Harga minyak petrol di Singapura turun
SINGAPURA – Syarikat minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.
Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.
Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.
Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.
Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.
Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.
Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan. – Bernama
klik disini –> KOSMO untuk laporan
i
Haha… apa crita skang??? Harga minyak dah turun???
Singapura negara pengimport minyak pun dah turunkan harga, negara pengeksport cam M’sia nih bila lagik???
Nantilah biaq Pak Lah & Co. mesyuarat dulu. Awat hangpa kalut sangat. Bila dilengah-lengahkan keputusan nnt leh la Pak Lah & Co. kaut untung lagi banyak. Rakyat x marah nye la. Kompom



