
Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2008, Puan Roha bersama team guru PASTI Johor
27 Jun 2008
Penat bermusafir masih bersisa. AlhamduliLLah Program Sambutan Hari Guru dan Pesta Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kebangsaan 2008 telah berjaya dihadiri. Lokasinya seperti tahun sudah di Kelantan Serambi Mekah. Aku berpergian selama 3 hari mulai Jumaat yang lepas. Cadangan asal untuk mengikuti bas rombongan PASTI Perak terpaksa diubah pada saat² akhir bagi memberi laluan kepada S/U PASTI Perak. Sian pula bila tahu dia dah amik cuti, tetiba x dpt pegi. So cam biasa aku menumpang Hj Rosli menaiki sang Rusa nya.
Kali ini dia angkut 1 familynya. Aku pun x tau formasi apa yang digunakannya kali ini. Sistem 4-4-2 ataupun 4-5-1 yang digunakan oleh Sepanyol ketika mengalahkan Jerman di final Euro kelmarin. Mungkin ada perancangan besar selepas ini yang menyebabkan dia bawak suma ahli keluarganya tu. WALlahua’lam. Tunggu je la bulan 8 nnt. Hik hik…
Perjalanan melalui jalan Simpang Pulai – Gua Musang amat jauh aku rasakan. Dengan terikan mentari tghari, menyebabkan mata aku cepat sangat mengantuk. Tapi terpaksa digagahkan jugak mata aku ni memandangkan aku co-pilot. Kang x pasai² jatuh dalam gaung. X moo la aku.
Sampai di Gua Musang jam menunjukkan hampir 03.30 ptg. Singgah solat di masjid berhampiran dan mengalas perut yang lapar dengan nasi yang dah sedia dimasak oleh zaujah Hj. Rosli. Makanlah kami berlaukkan telur masak sambal, ikan masin Sarawak dan rendang daging makcik kantin skolahnya. Perjalanan diteruskan…
Tiba di Kota Bharu, cuaca yang teramat cerah menyambut kedatangan kami. Walaupun jam hampir menunjukkan pukul 7 ptg, tiada tanda² awan akan melitupi sang matahari. Berbahang pipi aku yang licin ni. Aduhhhh kna wat facial treatment arr balik nnt
Selepas menghantar ahli keluarga ke umah adiknya (adik zaujahnya), kami berdua terus menuju ke Hotel Ridel, lokasi sambutan Hari Guru dan penginapan peserta. Tempatnya agak cantik. Di tepi Sungai Kelantan, sungai umpama the tarik kurang manis bagi aku. Hotel pun agak baru. So secara pantas aku membayangkan keindahan suasana dalam bilik hotelnya nanti. Walaupun aku tidak layak untuk menginap disitu, tetapi atas sebab² perikemanusiaan, aku lolos juga.

Hotel Ridel dikala senja

Krew PASTI Perak
Cuma satu yang aku hairan, kenapa pihak penganjur tidak menyediakan tempat yang empuk lagi enak ini kepada wakil ALP Negeri yang hadir sedangkan nama sudah diberikan. Tidak layak ataupun ianya hanya dikhaskan kepada ALP Pusat dan guru² saja? Kalau dah mcm tu, apa perlu menyediakan seat utk wakil ALP Negeri pada program tersebut. Mungkin ALP Pusat boleh memikirkannya nanti…
Sedang bertenang² di ruang lobi hotel, tiba Ust. Norazli Musa, Ketua DPPN Perak menyertai kami. Alahai keciknya dunia. Kat Kelantan pun jumpa orang Perak??? Ingatkan leh ar jumpa Ust. Nik Abduh ke. Barula spesel dtg Kelantan. Idakla Amy Search saja yang diraikan. Kami pun teringin jugak dilayan seperti artis tersohor tu.

Ust. Norazli bersama ALP PASTI Pusat
Perjalanan program hancusss. Program yang dijanjikan bermula 08.30 malam tersasar sehingga hampir ke 10 malam. Kelemahan yang sama terus diulang². Seumpama tiada post-mortem dibuat pada program² yang lepas. Nyaris nyanyian dikir barat Jen Endero menyelamatkan keadaan. Perasmi nampaknya terus gagal menghadirkan diri. Hanya digantikan dengan wakilnya yang asyik sangat tersasul sebut antara PASTI dgn TASKI. X buat homework dulu ke nak berucap? Atau menganggap program ini program biasa. Tiada nilai? Membuatkan aku semakin galak menguap.

penyelamat majlis, Jen Endero & da Crew
Tahniah buat Puan Roha Bt. Suratman dari PASTI Negeri Johor Darul Takzim yang Berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2008. Buat 2 lagi finalist Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2008, Puan Salwa dari Perak dan Puan Rohani dari Kelantan, juga sekalung tahniah diucapkan atas kegigihan menjadikan PASTI sebuah intstusi terbilang di Malaysia. Mudah²an segala kerja amal yang dilakukan mendapat sebaik² balasan dari Allah SWT, insyaALlah.

