena samak wehhh…
i
-
shamsuleffendey
-
Yeop
Orang Amerika kot……Left Hand Drive tu…………
Kalu tunjuk nombor kan bagus……kalu sini punya, boleh rujuk JPJ…….
Rakyat Marhaen boleh tengok je le…………. -
aku
Aku punye la yop, aku dah lama ngidam, kerja kuat, ngumpul duit yang tajol bagi projek, aku ingat nak lagi canggih, bumbung boleh buka, tapi tajol nak minta duit aku lak masa pru12, tapi dapat gak aku pakai…….. perakbangkit punya………………perakbangkit.blogspot.com
Kalau matsamankati tak merasa la, sebab dia kawan ngan pak nawi, kalau cuci keta sultan bolehlah merasa bawa….matsamankati.blogspot.com
?????????????????????????
-
jentayu
yop tajol punya kut , kereta kerajaan dah ambik balik dia beli kereta baru hahaha
-
-
shamsuleffendey
jAGa-jAGa KoME…
i

i
MB teman udah ada Tali Pinggang Hitam skang nih weh oi. Agak² sesapa yang cuba nak ngaco kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak teman skang ni, awassssss… Kome sedang diperhatikan. Jangan sampey kome patah riok kena penerajang ngan MB teman ni dah le.
Untuk pautan berita sila klik –> di sini
i
( menurut sumber yang boleh dipercayai mengatakan penganugerahan tali pinggang hitam kepada MB ini adalah kerana kejayaan Pakatan Rakyat menerajang keluar kerajaan BN Perak pada PR-12 aritu
) -
shamsuleffendey
saLam tAkzIaH
i
* berita dipetik dari laman blog PASTI PERAK di http://pastiperak.blogspot.com/
i
iiiiAJK MGP PASTI Perak, Puan Roszila bt Yusof @ Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ogy dan keluarga telah ditimpa bencana apabila rumahnya hangus terbakar baru-baru ini. Kejadian yang berlaku pada tengah hari Ahad 27 Julai 2008 itu telah memusnahkan keseluruhan rumahnya. Menurutnya, ketika kejadian beliau dan keluarga tiada dirumah kerana menghadiri program Konvensyen PAS Perak di Ipoh. Kebakaran adalah disebabkan masalah litar pintas. Kak Ogy merupakan seorang aktivis PAS Kawasan Kampar. Selain menjadi guru PASTI, beliau juga memegang jawatan Ketua MGP PASTI Kawasan Kampar, AJK MGP PASTI Negeri, AJK PAS Kawasan Kampar dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kampar. Buat sementara mereka menumpang tinggal dirumah ayahnya.
Pengarah PASTI Perak bersama Bendahari dan Ketua Unit Penaziran telah menziarahi beliau sekeluarga dan menghulurkan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Pusat dan Tabung Kebajikan PASTI Perak pada malam kejadian.
Kepada dermawan yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian di akaun suaminya :
MAYBANK : 108113439693 – ZULKIPLI B MOHAMADiPASTI Perak ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan mudah-mudahan beliau sekeluarga redha dengan ujian ALlah ini.
i
untuk pautan berita sila klik –> disini
i
-
shamsuleffendey
caHaYa diHujUng tErOwOnG…
i
Muzakarah baik untuk isu agama – Dr Tan Seng Giaw
i
KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberitahu Muzakarah di antara PAS dan Umno yang heboh diperkatakan adalah sesuatu yang baik bagi menyelesaikan perbezaan fahaman agama di kalangan orang Islam daripada kedua-dua parti itu.
Katanya muzakarah itu tidak langsung menjejaskan hubungan baik di antara PAS dengan Pakatan Rakyat kerana ia membabitkan isu agama Islam yang tidak wajar dipolitikkan oleh pihak-pihak lain.
“Orang-orang Cina pun jika ada masalah, akan berunding secara aman walaupun daripada pelbagai parti kerana ianya merupakan amalan agama.
“Dalam isu agama kita seumpama di dalam satu kapal. Jika anak-anak kapal bercakaran, maka kapal akan bergoncang. Kalau ada masalah, kita kena tenteramkan keadaan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Beliau juga berpendapat kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat tidak bersetuju dengan pertemuan itu semata-mata untuk menghilangkan salah faham dan kebimbangan ahli-ahli PAS dan penyokong di peringkat bawahan.
“Yang dibimbangi ramai terutama penyokong ialah ketakutan ‘dijual’ oleh pemimpin mereka sendiri.
“Tidak timbul soal Umno mendapat kredit dari muzakarah itu. Kredit dapat kepada semua kerana masalah dapat diselesaikan. Bagi saya, jangan lihat muzakarah itu dari segi politik semata-mata,” katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada muzakarah tersebut akan mewujudkan persefahaman politik dan kerjasama antara PAS dan Umno, Dr Tan menganggapnya sesuatu yang mustahil untuk berlaku
“Mustahil akan ada kerjasama sebab sudah lebih 50 tahun PAS dan Umno tidak sealiran dalam politik. Kalau nak kerjasama sejak dari dulu lagi sudah berlaku,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kepong
klik –> disini untuk berita asal
i
Di saat Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul Am hebat diperlekehkan mengenai isu muzakarah PAS-UMNO, rupa-rupanya masih ada rakan dari Pakatan Rakyat nampak isu ini tidaklah sebesar mana. Seperti biasa ianya hanya dimainkan berulang kali oleh media korup UMNO semata-mata memenuhi agenda peribadi pemimpin mereka. Jika tidak masakan orang hebat seperti Pak Lah mahu bertemu dengan orang yang pangkatnya lebih bawah darinya seperti Timb. Presiden PAS itu sendiri. Ini membuktikan bahawa UMNO dalam keadaan sangat-sangat terdesak dalam mengekalkan kuasanya. Sesudah cubaan untuk menggunakan pengaruh Raja-Raja Melayu dilihat tidak berjaya, mereka cuba bermain tarik tali dengan PAS semata-mata untuk menggoncang kerjasama Pakatan Rakyat ini. Apa jaminan kali ini mereka akan mengotakan segala janji dan melaksanakan apa jua isi perjanjian hasil dari muzakarah tersebut???
Rasanya semua orang dah tahu bagaimana perangai UMNO ini. Ketika gagah bagaimana kelakuannya, ketika lemah dan nak lenyap bagaimana pula tidakannya. Sedangkan fatwa para mufti pun boleh dilalukan dicelah kangkang mereka, inikan pula muzakarah yang agak longgar ini. Kita tidak pernah mengatakan UMNO itu seperti Yahudi sedangkan Yahudi itu sendiri dalam satu-satu isu sanggup mematuhi perjanjian yang dia buat walaupun umumnya tersangat banyak perjanjian yang dia langgar. Contohnya dalam kes pertukaran mayat 2 anggota tenteranya yang disimpan oleh kerajaan HizbuLLah. Mereka juga menepati janji dengan membebaskan sebilangan tahanan yang disyaratkan oleh kerajaan HizbuLLah itu. Adakah UMNO lebih baik dari yahudi jika mereka sendiri mengkhianati perjanjian yang mereka telah buat?
Seharusnya ketika ini kita memantapkan keyakinan terhadap apa jua keputusan yang dilakukan oleh Tuan Guru Presiden. Kita yakin Tuan Guru Presiden tidak berniat menjual dasar perjuangan parti yang kita sama-sama perjuangkan ini. Dalam menangani isu ini, ada baiknya kita dibimbing oleh orang yang lebih arif agar kita tidak terus-terusan melanggar adab-adab dalam jemaah.
Menegur boleh tapi bagaimana???
Adakah sama menegur sesama ahli dan menegur antara ahli dengan pimpinan? Ataupun adakah menegur kita sama dengan Karpal Singh menegur?
Jadi disinilah kewarasan ahli dipinta. Bagi yang seringkali hadir dalam program tarbiyah mungkin tidak menjadi masalah. Sering meletakkan keputusan pimpinan ditempat yang mulia. Tetapi bagaimana pula yang agak culas untuk menghadiri program seumpama itu?
Inilah permasalahan sebenar yang perlu dilihat dalam menjana kekuatan jemaah. Kita tidak perlukan ahli yang ramai tetapi tiada kualiti, tetapi kita mungkin mempunyai ahli yang sedikit tetapi dengan sedikitnya kita membawa kemenangan.
Kemenangan yang bagaimana? Adakah seperti kemenangan dipilihanraya?
Tidak sama sekali. Kemenangan yang hakiki ialah kemenangan di hari pembalasan nanti. Kemenangan dunia manisnya sementara. Yang pasti kemenangan akhirat manisnya abadi.
Memang benarlah kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Johor melalu Ketua Penerangannya, Saudara Mazlan Aliman bahawa tiada langsung menyatakan didalam muzakarah PAS-UMNO itu berkenaan PAS akan menyertai UMNO. Tetapi jikalau UMNO ingin menyertai PAS, memang dah lama Tok Guru Mursyidul Am tegaskan iaitu sekiranya UMNO menukar dasar nasionalisnya ke dasar Islam, tidak perlu PAS terus wujud. Masalahnya yang kita lihat ego pemimpin UMNO itu sendiri yang terus-menerus ingin berlagak bagaikan partinya menongkat langit.
Jadi jika UMNO ingin melihat muzakarah ini terus diadakan dan berjaya mencapai matlamatnya, cuba buktikan keikhlasan anda dengan menyertai PAS beramai-ramai. PAS pernah menyertai kerajaan campuran suatu masa dahulu. Apa salahnya UMNO pula berkorban kali ini.
Ada brani???
i
-
kp cht ibol
2- umno merancang Allah juga merangcang, tapi perancangan siapakah yang lebih baik ??? Pernahkah Allah hilang fokus ???
-
PsychoMatix
Salamz.
Bro.Aku budak tepen.LMS.
Inilah yang dinamakan permuafakatan.Bukan membuta tuli sokong & bukan juga membuta tuli hentam.UMNO lebih kepada kategori kedua tu.
Tapi,itulah kita kna ingat – dlm parti memang ada penyokong tegar.Tegar pun ada 2 jenis jugak.Satu tu yg kalut sampai kalau TGNA kata kita bubar PAS ngan UMNO buat satu parti pn boleh buat marah benar.Mcm kes murtad.Satu lagi yg tegar tu sebab dia faham betul2 perjuangan parti.Tak kira parti apa pn.
Yang tegar ni kita kna betulkan sikit.Jangan nnti mana2 pemimpin pun dia main tibai sokong.Asalkan sebut PAS – dia terus sokong.Kita kena lebih berinvestigatif sikit. Menyelidik apa yang sebetulnya.Maklumlaa…MEdia mainstream tu menipu je ghojenye.
Apa pn,jemput2 moh kita caKap-caKap di http://psychomatix.wordpress.com.
Chiowz.
-
-
shamsuleffendey
-
shamsuleffendey
HuJaH @ Tv9
i
Semalam, program HUJAH bersiaran seperti biasa di TV9 jam 10.30 mlm. Aku yang sememangnya tiada program mengambil kesempatan untuk menyaksikan rancangan ini. Bagi aku inilah satu²nya rancangan berbentuk perbincangan yang bersikap agak adil melayani ahli panelnya berbanding rancangan Debat Perdana yang dikendalikan oleh Johan Jaafar suatu ketika dahulu. Ditambah pula dengan soalan provokasi yang seringkali ditujukan kepada ahli panel oleh pengerusinya, Proff Dr. Agus membuatkan minat aku terhadap rancangan ini semakin bertambah.
Kalau minggu sebelum ini, ahli panelnya terdiri daripada Dr. Syed Azman dari PAS dan Razali AP Muar dari UMNO, malam tadi pula tiada langsung wakil dari parti politik. Yang ada hanyalah professor sains politik. Mood aku turut bertukar. Dah malas. Mesti ngampu abis la malam ni. Tambah sorang dari panelisnya Syed Atori Husin. Aku kenal dia dari pembacaan di akhbar². Kuat jugak UMNO nya. Lagi sorang tu pun sama coz dari UiTM. Sapa yang x tau UiTM ni lubuk UMNO.
Untuk berlaku adil aku duk la skejap. Kalau dh mula ngampu kang aku blah masuk tido. Sangkaan aku sebenarnya jauh meleset. Kedua² panelis itu rupa²nya mengambil peluang untuk menghentam UMNO. Kalau x silap aku tajuk smalam ialah bagaimana mencari politik yang bersih. Lebih kurang camtu la bunyi dia. Aku rasa xda pun dia quote kan politik bersih tu dalam UMNO je. Maknanya perbahasan boleh menyentuh apa jua parti. Bukan sahaja UMNO, PAS atau DAP juga boleh turut disebutkan sebagai contoh. Rupa²nya pakar kajian politik ni dah mengakui hakikatnya, politik UMNO ni la yang paling busuk, penuh rasuah dan tiada demokrasi. Kedua² panelis saling sokong menyokong menghentam UMNO. Paling aku tertarik di akhir rancangan bilamana pengerusinya Proff Dr. Agus bertanyakan adakah perkara yang sama diorang cakapkan tu terjadi juga di dalam PAS???
Jawapannya membuatkan aku tersenyum. Apa jawapannya??? Syed Atory Hussein tu kata dalam PAS adanya kaedah syura walaupun jarang ada pertandingan. Maknanya PAS ternyata diakui oleh kedua² pakar kajian politik yang condong kepada UMNO itu lebih baik dari kesemua parti yang lain. Syukur alhamduliLLah.
-
Rafizi
Assalamualaikum Tuan,
Agak lambat untuk saya berikan komen, tapi biarlah lambat dari tiada langsuang.
Pandangan saya, politik tetap pada acuan politik tidak kira di pihak parti memerintah atau pembangkang. Apa yang baik perlu kita akui kebaikannya dan yang buruk perlu kita akui juga walau sepahit mana ianya. Seperti tuan, saya juga peminat Hujah, sebelum ini rancangan seumpamanya Debat Pedana, Bicara Siswa dll adalah bentuk rancangan yg memangkin pemikiran kita dan lebih tepat lagi the level of political awareness sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab dalam sebuah negara berdaulat.
Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Tapi sebagai mana tuan, saya sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan sebagai pemikir politik. Masalah dengan senario politik hari ini ialah terjadinya situasi dimana apa yang dicakap sudah tak sama dengan apa yang kita hendak dengar. Ini membuatkan pandangan dan persepsi kita berubah. Pandangan mata bukan 100% benar (pandangan saya). Pangan hati adalah yang paling hakiki, itu pon kalau hati itu bersih.
Saya akan paparkan post saya dalam blog saya sedikit masa nanti tentang pandangan dan persepsi.
Semoga tuan sudi bertukar pandangan dengan saya sebagai sahabat blog.
Sambutlah salam hormat dari saya. Terima kasih atas masa tuan.
Wassalam.
-
-
shamsuleffendey
kuNJunGaN Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPP
i
antara yang hadir
Saudara Muhammad K.Y.Tiang sedang menterjemahkan jawapan kedalam bahasa Cina sambil diperhatikan oleh Khairul Faizi, Salman Saleh dan YB. Sum Cheok Leng
tekun mendengar penjelasan
i
Sabtu 20 Julai 2008 - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Khairul Faizi B. Ahmad Kamil telah melakukan pertemuan dengan Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Negeri Perak. Objektif pertemuan adalah untuk memberikan penerangan berkenaan peranan LPN DPPP disamping menerangkan hal-hal isu semasa. Beliau yang tiba jam 2 petang dan disambut oleh Pengerusi LPN DPPN PAS Perak, saudara Muhammad K.Y Tiang. Pertemuan yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak itu berlangsung lebih sejam dan turut dihadiri oleh beberapa AJK PAS Kawasan Ipoh Timor. Suasana pertemuan berlangsung dalam keadaan penuh muhibbah dan rata-rata mereka berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh wakil LPN DPPP itu. Pertemuan itu juga turut diselitkan dengan sesi soal jawab kepada peserta supaya ianya tidak dijadikan pertemuan satu hala.
Pihak PAS Kawasan Ipoh Timor mengucapkan terima kasih atas kunjungan beliau. Semoga usaha untuk merapatkan lagi hubungan antara penganut Islam dan agama² lain di negeri Perak selepas ini akan berjalan dengan lebih lancar insyaALlah.












doc tranzs 10:17 am on August 4, 2008 Permalink |
Mase umno kuat dulu lagak buka main. udah lemah ni baru teringat nak muzakarah. perangei manusi loba ni beginile. asyik nak menang je kerja nye. ape care pun takpe. tipu pun sanggup yob!
kalo senang2 nanti datang le lawat blog teman http://www.alternate-enter.blogspot.com
teman kerja lain takde, nak marah kat gomen lah bedewi ni aje…
ngarut sangat dah… parah sungguh dah.