aKu pEnuNGGu…
Sehingga saat ini ( jam 04.23 petang, Isnin 7 Julai 2008 ), aku masih mencari @ menunggu permohonan maaf dari Sekretariat Protes mahupun dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berkaitan insiden yang amat memalukan semalam. Baik dilaman web rasmi Himpunan Protes, laman web organ parti mahupun laman web rasmi parti.
Kenapa terlalu lewat untuk membuat permohonan maaf ataupun kenyataan rasmi melibatkan insiden semalam. Aduhhh terseksanya jiwa. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyiksaan.
Ataupun mungkin juga insiden berkenaan hanya sekumin yang tidak menjejaskan langsung ketiga-tiga parti tersebut. Bagi aku kalau PKR dan DAP mungkin tidak terjejas sangat dengan insiden berkenaan, tetapi yang pastinya PAS akan menerima tamparan hebat akibat darinya.
Jadi aku berharap akan ada kenyataan permohonan maaf pimpinan PAS kepada ahlinya yang sanggup datang jauh untuk menjayakan program Himpunan Protes ini. Sesungguhnya komitmen yang diberikan oleh ahli PAS ini dari segi tenaga, masa dan wang ringgit tidak wajar dibalas dengan insiden sedemikian rupa. Mudah-mudahan ianya menjadi satu pengajaran buat kita, PAS untuk tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.
Kalau Hishamudin Rais sanggup melelehkan air mata buatannya untuk memohon maaf kepada yang hadir, xkanlah pimpinan sendiri tidak mampu melakukan yang lebih baik darinya???
Yang pasti, MATLAMAT TIDAK SEKALI-KALI MENGHALALKAN CARA.




aku 12:15 am on July 8, 2008 Permalink |
Abang drp kita fikirkan benda2 ni, bangsa lain dah jauh kedepan dah, banyak projek, tambah ahli dan majukan kawasan, pakat2 mesyuarat majukan kawasan… Dok fikir Bala, anwar, ezam, konsert takde mkna… buang masa…Baik bantu ketua kampung, buat perancangan untuk 3 tahun akan datang,tambahkan ahli, muslimat diperkasa, apa yg dikutuk2 masa BN dulu diperbaiki dan dimurni, asyik Protes2 aje, Dollah dah tau dah, u all protess bagus gak, nak pi kena beli minyak, minum2 bukan kat wrung2, rokok2 lagi dsb… Fikir2kanlah bang……Usrah camna… ok ke, cadang sekali2 nak juga join, tak ajak pun……