wakil Guru PASTI membacakan ikrar

Puan Roha, Puan Salwa & Puan Rohani bersama Puan Husna, S/U MGP Pusat

wajah kegembiraan penerima anugerah dari PASTI Perak
Program tamat hampir ke jam 12 mlm. Abis program terus ke bilik membawa bersama perut yang lapar. Hanya bihun goreng dan kuih dijadikan alas perut peserta malam itu.
Nasi??? Mungkin bukan lagi makanan ruji bagi rakyat Kelantan atau warga PASTI ketika itu. Hanya keroncong perut lapar menemani lena aku. Tidurla duhai perut yang lapar…
28 Jun 2008

kontinjen sukan PASTI Perak tengah melayan kerenah pemain
AlhamduliLLah selamat tunaikan subuh dalam lingkungan waktunya. Bersiap untuk program kedua, Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kebangsaan 2008. Lokasi di Padang Perdana, Kota Bharu. Teringat aku program Himpunan Pemuda 115K yang diadakan ditempat yang sama 2 thn lepas. Disitulah tempatnya Ketua Pemuda aku naik ke pentas untuk menerima anugerah peyertaan terawal DPPK. Megahnya time tu J
Tapi,belum apa² kena isi perut dulu. Lum breakfast lagik ni. So tempat biasa kami kalau sampai Klantan ni, nasi kerabu di Jalan Pengkalan Chepa menjadi pilihan. Sedap nasi kerabuya. Terbuka selera aku. Malangnya, hanya boleh dibungkus. Tiada tempat duduk disediakan. So terpaksala makan di medan selera stadium tu. Abis makan. Terus ke padang. Baru mula perasmian. Perarakan kontinjen masuk kepadang. Kesemua pasukan negeri hadir. Paling jauh dari Sabah & Sarawak.
Mata aku kembali pedih. Mungkin terkenangkan bantal empuk Hotel Ridel tu. Masa masih ada sebelum check out kul 12.30 tghari. Setelah perbincangan diadakan antara aku dan Hj. Rosli, kami bersetuju mengambil kata putus untuk menggunakan masa yang berbaki didalam bilik hotel tersebut. Kufur nikmat kalau x digunakan kemudahan yang disediakan tu. Aku mengambil langkah paling bijak menalipon kaunter memohon lanjutan masa check out ke 1.30 ptg. Berjaya…
Sekalung pujian diberikan oleh Hj. Rosli kepada aku. Tidakan paling bijak yang pernah aku lakukan seumur hidup katanya. Chehhh…Sampai begitu skali? Arrr lantaklahhh nak kata apa pn. Janji leh zzZZZzz…
Solat Zohor di Masjid Medan Selera Stadium tu. terus ke padang. Team bola PASTI Perak gagal ke suku akhir. Kalah dengan Pahang 1-0 dan seri dengan Terengganu 0-0. Hasilnya menjadi penonton je la. Bola Jaring lak Berjaya ke suku akhir. Bertemu tuan rumah Kelantan. Bala… Tumpas jugak 6-2. Budak² Kelantan main umpama tangan ada gam. Melekat je bola bila ditangkap. Budak² Perak??? Bagai disihir. Serba x menjadi. Ditambah pulak dengan kecederaan ayam tambatannya, Ummu Balqis. Pakat nganga je la.
Keputusan akhir memihak kepada pasukan tuan rumah. Kedua² acara diorg bolot. Bola sepak dan bola jaring. Perasmian penutup oleh Pengarah PASTI Kelantan, YB. Zaki. Ketua Pemuda PAS Pusat, Salehhuddin Ayub kemana? Gagal dikesan. Missing in Action. Mungkin cuaca yang amat ceria ketika itu menyebabkan beliau takut hadir. Kang hitam lak kulitnya. WALlahua’lam…
Malam acara bebas. Pegi melawat Wakaf Che Yeh sampai sesat larat. Nyaris jumpa jalan pulang. Kalau x? Jadi beruk mak yeh la kot. Hik hik…
Malam tu dah x dpt nk tido kat hotel. So kembali ke asal. Tido di umah adik zaujah Hj. Rosli di Kubang Kerian. Ok la tu. Malam tu pun sebelum ke Wakaf Che Yeh diorang dah banje kami makan restoran tepi sungai di Tawang. JazakaALLah. SyukroliLLah…
Sampai je umah aku dh x ingat apa. Letak² je badan terus hanyut sampai ke subuh. Pagi cam biasa mencari nasi kerabu untuk sarapan. Kali ni ada menu tambahan nasi berlauk. Menu popular di Kelantan.
29 Jun 2008
Pukul 10, kami bertolak balik ke Ipoh melalui jalan Rantau Panjang – Jeli – Gerik. Singgah di Bukit Bunga membeli keropok dan makan tengahari di Batu Lancang. Kelantan selamat kami tinggalkan. Perjalanan lancar sehingga masuk ke Lenggong. Hujan lebat menyambut kami sehingga ke Ipoh. AlhamduliLLah perjalanan selamat tanpa sebarang gangguan. Tahun hadapan program serupa akan diadakan di Selangor. Selamat bertemu kembali di Selangor insyaALlah.
Bon voyage…
aku 4:59 pm on July 1, 2008 Permalink |
Tahniah kerana berjaya menghantar pasukan dan tahniah kepada guru-guru yang terlibat… Kalau buat kat Perak lagi ok kot, biasa perak AJKnya comitted…
shamsuleffendey 5:48 pm on July 1, 2008 Permalink |
Perak cam biasa…Offer diri xnak, tp kalau diberi insyaALlah cuba buat yang terbaik insyaALlah.