Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 8:24 am on October 30, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Tazkirah Jumaat… 

    Suatu saat Rasulullah saw. pernah bertanya kepada para sahabatnya:

    قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَكْرَمِ أَخْلاَقِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ؟ تَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ وَتُعْطِى مَنْ حَرَمَكَ وَتَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ

    Nabi saw bersabda : “Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (HR. Baihaqi)

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

    “Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).

    “Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).


    Memohon maaf dan memberi maaf manakah yang lebih mudah? Memohon maaf suatu yang begitu sukar untuk dilakukan, kita merasakan mungkin telah jatuh darjat kita jika kita memohon maaf, mungkin perasan ego kita begitu besar sehingga kita katakan tiada maaf buat diri mu lagi,  namun adakah kita akan merasakan kebaikannya sekiranya kita memaafkan orang lain dan pada ketika itu Allah swt memaafkan diri kita pula.

    Memberikan kemaafan adalah apabila sesuatu itu telah berlaku, kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang dan kita sebagai manusia yang menerima kesan akibat kesilapan itu memberikan maaf, persoalan adakah kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu telah melanggar syarak atau melanggar hukum Allah swt?  Sekiranya telah melanggar hukum Allah kita memang sepatutnya memarahi mereka namun Allah swt maha pengampun dan Dia mengampunkan hamba-hamba yang dikehendakinya.  Siapakah kita yang begitu sombong tidak memberikan kemaafan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan kesilapan.

    Memperkatakan untuk memberikan kemaafan begitu mudah tetapi untuk melaksanakan didalam kehidupan adalah sukar kerana hubungan yang jelas dengan Allah swt sudah rapuh dan tidak kuat, kita mungkin merasakan yang kita sahaja yang berkuasa dan tidak merasakan akan kekuasaan Allah swt.  Mengapa seseorang itu marah, mungkin sebab tidak dihormati atau tidak disanjungi atau tidak di puji atau tidak diberikan penghormatan, maka ketika itu kita akan merasakan terkilan dan perasaan marah mula menyala dan akhirnya membesar dan apabila ada kesempatan maka marah akan dilahirkan seperti api yang menyala apabila disiram minyak.

    Namun sekiranya apabila mahu marah seseorang itu merasakan bahawa apa yang orang lain lakukan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh dirinya terhadap Allah swt.  Dia memohon kepada Allah swt agar di maafkan dirinya apabila dia memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan kepada dirinya.  Dia hanya mengharap kepada Allah swt agar segala kesilapan yang telah dilakukan akan dapat diperbaiki dan menegur dengan penuh kasih sayang kerana inginkan yang terbaik didalam kehidupan mereka.

    Kita adalah didalam satu perjalanan untuk mencari surga Allah swt dan orang yang terbaik disisi Allah swt adalah orang yang benar-benar bertaqwa bukan yang banyak menulis dan meletak gambar di BLOG atau banyak berkata atau yang hanya membaca dan copy gambo blog orang atau yang tidak membaca kerana Allah swt tahu apa yang ada dihati-hati kita.  Allah swt tidak pernah silap menilai dan menghukum hamba-hambanya, Dia yang menentukan segala-galanya dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan.  Allah hu ‘alam.

    *sumber asal di sini

    i

     
  • shamsuleffendey 1:14 pm on October 28, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Bertambah kalut… 

    1. Tok Guru dah bagi arahan agar “Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru ! “. Tapi apa dah jadi kat rumah PJ Selangor kelmarin??? Siapa yang ingkar pada arahan Tok Guru Presiden ini? Aku mengharapkan orangnya ialah Husam Musa, orang yang dikatakan selalu membawa masalah kepada Tok Guru Presiden, namun malangnya bukan dia.
    2. Apa keperluan menceritakan kerahsiaan parti kepada orang luar terutama kepada pihak musuh (dibaca blogger GOMO) sedangkan telah dipersetujui bahawa akan diadakan Mesyuarat Khas parti malam ini. Apakah kedua-dua individu ini mempercayai bahawa diri mereka tidak akan mendapat keadilan yang sepatutnya nanti??? Dimana adab menjaga kerahsiaan parti? Adakah tindakan itu dibenarkan dlm jemaah?
    3. Apa keperluan memanggil blogger bagi menjelaskan permasalahan dalam jemaah? Tidakkah beliau tahu bahawa blogger ini mempunyai cara penulisan yang pelbagai dan tidak terlepas dari berpihak? Adakah nanti terdapatnya kemungkinan bahawa isi yang cuba diceritakan nanti tersasar dari yang apa yang diminta walaupun setelah dirakam??? Lihat sekarang, ada blogger yang berjanji utk tidak menerbitkan isi kandungan perbincangan, tetapi telah mulai mungkir?
    4. Adakah dengan memberi penjelasan kepada para blogger ini memberi kesan yang baik atau lebih memburukkan lagik keadaaan? Kenapa ketika salah seorang calon Timb Presiden ketika sebelum muktamar dahulu telah membuat sidang media untuk menyatakan hasrat untuk bertanding dikatakan gila glamour, tetapi bila kalian berjumpa blogger tidak dicop sedemikian?
    5. Kenapa kalut sangat??? Mana sifat sabar kalian???
     
