Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 12:12 pm on August 29, 2008 Permalink | Reply  

    kaLau SumA naIk, aPa yaNG tuRun??? 

    i

    Hari ini Ngok Omar (sebab dia teramat bongok), Menteri yang berpunyakan seorang adik yang pernah didakwa mengedar syabu membuat kenyataan tegas lagi ganas dalam akhbar KOSMO.

    “Surcaj ini bukan perkara baru, cuma kali ini ia dalam bentuk peratusan harga tiket.” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.”

    katanya lagi…

    “Beliau memberi alasan kadar surcaj itu tidak ada kena mengena dengan peningkatan harga minyak kerana kenderaan awam masih menggunakan diesel subsidi RM1.43 seliter.

    “Ada banyak sebab lain surcaj ini dikenakan. Pertama, laluan sehala saja contohnya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu penumpang penuh, tapi laluan sebaliknya bas kosong.

    “Juga ditambah dengan peningkatan kos operasi lain seperti mereka kena bayar gaji pemandu pada kadar tinggi, bayar kerja lebih masa serta pembelian alat ganti dan penyelenggaraan bas,” jelasnya.”

    Haha…aku yang baca pun duk penin (bukan panen)…Bila masa pulak rakyat kat negara nih menjadi penanggung kerugian sesuatu perniagaan. Kenapa menteri yang bodoh lagi dungu nih x bercakap mewakili rakyat? Bukankah Ngok Omar ni dilantik oleh rakyat untuk menjadi wakil kepada rakyat? kenapa pula dia bercakap menjadi wakil majikan? wakil empunya syarikat? kalau pun xnak bercakap mewakili kaum melayu banjar, x bolehkah dia bercakap mewakili kaum melayu jawa? suku kaumnya sendiri? adakah suma melayu² jawa di Tanjung Karang tu kaya sepertinya? kalau rakyat menelah ucapannya itu dengan maksud yang tersirat bagaimana? maksud tersirat yang bagaimana? alaaa cam biasala. kalau cakap utk majikan atau wakil syarikat mestila ada masyuk. x banyak pun sedikit. Itulah maksud tersirat yang rakyat faham. Ngok Omar x leh nak marah klu rakyat berbahasa demikian. Yang aku pelik sejak bila pulak peniaga atau usahawan nih berniaga tidak mahu menerima kerugian? bukankah amalan perniagaan ada yang untung dan ada masa rugi. xkanlah xnak langsung menanggung kerugian. entah sifir apa ini? waduh waduhhhh… kenapa la melayu jawa UMNO nih masih sayangkan dia???

    Kemudian selak lagi…jumpa la kisah berita yang ni plak…

    nilai zakat negeri Perak hampir sama nilai sekilo ayam bersih

    i

    Nilai zakat pun dah naik weh oiiiiii…Kah kah kah…Ingatkan minyak dah turun 15 sen (nilai penurunan tertinggi dalam tempoh 51 tahun) habis suma benda turun. Semalam akak aku kata ayam pun dh naik. Bukan naik pokok nak tidoq…tapi harga ayam dah naik. rm 7 lebih sekilo. Arghhhh x mkn ayam la aku. Nyaris la bulan pose dh dekat. Leh gak mengatur strategi mencari masjid yang sediakan juadah berbuka paling sedap. Jangan kali ni suma masjid buat air sirap ngan buah kurma je dah la. Alasannya x mampu nak tanggung kos operasi. Mampussss…

    i

     
  • shamsuleffendey 3:06 pm on August 27, 2008 Permalink | Reply  

    tumPASnya paRTi seSUMpah… 

    Akhirnya detik yang paling mendebarkan seluruh melayu glokal terjawab. Bung Nuar bagai yang diramalkan telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Cuma apa yang agak mengejutkan ialah lonjakan majoriti yang diperolehi Bung Nuar. Tiada sesiapa menyangka dengan kegilaan media dan seluruh parti² gabungan UMNO bE End termasuklah parti PDRM, parti Badan Penggalak Rasuah, parti Imam² Masjid seluruh Malaysia dan tidak terkecuali parti Mufti seMalaysia menghenyak Bung Nuar semahunya, tiba² keputusan menunjukkan sebaliknya. Bukan kemenangan yang dicapai malah keputusan menunjukkan UMNO tewas lebih teruk dari pilihanraya sebelumnya. Disebabkan kejadian yang penuh aib ini jugaklah, calon UMNO Be End, Ariff Shah gagal untuk menunjukkan diri semasa pengisytiharan keputusan penuh malam tadi. Mungkin terlalu malu dengan keputusan yang diterima. Tercalar teruk rekod kemenangannya di DUN Seberang Jaya aritu. Najib juga dalam keadaan yang sama. 2 kali menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN (pertama kali pada pilihanraya 12 (2008) dan yang terbaru pilihanraya Permatang Pauh) jelas membuktikan bahawa Najib gagal dengan teruk. Kita masih jelas dengan peristiwa 5 negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan yang terbaru tewas dengan lebih teruk di Permatang Pauh. Adakah orang sebegini yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk memerintah negara ini selepas 2010 nanti???

    Ada juga yang berkata inilah bahana akibat sumpah yang diucapkan oleh Najib dan Sial Fool tempoh hari. Sumpah laknat yang bertujuan menggagalkan impian Bung Nuar untuk ke Parlimen nampaknya memakan diri. Mungkin selepas ini Sial Fool itu ditangkap dan mungkin juga Najib akan mengarahkan orang²nya menyepak bontot sial si Sial Fool itu. Kerana bontot sial itulah UMNO Be End tersungkur malah tertiarap. Dimanakah si Sial Fool ini mahu meletak muka??? Adakah harapannya untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran memandu kapal terbangnya itu akan kesampaian? Aku rasa impian akan tinggal impian. Dia pasti akan ditinggalkan seperti jalang yang dah x laku. Sapa yang mahu melayannya lagi? Puaka yang menyebabkan UMNO Be End tertiarap tidak bernyawa. Sial kat Sial Fool, mungkin itulah kata hati Najib.

    Pihak media bagai dijangka turut menghadiahkan berita yang amat kecil nilainya dalam ruangan masing². Selain STAR, akhbar yang lain mengumpamakan kemenangan Bung Nuar ini tiada nilai. Begitu juga dengan pihak televisyen, tiada yang mahu menayangkan keputusan penuh pilihanraya ini kecuali dalam berita Mandarin dan berita Tamil TV2. Mungkin kemaluan yang mereka terima menyebabkan berlakunya kejadian seperti itu.

    Yang pasti PAS telah berjaya mengemblengkan seluruh ahlinya untuk turun berkempen memenangkan Bung Nuar di Permatang Pauh. Tiada persoalan lagi harus dibangkitkan mengenai ketidakbersamaan PAS dalm kempen pilihanraya kecil ini. Cuma persoalannya selepas ini wajar ditujukan kepada Bung Nuar pula. Apakah pula bantuan yang akan diberikan oleh Bung Nuar kepada PAS demi menjayakan cita² PAS melihat perlaksanaan hukum Islam di bumi Malaysia ini tertegak. Kita lihatlah sama² nanti insyaALlah.

    i

     
  • shamsuleffendey 7:10 pm on August 25, 2008 Permalink | Reply  

    kEcoH La Lu bRaDeR… 

    i

    i

    Alamak brader…Lu dah bikin kecoh la brader. Dulu masa lu duk dalam UMNO lu x kecoh camni brader. Pas idola lu kene tendang dari UMNO, lu dh start tunjukkan lu nya kecoh. Apsal brader? Wa rasa lu mau bikin glemer je la brader. Apasal lu ikut Bung Nuar kuar UMNO brader? Kalau lu rasa x leh nk masyhuk banyak, lu stay je la kat dalam UMNO tu brader. Skang lu dah lompat balik kat UMNO. Wa dah agak musti pasal duit nye brader. Tul tak? Lu memang teruk la brader. X abis² bikin gempaq. Dulu masa lu kuat ngan PKR lu pun cakap dapat ugutan bunuh dari lawan lu, skang nih lu dah lompat balik UMNO pun lu still guna ayat sama. Tapi wa dah x heran la brader. Gempaq lu x da perubahan. Wa rasa dah x jalan dah skang gempaq camtu brader. Ramai yg dah masak ngan lu nyer stail nih brader. Sapa la yang teringin nk tengok lu kene bunuh brader. Baik diorg suma tgk lu kene kencin ngan puak² UMNO tu brader. Lu tengok la nanti brader. Betoiii wa cakap luuu…

    i

     
    • matdin 2:42 pm on August 26, 2008 Permalink | Reply

      gua sokong lu, brader 2 mmg xde duit dah,sbb 2 dia msuk umno blik…

  • shamsuleffendey 4:03 pm on August 25, 2008 Permalink | Reply  

    RamLang, HanG HebaT… 

    i

    Ramlang Porigi

    i

    Dalam ketika suasana kempen semakin hangat, dalam ketika Bilik Gerakan Puteri UMNO diletakkan BOM, dalam ketika Najib menyorong²kan pipi untuk bersumpah laknat, nah!!! dalam ketika itulah UMNO diBOM. Kali ini bukan sepertimana BOM yang digunakan oleh puak militan terhadap Bilik Gerakan Puteri UMNO, dan bukan juga BOM sepertimana yang menghancurkan jasad Aminah @ Altantunya yang menyebabkan Najib melafazkan sumpah laknat walaupun tanpa dipaksa, tetapi ianya adalah BOM yang dilemparkan oleh Ramlang Porigi, imam yang menyaksikan sumpah laknat yang dibuat oleh si Sial Fool aritu.

    Terus terang cakap, aku sendiri x percaya Ramlang berani melakukannya. Walaupun masih berkhidmat dalam sektor awam, ternyata dia berani untuk menyatakan kebenaran, tatkala ramai ustaz² PAS sendiri yang mengajar J-Qaf dan SABK tidak berani melakukannya.

    Persoalannya kenapa si Ramlang nih tidak menunggu sehingga keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini diketahui sebelum mengeluarkan kenyataan yang panas dan hebat begini. Kenapa dia tidak menunggu sehingga isu ini reda sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan?

    Adakan si Ramlang ni tidak memikirkan langsung kesan daripada kenyataannya ini bakal menghancurkan langsung peluang BN untuk menang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh ini?

    Adakah si Ramlang ini tidak memikirkan jugak kesan daripada pengisytiharannya ini kelak bakal menyebabkan dirinya kehilangan kerja (alasan yang begitu banyak diberi oleh ahli PAS yang berkhidmat dalam sektor awam) ataupun kemungkinan juga dia bakal disumbatkan kedalam tahanan ISA?

    Jawapan yang mampu aku beri ialah, si Ramlang ini lebih takutkan hukuman ALlah dari hukuman manusia. Sungguh tinggi nilai keperibadian si Ramlang ni. Apa orang nak kata, katalah. Aku yakin si Ramlang nih benar² ikhlas dengan pengisytiharannya. Tidak seperti Tajol Rosli yang menggunakan lafaz sumpah Kristian untuk membuktikan dirinya dan BN Perak idak terlibat dalam skandal penahanan 2 Exco Perak aritu.

    Nah, inilah dia janji yang ALlah SWT sebut didalam ayat terakhir surah Yasin, apabila ALlah mengkehendaki ianya terjadi, ia pasti akan terjadi.

    Sesungguhnya inilah juga yang dikhabarkan di dalam hadis RasuluLLah SAW antara maksudnya ialah “sesungguhnya selemah-lemah iman itu ialah menegah didalam hati”. Bagi si Ramlang ini, aku rasa iman nya masih kuat. Tahniah dan syabas dari aku.

     
  • shamsuleffendey 7:27 pm on August 20, 2008 Permalink | Reply  

    gaMBar mEnaRiK minGGu inI… 

    i

    i
    Haha…dia datang lagik…lihatlah kelibat hero² dan heroin² yang diupah oleh UMNO Be End dalam menghadapi hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempohari.

    Apa pendapat anda mengenai gambar diatas???

    Adakah ianya satu lawak yang boleh dipertontonkan ataupun perbuatan jelik lagi huduh mahu dipaparkan oleh BARUA² UMNO Be End ini kepada para pengundi Parlimen Permatang Pauh ini.

    Kalau anda tanya pendapat saya, jawapannya amat mudah. Inilah dia hasil kejayaan yang UMNO berikan selama ia memerintah dibumi Malaysia ini.

    Tetapi kenapa BARUA² UMNO Be End ini tanpa segan silu mempamerkan aksi yang begitu huduh ni?

    Inikah sifat yang akan dan telah diterapkan dalam pengamalan Islam Hadhari Dolah Bedawi nih?

    Tiada modal lainkah yang boleh digunakan untuk memancing undi?

    Kenapa perlu memalukan diri dan parti sendiri?

    Mungkin jugak BARUA² nih x tau tindakan mereka itu sesuatu yang memalukan. Kalau mcm tu keadaannya boleh jadi benda² yang BARUA² ini lakukan adalah hal yang biasa bagi BARUA @ parti BARUA ni.

    Tapi apa BARUA² ni rasa ek time buat camtu? Xkan xde rasa malu langsung? Ataupun memang sifat malu dah langsung lenyap dalam diri BARUA² ni?

    Kalau dah lenyap langsung sifat malu tu, apa pasal riuh sangat time kena raba aritu? Ataupun diorg nih riuh sebab kena raba dengan orang lain? Rela dan redha bila kena raba sesama ahli sendiri…

    Ahhhhh xkan semurah itu BARUA² UMNO Be End nih? Aku x percaya la diorag nih sanggup buat camtu…

    Satu yang aku pasti, sumanya ini adalah perancangan dari ALLah SWT untuk memalukan diri mereka ni. Moga² para pengundi bersedia menghukum perbuatan huduh BARUA² UMNO Be End ni.

    i

    p/s : penggunaan bahasa mengikut suasana tempat pilihanraya berlangsung. Harap maklum :D

    i

     

     

     
    • hafiz 11:34 am on August 22, 2008 Permalink | Reply

      tiada lagi yang lebih afdal melain mengatakan semua ini memang bangsat lagi menyialkan! hidop rakyat!

  • shamsuleffendey 5:18 pm on August 20, 2008 Permalink | Reply  

    panassSSSS…maLam Iniiii 

    i

    i

     
  • shamsuleffendey 11:09 am on August 20, 2008 Permalink | Reply  

    MaSa unTUk bERuBaH… 

    i

    Ketua Polis Negara

    i

    Semalam berita yang aku dapat amat mengejutkan. KPN, Tan Sri Musa Hassan, anak kepada Tok Guru Tajwid terkenal M’sia nazak. Aku pun x pasti dari sumber mana diorang dapat. Jenuh jugak aku selongkar sumber² rasmi berita nasional. Satu pun xder citer pasal dia. Akhirnya berita tv mlm td menjelaskan segala²nya. Rupanya KPN menjalani pembedahan pintasan jantung. AlhamduliLLah pagi nih, sumberIJN kata beliau dah stabil. Maknanya masih ada masa lagi kalau nak berubah. Tapi kalau masih kekal dengan feel lamanya cmne? Rugi la diaaa…

    i

     
  • shamsuleffendey 10:55 am on August 19, 2008 Permalink | Reply  

    banTuaN… 

    i

    i

     
  • shamsuleffendey 10:51 am on August 19, 2008 Permalink | Reply  

    rinDu bErTanDAng… 

    i

    Aduh, Sibuknya aku dalam seminggu ni. Langsung x sempat nak update blog. Maklumla Muktamar PAS Pusat buat kat tempat aku. Terpaksala aku menyibukkan diri. Walaupun ini muktamar kali ke-4 yang buat dinegeri Perak ni (ada yang kata kali pertama), tetapi kesibukannya memang amat dirasai. Keseluruhannya aku rasa muktamar yang berlangsung kali ini agak OK. Tu pandangan aku la. Kelemahan sentiasa akan ada. Biasala, fitrah insan yang melaksanakan. Mesti la ada kekurangannya. Apapun ianya mesti boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Bukan guna untuk muktamar sahaja. Mungkin berguna sekiranya PAS Perak ingin menganjurkan program besar selepas ini. Aku dengar² dah ada cadangan untuk menganjurkan Ekspo dan Karnival Nisa’ hujung tahun ini. Mungkin disitu kita boleh cuba menjadikan penganjuran program itu hampir kepada sempurna barangkali.

    Mudah²an insyaALlah :-) .

    i

    p/s – aku x bawak kamera langsung sepanjang muktamar ni. Satu kerugian yang amat besar. Terpaksala menumpang tengok gambar kenkwn yang lain :-(

    i

     
  • shamsuleffendey 3:45 pm on August 12, 2008 Permalink | Reply  

    penAntiAn saTu pEnyikSaan… 

    i

    Harga minyak tetap disemak 1 September

    i

    PUTRAJAYA – Kerajaan tetap berpegang pada perancangannya untuk mengumumkan harga baru petrol pada 1 September walaupun trend harga minyak mentah dunia kini mencatatkan penurunan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

    “Kita akan meneruskan dengan apa yang telah diumumkan dan dijanjikan,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempercepatkan tarikh pengumuman itu berikutan perkembangan harga minyak mentah global.

    Minyak mentah diniagakan pada harga AS$122 setong minggu lepas dan AS$115 setong semalam.

    Dalam perkembangan berkaitan, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mencadangkan kerajaan supaya menyemak dan menyelaras harga minyak dua kali sebulan iaitu pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

    berita penuh — > di sini

    i

    Begitulah tajuk dalam KOSMO arinih. Kedegilan yang menghuni jiwa Pak Lah ini semenjak memilih untuk berkahwin dengan Jin menyebabkan kebajikan rakyat terus terabai. Dalam kebanyakan negara dunia mulai menurunkan harga minyak, Pak Lah memilih sikap menangguhkannya. Ramai yang menelah ianya adalah satu strategi terbaik untuk mengaut lebih banyak duit rakyat semata-mata untuk menguntungkan sesetengah kroni-kroninya. Ada juga yang berpendapat ianya juga merupakan strategi pihak UMNO BN yang agak terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti. Pemerhati politik melihat itulah tarikh yang paling sesuai untuk mengumumkan harga baru minyak yang lebih rendah dalam usaha memenangi hati rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh itu. Setidak-tidak dengan kemenangan itu dapat juga menyekat Bung Nuar untuk kembali ke Parlimen bagi membentangkan formula ekonominya. Tambahan pula pembentangan Belanjawan 2009 semakin hampir. Sekiranya Bung Nuar tidak dikalahkan, maka sudah tentu satu kesukaran bagi Pak Lah untuk membentangkannya. Melainkan dia berpakat dengan menantu bersikap beruknya itu, tiada cara lain lagi yang dilihat boleh digunakan. Apapun strategi yang cuba diapplikasikan oleh Pak Lah, sepatutnya dia lebih mengutamakan kebajikan rakyat. Biarlah rakyat melihat masih ada tindakannya yang betul kali ini.

    i

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel