Updates from February, 2009 Hide threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 6:56 pm on February 27, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    tabung pilihanraya DPPKIT P059 Bukit Gantang

    tabung pilihanraya DPPKIT P059 Bukit Gantang

    Sesiapa yang sudah memasukkan wang ke dalam akaun yang dipaparkan di atas diharap dapat ’sms’ kan jumlah sumbangan beserta tarikh ‘bank in’ kepada sdr. Fairuz (Bendahari DPPKIT) di no. : 013-530 5237 untuk makluman. Segala sumbangan anda kepada tabung tersebut amatlah kami hargai. Sekian terima kasih.

    i

     
  • pEmuDa baCuL… 

    shamsuleffendey 4:49 pm on February 27, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    rumble @ parlimen

    rumble @ parlimen

    Parlimen Malaysia mencatatkan satu lagi sejarah barunya apabila menyaksikan pasukan samseng Pemuda UMNO Selangor dengan penuh semangat kebaruaannya menyerang Karpal Singh, seorang ahli Parlimen yang berkerusi roda. Amat malang kejantanan Pemuda UMNO Selangor ini di terjemahkan kepada seorang lawan yang sudah tua dan lemah. Kenapa mereka tidak mencari lawan yang sama padan untuk bertumbuk tidak diketahui. Kemungkinan mereka berasa sudah pasti akan tewas jika bertemu lawan yang sama padan. Mungkin jugak risau dibelasah lawan yang sudah jelak dengan mereka ini. Perbuatan bacul ini sudah tentu diketuai oleh ketua mereka Khairy budak itam. Namun yang pelik, kenapa tiada langsung pasukan keselamatan yang berani bertindak terhadap budak itam ini??? Pasukan keselamatan negara kita dilihat telah dilacurkan oleh puak-puak UMNO.  Rakyat sudah tidak perlukan sebarang penafian dari KPN lagi. Sudah terang lagi bersuluh.

    * gambar diambil dari laman bro Black

    i

     
  • huDuhnya JawaPan… 

    shamsuleffendey 2:53 pm on February 27, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    batalTerkini!!!

    Pak Lah telah memalukan Najib dengan membatalkan kenaikan harga baru bagi 5 Tol sebentar tadi. Dengan pembatalan ini menguatkan lagi spekulasi perbalahan antara mereka berdua berkaitan isu peralihan tampuk kepimpinan pada Mac depan. Adakah Najib akan berdiam diri setelah dimalukan oleh bosnya yang kuat tidor itu? Nantikan episod seterusnya…

    Pak Lah arinih memerintahkan kabinet mengkaji semula kadar kenaikan tol yang baru di 5 lebuhraya. Alasannya kenaikan tersebut tidak mencerminkan hasrat kerajaan ketika ini dalam menghadapi situasi kegawatan ekonomi. Mudah kata Pak Lah kata kenaikan ni akan menambahkan lagi beban rakyat. Pak Lah kata keputusan menaikkan kadar baru tol ini dilakukan 2-3 minggu yang lepas, yang ikut faham aku ketika itu negara mengalami kemakmuran ekonomi pada tahap tertinggi. Rakyat mewah hidup dalam masa 2-3 minggu yang lepas. Cukup pelik dalam masa yang singkat, ekonomi negara merudum teruk. Apa yang dibuat oleh PM? Apa pula yang dibuat oleh Menteri dan Timb. Menteri Kewangan 1 & 2? Gabenor Bank Negara pulak apa dibuatnya???

    Aku rasa selain dari Pak Lah, kesemua yang aku sebutkan tadi pastinya berasa malu teramat sangat dengan terkeluarnya kenyataan Menteri Perdana mereka itu. Bodoh dan bebal, itu yang boleh aku simpulkan hasil dari kenyataan Menteri Perdana kuat tidor itu. Orang kampung pun tau xknla dalam 2-3 minggu saja ekonomi negara boleh berubah. Sudah semestinya perubahan ekonomi negara itu sudah dikesan lebih lama dari itu. Inikan krisis ekonomi global? Bukan cam penghujung era 90an dulu. Apalaa Pak Lah ni. Dah makin nyanyuk.

    1st time aku tgk result penonton sampai 100% x stuju dengan isu yang dilontarkan.

    i

     
    • hamba ALLAH 3:18 pm on February 27, 2009 Permalink | Reply

      dr PM ker TPM,menteri2 kabinet,tim menteri, semue bebal,sengal,taw perabih wit rakyat utk dr sndri n kr0ni..
      pg mampus lg el0k r..
      rakyat menderita..
      ade spe taw..

  • sketSa ari Ini… 

    shamsuleffendey 11:20 am on February 24, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    i

     
    • hamba ALLAH 4:44 pm on February 24, 2009 Permalink | Reply

      ni badut ker katak?
      2 2 leh jd k0t..

    • Ipohmom 8:32 am on February 25, 2009 Permalink | Reply

      Salam Brother Shamsul

      This drawing is extremely cool.

      Moga keempat-empat ekor pengkhianat ni dapat pembalasan yang sewajarnya!

    • cucukerinci 9:36 pm on February 28, 2009 Permalink | Reply

      aku paling sakit hati kpd katak from bote…….belajo aje tinggi tapi otak tak boleh pakai…..tapi inile dia org umno…..memand ada rekod buruk…..bile kene ugut bukak fail lama ….dah pening….hoi katak bote ingatle janji-janji kamu …org mungkir janji termasuk dlm golongan munafik…….hoi mike tau ke makna munafik????

  • Misi AmaL… 

    shamsuleffendey 2:57 pm on February 23, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    tukor-tayar

    Ikutkan arahan tugas, aku diminta oleh bos Unit Amal Kawasan aku menjadi ‘escort’ tok guru presiden yang turun ke Ipoh untuk menziarahi keluarga ALlahyarham Hj. Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang meninggal dunia 2 mgu lepas lebih kurang. Dengo je tugasan yang diberikan, tegak bulu roma aku yang agak jarang-jarang ni. Ye la, dapat ‘escort’ mr. presiden la katakan. Kannye senang nak dpt tugasan cmtu. Sapala aku nih berbanding UA yg lain. Badan pn melidi jek. Lagipun bos UA aku tu baru jek baik dr demam teruk. Xknla dia baru kebah demam leh turun, aku yang sihat walafiat nih xleh kot…

    Then cam biasa dia maklum kul 9 pg dia nak dtg umah amik aku. Baju UA aku masih x berbasuh. Bergantung elok je dlm bilik. So aku belasah pakai je la. Bukannye mr. presiden nk cium baju aku tu pun. Haha.

    Sekali aku tunggu punya tunggu sampai kat kul 11 x muncul2 gak bos aku tuh. Aku x la heran sgt sbb dia nih mmg bermasalah dengan misi di awal pagi. So aku redhakan je la. Menjadi pemaaf kan satu amalan mulia???

    Dah x jd keje amal tu, aku dapat ’sms’ dari adik aku mtk tlg repairkan tayar motornye. Pancit katanya. Arghhhh kalau ALlah nk bg kita pahala, memcm cara ada. Aku pun bawak moto g kdai. Skali tayar dh botak. Melayang RM68 tukar tayar tubeless. Xpela. Asalkan adik aku leh g keje. Kira keje AMAL le jugak kannn???

    i

     
    • zulkifli-kuala lumpur 11:35 am on April 17, 2009 Permalink | Reply

      Ana nak tanya tolong sampai2na lah ye.Nape la ni PAS terutama pemimpin cacap tak konsisten satu sama lain.Dulu Tak bolih lani PAS BOLIH semua.Heran juga.Jaga Islam ke jaga DAP n PKR tu? Anta tau tak banyak atas pagar tu dah pening lalat dengan pemimpin PAS ni.Isu di perak tu dengan cina apek tu baca Quran lintang pukang pun kata ok.Nizar tu kenape tak beri 1000tahun je tanah tu kat cina.Belum lagi yang cakap duluuu punya cerita yang haram sekarang dah halal.(Wal halal ku Wal haram mu je bunyinya)-sekadar kritik membina untuk agama dan bangsa

    • zulkifli-kuala lumpur 11:42 am on April 17, 2009 Permalink | Reply

      PAS potensi ada sebagai ganti Umno tu tapi anta-anta kalian kena jaga Islam dan Melayu ni terbaik.Anta dah cakap lintang pukang tak tentu arah perjuangan anta kalian.Anta baik jaga Islam Melayu dari jaga hati DAP n PKR yang ambil kesempatan.Anta jika tak jaga tu alamat orang melayu tetap mengundi Umno tu.Hakikat melayu di malaysia jaga agama bangsa negara-Daulatkan raja,bahasa melayu, ekonomi melayu….

    • zulkifli-kuala lumpur 11:51 am on April 17, 2009 Permalink | Reply

      Penentu PAS pada muktamar akan datang jika anta-anta kalian tak berubah tak jaga dasar tulin bak kata trasformasi lah maka anta akan dikuis olih orang melayu.Anta tak percaya tenguklah, jangan syok dengan kejayaan-kejayaan tumpangan DAP n PKR tu.2 parti melayu islam di malaysia pas dan umno saja yang kuat.Buat sesuatu tranformasi segera untuk bangkitkan Melayu Islam Malaysia.Sekadar melontar idea diluar kotak pemikiran biasa kerana Allah anugerahkan akal untuk berfikir yang baik.Hanya kaum itu sendiri yang ubah kedudukannya kan gitu anta…Ingat mengingat dan pesan memesan…

  • sEsuBuh berSama MB… 

    shamsuleffendey 4:53 pm on February 21, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    tazkirah subuh

    tazkirah subuh

    AlhamduliLLah pagi td aku sempat berjemaah subuh bersama anggota Unit Amal Malaysia (UA) yang telah bertugas selama hampir 3 minggu di kediaman rasmi MB Perak. Sungguh tinggi komitmen yang telah diberikan oleh mereka. Aku??? Jarang-jarang nak pegi walaupun sebelum nih dah berazam nak bertugas kerap di situ. Then bila malam td dapat ’sms’ dari TP1 Unit Amal Perak tu, aku dah nekad. Ape nak jadi, jadi laaaa…

    AlhamduliLLah tidor aku tidak selena tidor-tidor sebelum ni. Tepat jam 5.30pg aku dh trjaga (atau bahasa halusnya dijagakan). Mungkin betoi gak kata sahabat aku. Antara kelebihan waktu subuh yg lewat. Uniform UA telah aku siapkan malam td. So tinggal nak sarungkan je. Sampai ke kediaman, subuh baru menjengah. Tgk kat dewan gelap semcam jek. Iskk bikin saspen. Cam x jadik je program pagi ni. Mungkin pasai trkejut tgk aku dtg kot.

    Cari punya carik akhirnya baru perasan surau baru tu terang benderang. 1st time aku dtg dulu, surau tu masih x da. Pantry dan dapur utk persiapan jamuan MB lama. Nilainya RM1juta lebih wooo. Terkejut beruk gak aku. Tempat cinonet camtu pun sampai sejuta regenya. Memang makan duit betoi pepuak UMNO ni. Cam hantu raya. Dapat kat MB orang PAS ni, ditukarnya buat surau. Leh gak sume org guna. X tau le pulak  MB haram pasnih nak buat ape dengan surau tu. Jgn diruntuhkannya pulak dah le. Menangis tok mufti tu nanti. Cium pipi peruntuh surau. Keh keh keh…

    So usai subuh berjemaah, yang jugak diimamkan MB aku tu, dia pun bg tazkirah ringkas. Meniupkan kata-kata semangat kepada kami para petugas UA ni. Beliau mendoakan mudah-mudahan kerja baik UA selama ini dinilai dengan sebaik-baik penilaian oleh ALLah swt. Sempat juga beliau rakamkan penghargaan atas usaha UA menemaninya kemana saja selama hampir sebulan semenjak dari peristiwa pertukaran kerajaan halal ke kerajaan haram. Akhir kata beliau mengharapkan ahli UA terus istiqamah dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

    Camni nye bagus MB dah la x lama pulak bertakhtanya. Betoile kata org, org bebaik nih mmg umo x panjang. Tapi kalau x panjang sume, sapa lak yang nk berjuang nnt? Hancus dunia klu suma org cam Najib Toonya tu…

    solat sunat subuh

    solat sunat subuh

    kete exco

    kete exco

    menanti tuan baru

    menanti tuan baru

     
  • pEnyaMun pUnya CerIta… 

    shamsuleffendey 12:20 pm on February 20, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    Aku bukak blog. Aku tgk ada komen pengunjung. Rupanya Lobai yang berkunjung. Dia dah guna pelantar ‘blogspot’ rupanya. WordPress aritu dah lupa passwordnya. Keh keh keh. Tu la dia kalau x dicatat benda-benda penting ni. Harap-harap pasnih idakle lupa lagik. Kalau asyik bertukar je address blognye jenuh gak. Mati selera orang nak membukaknye.

    Apapun tahniah dari aku ‘BUDAK IPOH TIMOR’ buat Lobai. Mudah-mudahan kehadiran anda memeriahkan lagi dunia siber malaysia ini.

    Sebelum dtg opis td aku hampir kehabisan minyak. Setelah diteropong-teropong lubang tangki minyak aku tu, dah nak cecah ke lantai. Maklumla meter minyak rosak. Asyik terbaring jek x nak bangun-bangun. Nyaris Petronas ngan umah aku dekat je. Walaupun terpaksa mematah balik jalan, aku redha dari membayar duit ke stesen Shell, Mobil, BP @ Esso yang diberitahu menyalurkan dana keuntungan mereka kepada yahudi LaknatuLLah tu.

    Tapi aku sket hangin ngan syarikat petroleum malaysia ni. Patutnya diorang parking la stesen minyak tu kat tengah-tengah pusat bandar. Baru strategik. Ni letak tang ceruk-ceruk. Ni aku bgtau hangpa kat mana stesen-stesen minyak Petronas ni yang wujud dalam bandar Ipoh :- 

    1. Jalan Kuala Kangsar – tempat ustaz kena bunuh tu
    2. Jalan Stadium @ Fair Park
    3. Jalan Gopeng menghala ke pusat bandar (selepas stesen bas medan gopeng)
    4. Jalan Gopeng menghala ke TOL PLUS
    5. Manjoi

    Dalam pekan hapah idak. Mana la nak berkesan boikot minyak lain tu. Dah Petronas sendiri pun x mandang. Rakyat Malaysia ni bukannya boleh susah sket. Ugut makan ubi kayu pun dah x brani nak ubah undi. Cheit… Buat ilang selerea nak bfast je. Huhu…

    Sampai opis berkenan lak baca isu Roslin Hashim, pemain badminton negara tu bercerai. Siannya. Baru 12 hari kahwin dah single balik. Tanda dunia akhir zaman dah tu. Bila bukak tajuk setempat dalam Mymetro ni, aku duk gelak x hengatnye. Manakan idak, bila baca Pak Lah nye kenyataan bangang. Patutla rakyat meluat kat miker nih Dolah oiiii… Adake disalahkan tuan speaker.  Owhhhh yang speaker hangpa gantung, halau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat tu x ngape pulak. Biarkanla tuan speaker tu menjalankan tugas. Jangan dikomen Dolah oiii. Kang bertambah darjat kebangangang hang tuh. Jenuh sampai mati orang duk kutuk.

    Sat aku nak betuikan balik fakta hang tu. Yang gulingkan kerajaan Perak tu puak BN, bukannya Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat nak ambik balik je.

    Tu la len kali jgn buat keje jahat. Skang dah hidup dalam ketakutan.

    i

    “ Menurut Abdullah tindakan Sivakumar itu dilihat sebagai taktik parti pembangkang menggulingkan kerajaan BN Perak.

    Beliau berkata, jika mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Perak, bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Barisan Nasional (BN) akan berkurangan berbanding Adun Pakatan Rakyat (PR) dan jika langkah itu berjaya kemenangan akan berpihak kepada mereka.

    “Sudah tentu itu satu caranya (gulingkan BN). Kita tahulah apa dia punya pelan (rancangan) dan muslihat sebenar dalam perkara ini.

    “Apabila dewan bersidang dan kalau Exco ini tak boleh hadir, bermakna Ahli Dewan Undangan Negeri daripada BN tinggal bilangan yang kecil iaitu 21 kerusi.

    “Ini bererti, kalau ada undi mereka harap kemenangan akan berpihak kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

    “Tidak ada niat baik dalam tindakan mereka, cuma niatnya ialah nak gulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.

    Abdullah berkata, kerajaan BN Perak diminta membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana mereka mempunyai hak untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), berkenaan.

    “Saya sudah cakap dengan beliau (Dr Zambry) dan mengutarakan pandangan saya (membuat laporan polis) mengenai perkara itu dan beliau juga mempunyai pandangan sama.

    “Itulah tindakan yang akan mereka lakukan,” katanya.

    Biarpun berdepan masalah itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN Perak akan terus berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang sah.

    “Kerajaan negeri Perak akan terus berfungsi dan akan menjalankan pentadbiran sebagaimana dikehendaki rakyat dan sebagaimana yang boleh dilakukan sebuah kerajaan sah yang ada pada hari ini,” katanya.

    Abdullah juga menolak pandangan pilihan raya perlu diadakan bagi menyelesaikan masalah di Perak.”

    sumber berita –> myMetro

    i

     
    • hamba ALLAH 10:11 pm on February 20, 2009 Permalink | Reply

      peyamun harta rakyat..
      mentekedarah duit rakyat..
      el0k disula jer…

    • Yuss 6:07 am on February 22, 2009 Permalink | Reply

      takleh kutuk paklah kome oiii. nanti derhaka. agong yang lantik tuh.

      speaker dun perak taktau la pulak sapa yg lantik kan. ke paklah buat2 taktau? hehehe… nanti derhaka paklah kalau suruh jugak zambry masuk dewan… sultan lantik speaker tuh. jgn memain… =P

    • pecah-tembelang 10:53 am on February 26, 2009 Permalink | Reply

      kt jelapang nun ader 2 lg petronas..
      kt tmn chandan desa, sg pulai pun ader 1..
      kat ngan station 18 pun ader lg 1 petronas..
      kat ngan menglembu pun ader 1 pertonas gak..
      kat ngan jln highway ipoh-lumut ader 2 petronas..

      kawasan ipoh gak..
      di dalam daerah kinta jugak..

      jadi??? aper masalahnyer nak susah cari petronas?
      knp? x larat nak tolak motor?

      • shamsuleffendey 3:02 pm on February 26, 2009 Permalink | Reply

        lor, yang aku sebut tu suma yang paling hampir ke pusat bandar la weh oiiii… yg masuk jelapang, chandan desa n station 18 tu ngape lak? lagi berkilo jauhnya…

  • RumOurSsss… 

    shamsuleffendey 8:55 pm on February 19, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    Dengaq habaq kata MB sah ngan MB haram dipanggil mengadap tuanku Sultan?

    Ntahkan sahih ntahkan idak…

    Ntahkan kekal ntahkan bubar…

    Ntahkan di Bukit atau diserata negeri…

    Ntahkan sempat ntahkan idak…

    Ntahlah…

    i

     
  • FaiLed… 

    shamsuleffendey 1:58 pm on February 19, 2009 Permalink | Reply
    Tags:

    Jib & Ros

    Jib & Ros

    Aduhhh… camne aku leh terlupa lak si Speka nih???

    Aku ingat suma plan dh langsai…

    Leh la aku berlagak menjadi orang paling berjaya…

    Kantoi aku … kantoiiiiii…

    Klau Zambry ngan Exconya kena gantung x masuk sidang Dewan nnt habisla akuuu…

    Sah puak Nizar tu buat undi x caya kat depa…

    Bertukar lagi la kerajaan Perak nih nnt…

    Aduhhhh…mati aku kalau RM (Raja Muda) murka ni…

    Kompom dia pun malu sama…

    Mana dia nak letak muka kalau Nizar naik jadi MB semula???

    Silap-silap ngan aku-aku skali kena gantung dek RM (Raja Muda)…

    Huhu… RM aku pun dah abis melayang banyak nihhhh…

    Berapa banyak RM da yg tinggal nih…

    Harap-harap RM aku cukup tuk belik Speka gelap tu..

     
  • pakCik kaYoooo… 

    shamsuleffendey 3:25 pm on February 18, 2009 Permalink | Reply
    Tags: , sidang Dewan Rakyat

    kos PDRM di PRK KT

    kos PDRM di PRK KT

    Nin diaaaa…sapa² yang lum tau kos operasi polis masa PRK di Kuala Ganu aritu. Hamik kauuu…

    RM15juta duit rakyat terbazir sia² hanya untuk memenangkan UMNO keparat di sana. Malangnya UMNO kalah. Cheh memang x berbaloiiiiii…

    So pasnih kalau ikutkan anggaran belanja kat Kuala Ganu tu, makna kata mungkin kerajaan akan kuarkan lagi kos pilihanraya kecil sebanyak RM 15juta x 2@ 3 bukit. Hampir RM 50 juta hanya untuk kos operasi polis.

    Yang untung sapa??? Aku rasa kompom tokey khemah MARTEK tu kot.

    i

     
    • hamba ALLAH 3:41 pm on February 18, 2009 Permalink | Reply

      ntah bt0l ntah x ape yg tim menteri2 gtaw…
      ntah2 lg byk…

    • peihong 4:21 pm on February 18, 2009 Permalink | Reply

      deme punya repot kalo ceramah PR yang datang 10000 kata 100 orang
      kalo rm15juta WOW….. berjuta juta lemon

c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel