i
Update
Program ‘Teman Sahur’ yang telah dirancang berjalan lacar tanpa sebarang gangguan. AlhamduliLLah mungkin berkat dari solat hajat yang diadakan sebelum memulakan misi ini menjadikan ianya agak lancar walaupun lembab dipermulaan. Satu yang agak melucukan bilamana pemuda² aku yang tidak pernah melihat gelagat mak nyah ini terpesona dengan keayuan wajah yang dimiliki oleh mak nyah ini. Kami bergerak dari PASTI Temiang jam 02.00 pagi berbekalkan 20 bungkus nasi goreng kampung yang masih panas bersama air mineral Gau (buat pelembut jiwa mak nyah² itu barangkali). Bermula dari bulatan Chamberlain, kami meninjau² keberangkalian ada kelompok mak nyah disitu. Walaupun ada tetapi berlainan bangsa dimana sasaran kami ialah dari kalangan bangsa Melayu Islam. Kemudian kami menyelusuri Jalan Chamberlain hingga ke Jalan Kampar. Juga tidak kedapatan sasaran kami walaupun agak ramai juga lelaki sopan ini berlegar². Dari tinjauan kami, sesi urusniaga sedang hangat ketika itu. Deretan kereta berhenti bertanyakan harga perkhidmatan, malah ada juga yang sudah berjaya membawa mak nyah ini ketempat yang tidak diketahui.
Perjalanan kami yang diketuai oleh jurupandu sdr. Rahmat AMAL meneruskan pencarian di Jalan Yang Kalsom, tempat yang sangat popular bagi kaum mak nyah ini. Masih tidak berjaya. kemungkinan mak nyah tersebut seriau melihatkan kelibat kami yang agak ramai menaiki 4 kereta penuh itu. Akhirnya jurupandu memilih untuk ke Padang Polo kerana dimaklumkan disitu merupakan ‘port’ bagi mak nyah berbangsa melayu. AlhamduliLLah, kali ini kami berjaya menghidu nafas mak nyah melayu ini. Selepas diberikan taklimat oleh Ket. Penerangan, saudara Safarizal Saleh, kami bergerak dalam satu kumpulan. Akibatnya bertempiaranlah mak nyah yang sedang bernegosiasi disitu disebabkan terperanjat dan ada yang menyangka pihak Jabatan Agama Islam Perak melakukan operasi. Melihatkan cara yang tidak sesuai, kami memutuskan untuk menukar taktik dengan memecahkan kepada beberapa kumpulan. Terbukti cara begini lebih berjaya melembutkan hati mak nyah untuk kembali didekati. Dalam begitupun aku melihat mak nyah ini bukanlah jahil sangat dengan pegangan agamanya. Ada yang dapat menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan dan 10 malam terakhir dan ada juga yang secara bersahaja menceritakan malam Al-Qadr. Ianya dikira agak positif bagi kami kerana kami menganggap dengan pengetahuan agama yang mereka ada itu memberikan harapan untuk kami terus mendampingi mereka pada masa-masa akan datang.
Respon yang diberikan oleh mereka juga amat baik walaupun Ketua Pemuda aku agak malu² kucing untuk bermesra dengan kaum sejenisnya itu. Yang aku rasa jenis x tau malu ialah s/u pemuda aku tu. Siap pegang ‘wig’ (rambut palsu) mak nyah tu lagi. Jangan dipegangnya tempat lain dah la. Jenuh pulak nak menjawab. Setelah gagal untuk menemukan mak nyah² yang lain, kami menukar misi menjadi skuad pencegah maksiat. Couple² yang sedang memadu kasih di malam bulan yang penuh keberkatan ini kami halau. Ada juga yang berdegil tetapi akur juga akhirnya. Dengan berbekalkan lebihan nasi bungkus tadi, kami akhirnya bertemu dengan kelompok mat rempit dan menghadiahkan mereka juadah sahur.
Jam telah melewati pukul 04.00 pagi. Kami bergegas pulang ke kubu setelah berdoa, bersyukur dengan kejayaan program pertama kami itu. Tiba di kubu (PASTI Temiang) sahabat² mengambil peluang melelapkan sebentar mata sebelum bangun untuk berqiam al-’ibadah. Setelah usai subuh, rohani kami sekali lagi dihidangkan dengan penyampaian tazkirah oleh Ketua Penerangan DPPN Perak, Sdr, Azhar Sa’ud. Kelihatan agak ramai jugak sahabat² aku yang terlalu kusyhuk sehinggakan dahi² mereka hampir bersentuh dengan lantai tatkala mendengar tazkirah tersebut. Syahdunyaaaaa…
Akhir sekali selepas menyiapkan diri, program terakhir ialah ‘Motivasi Pecutan Akhir SPM 2008′. AlhamduliLLah walaupun jumlah kehadiran agak slow, tetapi ianya berjaya juga diadakan. Terima kasih buat Zul, Pengarah Program tersebut dan juga sahabat² yang lain yang bertungkus lumus membantu sehingga ke akhir program. ALlah jualah yang dapat membalas jasa baik korang.

“Jangan sapa-sapa cuba nak amik kesempatan kat Mak Nyah tu kang”

Iskkkk… kalau sentuh nih leh batal wudhu’ ke ek??

Aduhhhh…belahannyaaa. Goyang iman aku

Kalau hangpa xnak kembali ke pangkal jalan, hangpa kembali la kerumah

tomorrow never dies

blogger Hamzi pun ada? duk tayang menatang pa tu?

ya ALlah, ampunilah dosa² kami dan juga dosa² mereka

iskkk…nyaris sempat elak. Klu x mau lebam bijik mata aku nih

bawa ku terbang
(More …)
assafah 12:55 pm on October 6, 2008 Permalink |
Banyaknye gambor cine dalam site kamu nih ! Lepas abis cuti raye ni, kerja le kuat sikit, jangan lembik macam pondan padang polo tu. Hebatkan dakwah, manalah tau Thomas Su tu nanti mau masuk Islam. Takbir !