    • we dasan 2:06 pm on October 28, 2009 Permalink | Reply

      salam

      he he wala wala wala
      jangan persoalkan tindakan Hassan Ali dan Nasha deme tu pimpinan
      dimana wala tuan terhadap Jemaah hu hu
      oppps wala terhadap perintah Tuan Guru Presiden camne pulak
      isk isk HA dan NMI dah tak wala dah hu hu
      kene tanya Dr. haron Din le pulak – kenape mereka tu tak wala

      • ahlipas 12:21 am on October 29, 2009 Permalink | Reply

        tolong jgn tambah lg ribut dlm cawan nanti ribut umpah kena kat muka hang.

        • ahlipas 12:31 am on October 29, 2009 Permalink

          jgn lah tunjuk sikap berpuak-puak ! kita satu jemaah.

    • uma 4:40 pm on October 30, 2009 Permalink | Reply

      wak albanjari dikhabarkan nak pass video kat naib presd PAS yg dilantik mjadi pgerusi displin..
      ramai yg nak tahu pasai video tu dari wak..

      sama2lah kita menanti,
      hasil siasatan diaorg..

    • kelana 5:08 pm on October 30, 2009 Permalink | Reply

      pas sekarang ni semakin kalut sejak menang besar.

      • shamsuleffendey 3:03 am on October 31, 2009 Permalink | Reply

        bukan kalut, tapi ilmu baru yang ALlah nak bagi kat pimpinan bagaimana nak uruskan kemenangan.
        tajuk tuh saja jek aku letak nak wat gempak
        skang aku tutup kes EGM ni coz mematuhi arahan Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man
        So korang xyah nak komen dah. Buang masa jek. Lagi baik korang yg komen nih turun ke cawangan jadik ahli yang aktif

      • uma 9:50 am on October 31, 2009 Permalink | Reply

        menang ciput je…
        cume blagak mrasa diri kuat…haha

  • shamsuleffendey 9:49 am on October 26, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Kasi jaga… 

    Pepagi ari sudah ader worrang kasi bakar sama saya punya hati dalam. Tara patut dia kata saya punya itu team ada sama dengan budak skolah punya team. Dia kata lagik saya punya team itu merah setan itu kalu lagik baik main sama Liga M punya. Cheitttt porrah… Lu worang tunggu, itu setan merah mau mengamuk blakang kira, itu biru Be End punya team kasi hantam minggu depan. *&#@%%^&*##$#

    i

     
    • uma 3:35 pm on October 26, 2009 Permalink | Reply

      bro..
      kotak jerit xada ke?
      klu ada lg cantek…hehe

      adun Perak Khalil Idham Lim
      mcm setuju je terajang pimpinan PAS…hehe

      terajang je,
      letak kat tmpt lain..
      or jadi ahli biasa je..
      tiba masa PRU just pangkah PAS…hehe

      • yuna 7:07 pm on October 26, 2009 Permalink | Reply

        bro wa sian la tgk lu ni………..lu takyah la sbk nak laga2 kan org, lu bknnya tau pasal politik pun……….jaga je anak ngan bini lu baik2…..org kalau tak berjuang dalam jemaah islam leh la cakap……ada duit simpan wat apa beb………..

        • uma 7:23 pm on October 26, 2009 Permalink

          haha
          lu nie pimpinan ke?

          awat kene dok dlm pas
          baru diakui bjuang jemaah islam ker?hehe

          org x bjuang dlm umno leh lah ckp pasai umno…hehe

          ada duit kene beringat,hehe

  • shamsuleffendey 1:25 am on October 26, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Penyejuk mata, penenang hati… 

    Tok Guru MU

    i

     
    • uma 12:56 pm on October 26, 2009 Permalink | Reply

      wa pon sejuk gak..

      cume lagi cantek
      klu pglima pas sekarang lepak di majlis syura
      utk prepare ganti nik aziz.

      biorlah pglima pas yg baru punye ciri2 yg sesuai dgn realiti dan tuntutan semasa
      diberi peluang utk kehadapan.
      nak main game ni kene ligat…
      ni bukan zaman pak lah yg serba slow…
      ni zaman najib 1 msia…haha

      • anakbuahsemuatokguru 8:44 pm on October 26, 2009 Permalink | Reply

        cehh…jgn banding2kan zaman bro uma…zamanhad-hari ker,zaman satu melasia ker..hampeh..kita mesti dan wajib fikir mcm mana nak menggemilangkan semula pemerintahan Islam sebagaimana zaman pemerintahan2 kegemilangan Islam sebelum ini…kalau tak join jemaah dan duduk dlm organisasi atau nama yg kunonya(sesetengah org educated mcm bro uma ler anggap)-tanzim;jgnler kita dok puh peh puhhh peh kritik org sana,singgung org sini…dema2 tu tentu dah menginfakkan diri pada perjuangan Islam (PAS ler,parti mana lagi nak perjuangkan Islam….x tahulah kot bro uma kata,najib 1 m’sia perjuang Islam…wakakakaka);so kita (bro uma ler?PAS ke FAIL<—-FAIL kot,hehehe)…kdg2 berkata2 tu adakala kenalaa lapik2 sikit…jgn pakai terjah jer…bukan semua org suka.kehh…keh…mcm aku, mmg berdesup jgk dengau kome bro uma…apa2 pun aku cuba belajo menenangkan diri melawan nafsu utk memaki2 bro…keh..keh..keh..ada berani bagi email kat aku ler..boleh kita clorox antara satu sama lain..wa wa..wa…cau dulu…

        • uma 9:33 am on October 27, 2009 Permalink

          jgn banding zaman?
          zaman ke zaman berubah bro.

          klu lu tgk syafie punye hukum fekah pon berubah dari tmpt ke tmpt.
          pendapat lama dgn pendapat baru
          lu org jgn statik.
          kene ligat dlm main game ni..
          yg paling kene ligat pglima nya.

          kita bijaksana bijaksini kritik pihak lain..
          bila mana btg idung kene hentak skit
          tau lak melompat2..
          jgn jadi mcm UMNO punye peragai

          nak gembilang kan pemerintah ISLAm?
          bagus tuuuu..wa setuju
          cume lebih penting wat masa ni
          settledkan mcm ne nak dpt undi dari masyarakat pbagai yg ada
          dlm realiti semasa dulu..
          klu system ni yg lu org pakai…
          selagi lu org pakai system ni..
          selagi lu org ciput dlm parlimen..
          setakat gegar dgn teori islam gembilang je lah kita dpt.

          pimpinan kene jiwo besooo..
          klu rasa x leh hadapi kritikan..
          elok lepak umah..
          bg ruang kat org lain.
          tambah lg pimpinan yg mgatakan dirinya pjuangan islam
          lg jiwo kene besooo

          apa2pon
          bg wa
          pglima PAS perlu diberi pd individu lain
          yg sesuai dgn realiti & tuntutan semasa utk g ke medan perang.
          zaman beliau dah lepas..
          berikan ruang individu yg sesuai utk realiti zaman ni.
          maapkan wa hadi…
          lu lepak je kat majlis syura
          utk prepare ganti nik aziz.

      • umairah 5:25 pm on October 27, 2009 Permalink | Reply

        buat kwn2 aku bengang jko urasa baik x payah laa.ko er.klau ko x tahu ape2 pma klau setakat dalam komputer ko nak berdebab pasal pas aku asal pas ko ddk diam2 jg ank bini ko.sembang mcm kan pandai beno.ko sbnarnye bt org menyampah .aku sbnarnye tahu ko saja jer nak org jwb kan.

        • uma 12:42 pm on October 28, 2009 Permalink

          ni bukan masalah pandai ke tak..
          dah ada button reply
          ruang utk bg komen
          maka guna pakailah..hehe

          ni zaman semua bebas bg pandangan di media cyber ni.
          sapa2 bebas utk komen..
          leh setuju
          maupon tidak setuju.
          just berikan pandangan masing2.

          andaikata mgelarkan diri pjuang
          jgn copat melatah….

          sabooo je laaa…hehe

  • shamsuleffendey 12:30 am on October 26, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Betoika TGNA nak sangat EGM??? 

    Jenuh rupanya tidoq aku x lena duk membaca posting kenkawan maya nih pasai isu EGM PAS ni. Macam² punya teori pun sudah kuar. Baru aku tau, universiti terbuka ni lebih menjadikan rakyat negara kita cemerlang dalam memberi tafsiran politik, berbanding dengan pencacai UMno yang dilahirkan oleh NC UUM dan NC UiTM tu. Hik hik…jgn panas beb. Malam makin sejuk ni. Ujan lebat td. Hajat hati nak g jamuan raya Pakatan Rakyat pun terencat. Berbelah bagi antara kepentingan parti ataupun nafsu bolasepak yang meruntun². Lastly aku tewas kepada bolasepak. Dan team kesayangan aku jugak tewas. Cilakak. Huk huk huk…

    Back 2 da topic, betuika Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS ni teringin sangat nak bermesyuarat agung luar biasa???

    Agak² hangpa camne?

    Bagi aku, Tok Guru Nik Aziz nih saja ja nak test camna pe’el ‘teloq’ si Najib nih. Duk kat luar senantiasa ka, ataupun jenis kekura. Ada masa tersembul kuaq ada masa nyorok.

    Kalau benaqla ‘teloq’ yang Najib jumpa time Perhimpunan Agung UMno aritu senantiasa duk kat luaq, tergantung melayut jek, apa kata dia Bubarkan DUN Perak. Timing ngah cantik skang. Be End menang besaq kat Bagan Pinang aritu. PAS lak ngah kecoh dikatakan bergaduh sesama pimpinanya. X ke bonus besar buat Najib dan kerajaan barua Perak tuh. Time Najib xder bonus nak kasi kat rakyat, PAS leh bagi bonus kat dia? Bukanka cantik?

    So apa lagik wahai Najib laki Rosmah oi…Ko dah ada 2 isu yang kuat skang nih. Tok Guru dah kasi buah tanggung tuh. Xkan x berani lagik. Xkanla tiap kali hang nak buat keputusan hang kena gagau ‘teloq’ hang tu Najib oiiii. Kalau camtu, aku cadang hang gajikan jek si Saiful tu jadik tukang gagau ‘teloq’ hang tu. Musti dia nak nye. Wakakaka….

    Apapun aku tunggu 28hb nih. Jadi ke x anak kelin Pangkoq tuh bubarkan DUN. Kalau xdak jugak, sah la ‘teloq’ Najib nih spesis kekura. Maap la Najib. Sapa suh hang g cita satu dunia pasai hang dh jumpa ‘teloq’ hang aritu. Kan dah jadik bahan.

    i

     
  • shamsuleffendey 11:32 pm on October 24, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Kampung Dusun Boy… 

    Samseng diupah kawal sidang DUN Perak?

    Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

    Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami”Malaysiakini

    i

    Maslin Sham Razman (KP Perak) copy

    Maslin Sham

    Bagi aku, menda nih x leh la nak diherankan sangat. Samseng ngan UMno memang bagai isi dan kuku. Dat y syarat nak dapat keje kerajaan negeri Perak skang ni bukannya hanya buat lulusan IPTA ataupun IPTS tetapi syarat lebih utama buat masa ini ialah kebolehan sipeminta kerja itu memukul orang. Cuba hangpa pikir bila samseng dh x sior kat UMno, mudah kata suma jadik baik cam Saidina ‘Umar Al-Khattab dahulu.

    Kalau jadi lagu tu, kompom aku rasa UMno akan berketuakan pondan siam. Haha. Kalau x caya, baca kisah pondan siam si Maslin Sham, ketua pemudi UMno Perak tu di sini. Pelik bebeno. Dulu berani sangat ceroboh premis DAP masa nak antor memo bantahan, tapi la nih bila orang nak g premis dia nak kasi surat, dia x kasi lak? G anto surat jekkk. Bukan nak g serang. Haha, siap upah samseng halang x bagi datang. Apa hal beb? Apa yang takot sangat? Memang x dak teloq betoi la ketua pemuda UMno Perak ni. Aku ingat bila Najib dah jumpa teloq dia kat Perhimpunan Agung UMno aritu, dia sorang je la yang jenis teloq menyorok nih. Upernyer si Maslin Sham ni pun sama.

    Aku rasa pondan lagik layak jadik ketua pemuda UMno perak ni. Haha, duk usung keris kesana kemari, tapi nak guna keris pun x gheti. Kena mintak tlg orang lain bukakkan sarung. Taik kuceng betoila Maslin Sham ni. Dh le nama cam pompuan. Perangai pun nak sama cam pompuan? Buat malu oghang Kuale jek. Xpe, nanti kalau aku jumpa aku nak tolong gagaukan teloq dia. Nak tengok ada teloq ke xdak. Manataukan kot si Maslin Sham ni memang spesis xda teloq. Mari kita gelakkan si Maslin Sham ni reramai. Hahahahahahahaaaa….(dengan gaya gelak para samseng).

    i

     
  • shamsuleffendey 9:06 pm on October 24, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Antara Alphard dan Exora… 


    “Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar” - TGNA dalam Malaysiakini

    i

    Nampaknye 2 hari ni kecoh giler isu idea mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hampir sebahagian besar komuniti blogger mahupun forumer² meluangkan masa berharga mereka demi memberi penumpuan untuk mengulas isu ini. Memang benar, isu besar seperti ini bukannya datang selalu. Jadi kesempatan yang datang ini perlu dipergunakan sebaik²nya oleh semua pihak yang berminat. Kalau tidak masakan TPM Malaysia, Muhyiddin Yasin pun turut berminat mengulas isu tersebut walaupun rumahtangga parti dalam komponen Be End juga turut mengalami masalah yang agak kronik.

    Berbalik kepada persoalan tadi, hasil pembacaan aku menunjukkan rata² komuniti blogger bersatu hati untuk bersetuju tentang perlunya muktamar khas ini diadakan. Namun agak menghampakan kerana tidaklah kesemua blogger yang mempunyai keahlian PAS ini aktif terlibat dalam gerak kerja cawangan mahupun kawasan (walaupun ada juga yang memang aktif). Mereka ini kadangkala dilihat seringkali bertindak menjadi sharpshooter kepada tindak tanduk kepimpinan kawasan yang tidak kena dengan mereka. Termasuk jugalah aku dalam kalangan mereka ini.

    Jadinya mana mungkin ahli yang tidak aktif ini nanti terpilih menjadi perwakilan kepada muktamar khas yang bakal diadakan nanti? Kalau mereka² ini tidak hadir sebagai perwakilan, maka adakah terdapat keberangkalian bahawa kepimpinan PAS akan bertukar kerana jika mengharapkan perwakilan yang bersifat nonblogger, sudah tentulah kepimpinan yang ada tidak akan ditukar. So apa yang boleh dibuat komuniti ini hanyalah dengan menyuarakan ketidakpuasan hati yang ada dihalaman blog masing². Jadi apa nak heran dengan keputusan yang telah dibuat oleh para ahli perwakilan dalam muktamar itu nanti. Yang penting hati puas.

    Aku tertarik untuk memetik tulisan mantan S/u Perhubungan PAS Perak yang aku lihat paling ganjil jiwa dan pembawaannya berbanding pemegang² jawatan itu samada sebelum mahupun sesudahnya iaitu Sdr. Muhaimin Sulam. Titahnya ;

    “Kerja nak menyingkir kepimpinan memang mudah. Kerja budak tak da SRP pun boleh buat. Rasa tak berkenaan, buang. Singkir. Konon atas nama demokrasi. Atas kepentingan parti. Lebih-lebih lagi kalau bijak berselit hujah al Quran dan hadis.

    Sebaliknya kerja membina kepimpinan adalah kerja pengorbanan, kebijaksanaan dan perjuangan yang panjang. Kepimpinan bukan boleh dilihat pada wajah yang tampak hebat, comel molek atau bijak mengatur bicara. Ketinggian ilmu dan budi belum memadai.”

    Jadi secara jujurnya, apa yang aku nampak hasil cetusan idea Tok Guru tidak lain tidak bukan menyatakan rasa kecewa teramat sangat apabila presiden dan anak² buah partinya tidak lagi dihormati dan menjadi buah mulut para penyokongnya sendiri. Sapa yang x terguris, tambahan pula hati seorang tua sepertinya. Aku yang muda belia ni pun terasa hati bilamana Presiden yang aku sayangi seringkali ditohmah. Jadi untuk mengunci mulut² nakal yang suka mengata dan mencaci kepimpinan partinya, maka sekali lagi Tok Guru Mursyidul ‘Am mengambil pendekatan kritis dengan mencadangkan diadakan mesyuarat agung luar biasa. Ianya seolah² dilihat satu platform terbaik untuk menukar kepimpinan yang dianggap lemah dan bermasalah sekarang ini, tetapi tiada siapa yang melihatnya dari sudut mengembalikan sokongan maksima buat kepimpinan sedia ada sekarang ini.

    Adakah Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS tertarik dengan nukilan Proff Aziz Bari tempohari?

    Aku yakin Tok Guru sebenarnya langsung tidak terikut² dengan apa yang disuarakan oleh proff tersebut. Kalau anda mengatakan sedemikian, anda sebenarnya menafikan cerdik politik yang sekian lama wujud dalam diri Tok Guru ini. Bukan calang orang yang tewas dengan kecerdikan Tok Guru ini berpolitik, hatta Dr. Mahathir yang digelar ‘genius’ oleh pencacai UMno itu juga seringkali mati hujah apabila berhadapan dengan orang tua ini. Nah, hebat bukan?

    Persoalannya, andai benar apa yang dikatakan oleh proff tersebut, perlukah kita menukar kepimpinan setiapkali kita tewas dalam PRK nanti. Menurut laporan di sini, terdapat kemungkinan berlakunya 10 PRK lagi sebelum bertemu PRU ke-13 akan datang. Maknanya kalaulah dari 10 PRK itu nanti, PAS bertanding 5 kerusi dan kita kalah kesemua 5 kerusi tersebut maka kita akan mendapat 5 Presiden parti yang baru. Kalah negara Jepun.

    Akhir sekali aku sekali lagi tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Tuan Guru Presiden sewaktu wakil Dewan Pemuda PAS Pusat ketika itu, Suhaizan Kaiat mempertikaikan kredibiliti Presiden dan menyuruhnya meletakkan jawatan sebagai langkah mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk PAS pada PRU-11 yang mana PAS turut kehilangan Terengganu, lantas dijawab oleh Presiden dengan meminta kita melihat kembali apakah dasar perjuangan yang kita ikut. Sekiranya kita berjuang atas dasar Islam yang diperjuangkan oleh RasuluLLah saw, maka adakah RasuluLLah saw telah diminta meletakkan jawatan ketika kalah dimedan Uhud dahulu?

    Seandainya kita boleh menerima kekalahan Islam kepada kuffar dimedan Uhud dahulu adalah kerana melanggar arahan RasuluLLah saw selaku pimpinan ketika itu,  kenapa tidak di Bagan Pinang tempohari? WALlahua’lam

    i

     
    • uma 12:25 pm on October 25, 2009 Permalink | Reply

      alamak..
      abis wa punye reply pjg2 td..hampeh

      wa wat summary je laaa yeaa..
      pedas punye…haha

      rasullullah riki2 dan bdoa individu2 tertentu dgn ciri2 tertentu masuk islam sebab apa?
      saja2?
      awat, rasullullah x cukup or x mampu ke?

      so riki2lah individu yg punye ciri2 tertentu utk mguatkan pjuagan ni sesuai dgn realiti semasa
      jgn lah tamak & bodo sombong nak pegang jawatan sampai mati…hehe

      nak jadi pdakwah
      or bg kuliah
      or ceramah..
      x perlu pegang jawatan as presd parti yg bgerak dlm system yg ada.
      jadi mcm qardawi

      utk muhaimin,
      lu bgtahu kat dia..
      lain kali x perlu pemilihan..
      kekal je jawatan sampai mati..
      coz takut jemaah pecah… kepimpinan pecah….haha
      senang citer..hehe

      wa rasa
      mahadir, pak lah dan lain2 pakai dalil hadi
      utk kekal jawatan masing2…hahaha

      bg wa
      perwakilan PAS
      ala mcm perwakilan MIC
      dlm mgekalkan presd mereka…hahaha
      tp dlm sebab yg bbeza…hehe

      melayu pas dgn melayu UMNO yg undi BN tu
      adik beradik je..
      selesa dgn yg lama..
      takut utk berubah
      dgn mcm2 riso dlm pale…hehe
      melayu…melayuuu….hehe

      solongan kepimpinan ulamak
      jgn wat cari makan dpt jawatan
      jgn wat baju kalis peluru dari kene hentam..haha

      sabooo je lah yeaaa…hahaha

      • uka 3:29 pm on October 25, 2009 Permalink | Reply

        alaa uma..
        lu cakap belakang tabir bolehla
        lu mana turun ke cawangan
        nanti asyik berpolitik,tggl anak bini kat rumah
        tentu risau kan kan kan
        melayu UMNO dan melayu PAS mana sama
        jangan “tembak” jer pandai…
        sesekali tinggalla anak bini tuu uma…

        • uma 12:46 pm on October 26, 2009 Permalink

          ramai org hentam UMNO
          xperlu turun cawangan UMNO pon…hehe

          bior je lah org nak tembak…
          jiwo kene beso skit klu rasa nak jadi pimpinan niee
          tgk hadi, tu lah jiwo pimpinan yg beso cume
          bg wa
          beliau x sesuai lg pglima perang dlm realiti semasa ni.
          biar lah org lain berentap dgn najib nie..
          elok beliau fokus tgganu & obersi
          berentap dgn mat said..hehe

          wa setuju bebeno
          klu hadi prepare utk ganti nik aziz.

          sepatutnya MA
          x perlu main game ni sgt.
          tp dah terbalik MA yg byk main game ni.
          presd ntah ke mana…hehe
          mungkin wa je kot bpandangan mcm tu..

          lu try tanya2 org luar..
          jgn tanya mamat2 dlm kotak sendiri.

          nak menang undi dari org luar..
          kene tanye org luar..

          lain lah klu nak undi dlm PAS
          tu sal presd x tukar..
          klu org luar undi presd PAS..
          dah lama hadi x jadi presd…hehe

          saboooooo…

      • yuna 7:34 pm on October 25, 2009 Permalink | Reply

        entahnya…….kalau cakap je semua org boleh ckp.sampai kiamat pun tak habis.kalau duk jer rumah tak join jemaah tak jadi jugak.peh tu nak kutat org tak tentu pasal tak jadi jugak beb..klu nak buat kesimpulan berdasarkan utusan meloya ngan berita hairan tak payah la beb..org mana baca utusan meloya ngan berita hairan dah..lu ketinggalan zaman la beb.kata power i.t.tapi ayat putar² mcm president MIC…..tu la lain kali nak buat kesimpulan aktif le ngan jemaah.jgn aktif dgn jemaah2 utusan meloya dan berita hairan jer.bahananya mcm nie le beb..tak tahu hujung pangkal main kutat jer.bla leeee..ada ke lu samakan melayu umno dgn melayu pas..lu mungkin sama,sbb lu kaum atas pagar…lu pkir2kan laa yer.

        • uma 12:36 pm on October 26, 2009 Permalink

          lu try check dgn utusan,berita hairan,dan lain2..
          brapa byk diaorg juai?
          pastu lu check lak..
          harakah dan lain2..
          brapa byk diaorg juai..
          pastu lu wat statistik..
          akhbar mana yg majoriti rakyat msia baca…

          so jgn syok sendiri,
          tu sal PAS menang ciput sebab ramai yg syok sendiri merasakan org msia
          menerima PAS…hehe

          2008 sebab apa PAS byk ckit kerusi?
          kekuataan sendiri ke?
          org msia setuju dgn sologan negara islam ke?
          org ramai “tergoda” dgn presd PAS ke?
          wa x nampak org msia terima PAS
          wa nampak org myampah kat paklah & BN.hehe

          perwakilan PAS
          ala perwakilan MIC je..hehe
          selesa dgn presd yg lama
          seperti mana org melayu selesa dgn UMNO & BN
          takut nak berubah…

          letak je presd skarang kat majlis syura
          utk prepare ganti nik aziz.

          bg ruang pd org lain utk jadi presd
          yg sesuai dgn realiti dan tuntutan semasa.

      • shamsuleffendey 12:40 am on October 26, 2009 Permalink | Reply

        alamak uma. dah ada yang maki lu nih? wa tarak boleh tolon lorr…

        Wa tertarik ngan kisah sirah RasuluLLah SAW yang lu cuba kaitkan tuh? Wa rasa cam x kene jek. Tambah dari spesis cam lu nih bawak kisah tu. Lagik x kena. Musti lu blajak dari AT bab sirah nih. Wakaka. AT mana tau syarah sirah beb. Sejarah Melayu dia tau la sesket. Wakaka

        Lagik satu, wa nak tegaskan Tok Guru Presiden x penah ada niat pun nak pegang jawatan sampai mati. Yang tu wa pretty sure beb. Dia cuma menjalankan amanah perwakilan. Itu jek.

        So kalau boleh lu jgn kaitkan ngan presiden bab tu beb. Lu salahkan perwakilan yang kekalkan dia. Dan kalau boleh lu ajak AT masuk jadik ahli PAS then jadik perwakilan. Baru wa dapat dengaq camne gaya dia tibai Presiden. Ke dia yang kene tibai ngan perwakilan lain. Wakaka

        • uma 12:21 pm on October 26, 2009 Permalink

          ilang lg wa punye reply…hampeh

          wa kasi yg pendek je lah.
          tadi pjg2 dah ilang…huhu

          rasullullah riki2 dan bdoa individu2 yg punye ciri2 tertentu bersama islam pd masa tu, pd realiti masa tu.. sesuai pd masa tu.
          ni kan pula manusia biasa yg dok bjuang atas agamaNYA
          yg pegang jawatan dlm parti bg mcilok agamaNYA dlm negara andaikata parti nya menang.
          maka riki2lah individu yg punye ciri yg sesuai dgn realiti semasa utk rakyat msia
          bg menangkan parti nya demi mcilok agamaNYA dlm negara.

          jawatan ni bukan jawatan company sendiri..
          bukan jawatan company mak bapak..
          tp jawatan ni adalah jawatan pjuangan agamaNYA
          maka x perlu pegang sampai mati…
          x perlu nak org terajang baru nak kluar…
          tp as pemimpin or ketua
          yg mahukan agamaNYA di cilok dlm negara yg pbagai lapisan masyarakat
          dlm mguna pakai system yg ada
          maka
          riki2.. bdoa dan mgilap
          individu yg punye ciri2 tertentu yg sesuai dgn realiti semasa diberi peluang
          mjadi pglima utk mcilok agamaNYA dlm negara mguna pakai system realiti semasa.

          tgk je kisah iman hanafi..
          bdk kecik yg coutim mamat yg mgalahkan iman2 beso masa tu.
          awat? iman beso masa tu iman x power ke?
          awat? iman beso ilmu x power ke?
          sampai bdk kecik yg coutimkan…
          tgk mcm ne mamat tu dgn angkuh mgatakan..
          brapa ramai ulamak beso serba beso tergolek kat dia..
          akhirnya bdk kecik je yg leh terajang mamat tu…hehe

          so pglima g medan perang biar sesuai dgn realiti semasa
          jgn merasakan diri tu hebat..
          sentiasalah riki2 dan bdoa individu2 yg punye ciri2 tertentu
          yg sesuai dgn realiti semasa utk diberi peluang utk mjadi pglima
          ke medan perang ni.
          x perlu sampai nak kene terajang baru nak lepas jawatan.

          sologan kepimpinan ulamak
          jgn wat cari makan utk nak dpt jawatan.
          jgn wat baju kalis dari kene hentam.

          1 lg,
          rasanye x perlu jadi pwakilan UMNO
          utk tibai najib…haha
          maka begitu gak dlm situasi PAS ni
          x perlu jadi pwakilan PAS utk tibai hadi….hehe
          seperti mana x perlu masuk list jaminan manusia yg dijanjikan syurga oleh rasulNYA
          utk hentam saidina umar.

          saidina umar pon x bertanya
          lu sapa mau hentam wa.
          lu punye nama ada masuk jaminan syurga oleh rasulNYA tak?

          wa x maki sahabat2 yg wa kenai.
          wa maki pimpinan je….haha

          sabooo je laaa…hehe

          ps:tadi punye lg pjg..lg pedas…haha
          lu kasi senang skit laa org nak reply

  • shamsuleffendey 2:43 am on October 22, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Terkini Liga Juara-Juara 2009/2010 

    Man U berjaya mengalahkan CSKA Moscow dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Antonio Valencia minit ke 86 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan B sebentar tadi. Ini merupakan kemenangan ketiga Man U dari tiga perlawanan, seterusnya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan kumpulan. Dengan kemenangan ini juga, Man U seakan sudah layak untuk ke perlawanan peringkat kedua nanti.

    Walaubagaimanapun, 2 lagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang bermain awal pagi semalam iaitu Arsenal dan Liverpool mengalami nasib yang berbeza. Arsenal seri 1-1 dengan kelab dari Belanda iaitu AZ Alkmaar manakala Liverpool pula tewas MENGEJUT kepada kelab Lyon dari Peranchis 1-2. Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang akan bermain lewat pagi ini iaitu Chelsea yang akan bertemu pasukan La Liga, Atletico Madrid.

    Selepas ini, pasukan Man U pastinya akan menumpukan perlawanan penting derby menentang Liverpool yang sudah tewas 2 kali berturut-turut pada perlawanan terakhirnya. Seandainya Man U berjaya mengalahkan Liverpool ahad nanti, ianya sudah pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan itu dipersada liga. Manakala sebarang kekalahan buat Liverpool akan menutup terus impiannya menjulang piala kejuaraan Liga Perdana yang pernah dimenanginya kali terakhir 20 tahun lalu. Sekian berita sukan dari Budak Ipoh Timor.

    i

    p/s-sesapa terbakar baca brita sukan nih, mintak alihkan siaran. terima kasih

    i

     
  • shamsuleffendey 4:33 pm on October 21, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Tewasss… 

    Nampaknya semenjak dua nih, parti² Pakatan Rakyat mulai sukar untuk menerima berita kekalahan. Mungkin sudah terlalu asyik disuap dengan berita kekuatan parti memasing, sehingga memampukan Pakatan Rakyat memenangi majoriti dari Pilihanraya Kecil yang wujud selepas sahaja PRU ke-12 yang lepas, maka kekalahan bukanlah satu benda yang menarik untuk diterima. Makna mudahnya, tidak akan ada kekalahan mulai sekarang buat parti dari Pakatan Rakyat.

    So bila sahaja menerima keputusan tewas teruk di Bagan Pinang, maka berbakul² ulasan tentang kekalahan diterima. Bukan hanya penyokong dan pendokong parti, malah pimpinan² parti juga sibuk nak bercakap. Seolah² sbb musabab kekalahan itu telah maklum terlebih awal, sebelum bedah siasat dijalankan. Kenapa time menang kita x kecoh sebegini, tapi time kalah bebagai telahan kita mampu buat? Adakah kita dilihat bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh sewaktu menang, dan nampak lompong dah lemah ketika kalah?

    Aku harap semua pihak mampu untuk bersabar. Pihak PAS telah pun melantik Abg Mat untuk mengetuai sesi bedah siasat sbb kekalahan di situ. Sabar itu bukankah separuh dari iman? Mana iman kita kalau hanya untuk bersabar sedikit itupun tidak mampu? Maknanya bukan di Bagan Pinang saja kita tewas kali ini, tapi juga tewas dalam diri² kita sendiri. WALlahua’lam…

    i

     
    • adf55650 8:00 pm on October 21, 2009 Permalink | Reply

      Pandangan yang baik.
      Apabila menang, anggaplah ia sebagai ganjaran manakala apabila kalah anggaplah sebagai peringatan.
      Harap ramai yang membaca dan menjadikan tulisan saudara satu cetusan pemikiran.

  • shamsuleffendey 2:45 pm on October 19, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Musang Hasang 

    Detik berganti detik, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, kita terus-terusan disogokkan dengan berita jenayah yang amat menakutkan. Andaikata kejadian seperti di sini pun sudah dianggap sebagai suatu kebiasaan yang tidak perlu diherankan lagi, maka adakah sudah sampai masanya rakyat negara ini diberi kebenaran memiliki senjata api bagi melindungi diri dan keluarga mereka?

    Pada sapa lagik nak kita harapkan menjaga keselamatan diri kita dan keluarga andai pihak keselamatan polis pun bersifat seperti di sini???

    Apapun kita dah leh agak apa jawapan si Musang Hasang 2 nnt? Itu kes terpencil. Aduhhh x selamatnyaaaa…

    i

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel