Posts Mentioning RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • shamsuleffendey 12:34 am on November 27, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Salam Idul Adha 1430h… 

    i

    Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Aidiladha kepada seluruh umat Islam supaya kita menghidupkan hari yang mulia ini dengan membangkitkan semula semangat, bersedia untuk berkorban segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s. yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam.

    Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak suka kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, dia adalah orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Tuhan memilihnya di dunia ini (menjadi nabi dan rasul) dan di akhirat nanti dia termasuk di kalangan orang-orang yang salih (yang mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah). Ingatlah apabila Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Serahlah diri kamu (yakni Islam), Ibrahim menjawab: Saya Islam, menyerah diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Ibrahim memberi wasiat kepada anak-anaknya, begitu juga Nabi Yaakub (memberi wasiat yang sama): Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah memilih kamu satu agama iaitulah agama Islam, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam yang sebenar.” (Surah al-Baqarah: 130-132)

    Apakah Islam yang sebenar yang dianut oleh Nabi Ibrahim a.s.? Iaitulah Islam yang berasaskan akidah tauhid, mengesakan Allah pada zat-Nya, sifat-Nya, hukum syariat-Nya dan segala perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dan menolak sebarang bentuk syirik, menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada perkara-perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dalam perkara ibadat, termasuk juga dalam perkara cara hidup yang diwajibkan mengabdikan diri kepada syariat Allah SWT sama ada cara ibadat, sunat, wajib, diri dan harta benda termasuklah juga cara hidup yang berkait dengan individu, yang berkait dengan makanan, pakaian, pergaulan.

    Cara hidup yang berkait dengan keluarga, masyarakat dan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain mestilah berlandaskan syariat Allah SWT, tidak melakukan syirik dengan menerima cara hidup berlandaskan syariat dan hukum- hakam ciptaan manusia yang dinamakan ideologi, teori dan sebagainya kerana Allah SWT meluaskan perkara ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “Adakah mereka itu mempunyai sekutu-sekutu yang lain daripada Allah Taala yang mengadakan hukum syariat dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala.” (Surah asy-Syura: 21)

    Dalam perkara tauhid, menentang syirik ini, kita memerlukan islah dan tajdid, memerlukan pembaharuan kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharulah iman kamu. Lalu para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami memperbaharukan iman kami? Sabda Rasulullah s.a.w.: Perbaharulah iman kamu dengan lailahaillallah.”

    Dengan makna menegakkan tauhid dalam semua perkara, dalam ibadat dan seluruh cara hidup yang luas sebagaimana yang disebutkan tadi, mestilah berlandaskan kepada ajaran Allah SWT dan menolak segala bentuk syirik, yang lain daripada Allah SWT. Di mana kefahaman tauhid dan menolak syirik memerlukan pembaharuan. Pembaharuan supaya umat Islam sentiasa memahami bagaimana Islam adalah sesuai di sepanjang zaman. Islam boleh menghadapi perubahan masa dan tempat yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

    Di sana ada perkara yang qat’iyat dan disebut dengan sawabit, yang tetap yang tidak berubah dalam perkara rukun- rukun ini, dalam perkara prinsip akidah, dalam perkara halal dan haram, dalam perkara yang diputuskan yang tidak berubah dalam kehidupan manusia. Dan di sana ada perkara yang disebut dengan mutaghayirat, yang berubah mengikut keadaan dan masa seperti cara bermesyuarat, cara mempertahankan umat dan negara, cara memberi penyampaian dan kefahaman kepada manusia di mana cara ini berlaku perubahan dalam kehidupan manusia. Agama membenarkan kita melakukan perubahan.

    Apa yang menjadi masalah pada hari ini berlakunya syirik, menyengutukan Allah dalam perkara yang terang-terang dan nyata, yang dinaskan oleh Allah, mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah dan hilangnya semangat keyakinan kepada Allah SWT sehingga menjadi pergantungan kepada wang ringgit, harta benda, pangkat dan kedudukan, mengatasi keyakinan kepada Allah Taala.

    Maka di sini menunjukkan adanya berhala baru yang dipuja oleh manusia di zaman kini iaitulah wang ringgit, bantuan kewangan dengan berbagai-bagai nama yang boleh merosakkan iman dan keyakinan seseorang kepada syariat Allah SWT, sanggup meninggalkan syariat kerana mengejar kewangan, kemewahan dan kesenangan dunia.

    Kita perlu menyedari musuh-musuh Islam membiayai penentangan terhadap Islam melalui kewangan, melalui Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan berbagai-bagai agensi, gerakan-gerakan zionis antarabangsa yang menyumbang kewangan bagi menyesatkan umat Islam supaya menjadi murtad sama ada meninggalkan agama secara total ataupun meninggalkan syariat Allah secara sedikit demi sedikit, sebagaimana yang diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    “Kamu akan terikut-ikut dengan perjalanan ajaran orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedikit demi sedikit sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut masuk sama. Lalu para sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w.: Maka siapakah?”

    Inilah kefahaman yang perlu disampaikan kepada umat Islam terutama pada hari raya yang mulia, ketika kita menghadapi tokoh nabi-nabi dan rasul-rasul, Nabi Ibrahim a.s. yang menentang syirik dan menegakkan tauhid di mana seluruh umat Islam merayakan hari ini di samping jemaah haji yang berhimpun di Mekah.

    Sebaik sahaja mereka memakai ihram, mereka bertalbiah menyahut seruan Allah yang bermaksud:

    “Ya wahai Tuhan, ya wahai Tuhan, tiada sekutu bagi-Mu. Ya wahai Tuhanku, sesungguhnya segala kepujian, segala nikmat menjadi milik-Mu, begitu juga pemerintahan menjadi milik-Mu, ya wahai Tuhan.”

    Mudah-mudahan dengan sepatah dua ucapan memberi pengajaran kepada kita.

    Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

    Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

    i

    *sumber poster/teks di sini dan di sini

    i

     
  • shamsuleffendey 10:46 am on November 26, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Ku Li atau kuli? 

    “Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya – Malaysiakini

    Pas satu-satu masalah dihadapi oleh pihak UMno Be End. Tengah sibuk nak uruskan masalah MCA, tetiba kuar lak laporan mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang bersetuju untuk memikirkan tawaran mengetuai *kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

    Kelam kabut pulak Muhyiddin Yasin meminta agar perlantikan Ku Li itu difikirkan semula. Katanya kes tersebut diluar kebiasaan terutama buat parti memerintah seperti UMno ini. Jadi aku pun setuju la jugak dengan pandangan TPM kita nih. Memang betul apa yang dia cakap. Seumpama Tok Guru Haji Hadi dilantik mengetuai kaukus PKFZ. Memang pelik bukan?

    Cumanya kalau Ku Li dilarang untuk terlibat dengan kaukus anjuran Pakatan Rakyat itu, apakata pihak UMno Be End sendiri mengadakan kaukus bagi tujuan tersebut? Apa macam? Ada berani ka Muhyiddin?

    i

    *Kaukus (Bahasa Inggeris: caucus) secara umum didefinisikan sebagai sebuah pertemuan dari para pendukung atau anggota sebuah parti politik atau gerakan [ link ]

    i

     
  • shamsuleffendey 12:08 am on November 26, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Bila Badut buat kenduri… 

    Alkisahnya seperti yang selalu termaktub dalam skrip lakonan drama² melayu, maka pihak hero sekali lagi terpaksa memendam rasa melihat krook (orang jahatla) dan kuncu²nya meraikan keputusan Mahkamah Rayuan malam semalam.

    “Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh” - Malaysiakini

    Ramai jugak yang mengeluh dengan keputusan ketiga-tiga hakim tersebut. Mungkin mereka merasakan bahawa kali ini hakim tidak akan berpihak lagi kepada SPR dan Be End. Namun kesemua telahan mereka itu tersasar sekali lagi. Bayangkan keputusan diumumkan pada jam 7.30malam? Begitu tekun sekali mereka bekerja. Kalaulah kesemua penjawat awam bekerja sepertimana para hakim Mahkamah Rayuan ini, sudah tentu kadar KDNK negara tahun ini tidaklah seteruk zaman Pak Lah dulu.

    So nampak gayanya hakim sekali lagi akan dihukum oleh rakyat disebabkan sikap mereka yang sekali lagi terang²an cuba mengubah keputusan asal. Pernah terjadi sebelum ini keputusan YAB Menteri Besar Perak, Hj Nizar yang telah diisytiharkan masih kekal sah sebagai MB Perak ketika itu. Namun keputusan berpihak semula kepada Be End hanya sehari selepas itu.

    Persoalannya adakah hakim² di Malaysia sekarang ini bertindak di atas kepentingan masyarakat umum ataupun untuk hanya parti Be End sahaja?

    Xpa kita tunggukan episod selanjutnya. Kita akur dengan penggantungan sementara perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi kelmarin walaupun dengan hati yang berbelah bahagi.

    Tetapi seandainya keputusan itu masih kekal, maka mahu tidak mahu kita terpaksa jugak mengupah Sivaji Da Boss untuk menangani hal tersebut. Sudah bersediakah para hakim negara ini untuk berhadapan dengan Sivaji Da Boss??? Hangpa tau jawapannya kan?

    Bagi yang x brapa nak kenai ngan si Sivaji tu, aku paprkan imejnya di bawah :D


    i

     
    • uma 10:52 am on November 30, 2009 Permalink | Reply

      lu kene ambil style sikap mcm saidina ali
      bila mana hakim mmutuskan perhakiman dlm sirah ali vs yahudi.
      leh ke?hehe

  • shamsuleffendey 1:42 am on November 24, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Bila badut sarkas berbicara… 

    “Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita. Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia… sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang”

    Haha…pernahkah hakim x dengar rayuan perayu? Buta kayu ka mamat yang bercakap nih? Ke ada tujuan nak mempengaruhi sang hakim yang bijaksana tuh? Dia kata kes ini merupakan kali pertama dalam sejarah? Betoi ke. Oii mangkuk hayun. Nak nipu 2 agak-agak la. Yang kes di Perak 2 apa citer?
    So ni masuk kes kedua dalam sejarah la bangang. Matematik pun fail. Pasai apa hang seriau sangat? Takut kes yang sama berulang di Perak ka?

    Katanya lagik…

    “Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu). Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu,” katanya.

    Dah tau masa dah makin suntuk nak tetapkan tarikh prk tuh, yang hang gatai g merayu apsal? Terima je la keputusan hakim tuh. Sapa yang bertanding skang ni? Hang ke UMno? Biaq UMno je la yang g melutut kat hakim tuh. Yang hang nak masuk campuq sama apsaiiiii

    Erkkk… jap. Ada tambahan ayat sket lagik.

    “SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil. Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini… esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR.”

    Wakakakaka… memang spesis badut sarkas la mamat nihhh. Kata dah bersedia bila-bila masa. Pastu siap sound suh hakim putuskan cepat. Takut x sempat nak declare seat DUN tu kosong. Cam pesalah nak kene hukum gantung laaa. Lawak lawak …

    *Sumber cakap si badut tuh ada di Mstar

    i

     
    • uma 12:03 am on November 26, 2009 Permalink | Reply

      byk citer mnarik pasai pimpinan..hihi
      nak percaya sgt tu xada laa
      just ambil tahu je…

      PAS perak mesti byk gak citer sangsi tu..hehe

      • Berani Berubah 8:40 am on November 26, 2009 Permalink | Reply

        Bro, ada baca tulisan terbaru Nik Abduh?
        Dia ada hantam sama Abe Husam…
        Klu anak MB Kelantan sendiri pun dok suke kat Abe Husam, guano yang lain bro?

        • uma 10:43 am on November 30, 2009 Permalink

          tu laaa..
          pimpinan hentak pale pimpinan dlm blog,tu lah hasil tarbiyah PAS…haha
          pastu salahkan blogger2 lain hentak pimpinan PAS.
          klu blogger macai hentak pale pimpinan wa tarak hal
          tp klu pimpinan hentak sahabat seperjuangan ala blogger macai
          elok jgn jadi pimpinan
          jadi blogger macai je..haha

          wa hentak pale hadi
          kesan nya mcm ne?
          klu nik abduh hentak pale hadi?
          kesan nya mcm ne?

          wa pon xada hentak pale sahabat2 yg dlm kepimpinan kws blog
          coz utk mkritik sahabat seperjuangan yg dikenai kene ada gaya nye
          coz wa & sahabat2 wa bukan iman ala saidina umar
          wa takut syaitan
          senang menabur benih sikap permusuhan antara wa & sahabat2 lak.
          kan kureng cerdik tu kasi syaitan mrayap masuk.

          tu sal wa hentak pale hadi je..
          pale pimpinan lain wa tarak hentak pon
          coz bg wa
          zaman hadi dah x relevan bg wa
          wa perlu presd yg lincah bersilat
          utk menang game ni
          demi mcilok agamaNYA
          dlm bernegara.

          bbalik kisah husam vs nik abduh ni.

          husam ada hentak pale nik aduh dlm blog x?
          coz wa pon x pasan sgt

          bila anak nik aziz hentak pale husam
          secara x langsung
          org yg ala taksub dgn individu leh condong pd individu tersebut
          samada pd husam or nik abduh
          mungkin org akan lebih caya kat nik abduh
          maklum je lah ustaz blajo agama
          x kan lah nak fitnah kan?
          tambah lg anak musyidul AM.
          x kan lg nak nipu dan mgada2 citer kan..

          bg diri wa
          wa mbebaskan diri dari myokong mana2 puak dlm kontek ni.
          yg benar tetap benar
          yg salah tetap salah

          cume mungkin kita semua leh riki2 sirah citer saidina ali,aisyah,muawiyah
          mcm ne puak2 ni leh berperang semasa sendiri
          moga2 ada pgajaran buat kita bersama.

  • shamsuleffendey 5:15 pm on November 23, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Memo kepada Politeknik Ungku Omar, Ipoh 

    27 Jun 2009 / 4 Rejab 1430

    Kepada :

    Haji Mohamad Jayus Haji Bunasir

    Pengarah,

    Politeknik Ungku Omar,

    Jalan Raja Musa Mahadi,

    31400 Ipoh .

    (No. Fax : 05-547 1162)

    i

    i

    Y.Bhg. Tuan;

    PENGANJURAN PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) 2009

    Perkara di atas adalah dirujuk.

    Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini.

    DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu-bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka  telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.

    DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.

    DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan.

    Sekian dipohon, terima kasih.

    i

    Saya yang benar,

    Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

    i

    i

    AHMAD FAISAL MOHD PUAIT

    Timbalan Ketua,

    Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

    i

     
  • shamsuleffendey 12:32 am on November 23, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Bila la nak amannnn… 

    Pas satu satu kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Malaysia nih diisytiharkan kosong dan perlunya diadakan Pilihanraya Kecil. Pulak tu sebabnya bukan setakat kematian penyandang kerusi tersebut aja, ada jugak sebab melompat parti. Cheh buang karan betoi. Kalau tau nak jadi kaya ngan title wakil rakyat nih, rentikanla. Manjang susahnya. Tanyalah pada yang jujur dan amanah, apa yang mereka dapat bila jadi wakil rakyat.

    Tadi sempat aku sembang ngan kawan ketika menumpangnya balik dari program di Air Kuning. Mamat nih umpama PA kepada seorang wakil rakyat di selatan negeri aku. Katanya, bos dia (wakil rakyat tu la) hampir nak jual kete yang digunakannya kerana tidak mampu untuk menampung keperluan rakyat yang diwakilinya.

    So the question is, kalaulah melompat parti itu melarikan diri dari kesusahan menjadi wakil rakyat, sudah tentulah dia beroleh kesenangan. Tapi adakah rakyat tempatnya itu turut sama menumpang kesenangan yang diperolehinya itu? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

    Kalaulah mereka begitu peka dengan nasib yang menimpa kepada mereka² hasil dari tindakan bodoh melompat parti itu, aku rasa perkara begini xkan berlaku. Selepas ini pastikanlah calon yang dipilih untuk bertanding pada PRU nanti tidak bertindak bodoh lagik. Ajar la mereka ilmu² tauhid, mengEsakan Sang Pencipta sama. Macamana nak menguruskan amanah ALlah tu. Bukannya x sabar² mempertonton manfaat yang bakal diperolehi. Hangpa leh senangla, tapi rakyat yang jenuh. Time ni la kepala asyik pikir nikmat yang diperolehi rakyat hasil dari idea kewujudan sistem pemilihan sepeti yang diamalkan di US tu.

    At the last, ADUN parti hangpa yang asyik duk buat taik melompat sana-sini, pimpinan parti aku pulak yang dicop lemah memimpin. Bukankah analogi yang paling bangang pernah wujud dimuka bumi ini? Bijak bebeno kome mengurus persepsi…

    i

     
    • uma 10:47 am on November 23, 2009 Permalink | Reply

      anak subby latif pon ada kasi komen..hehe
      cume bapak dia segan lah nak hentak pale pimpinan
      nanti dicop derhaka lak…hehe
      tp subby mcm setuju dgn prof.aziz je…hehe

      bg wa
      diaorg lantak pi lah nak lemah nampak lemah
      lg wa suka…haha
      yg ponting PAS kene kuat
      dan dilihat kuat..dan memang kuat.
      coz klu diaorg wat taik senang skit ada alasan dpt kerusi byk lg…haha

      PAS ni..
      persepsi rakyat pbagai masih kureng yakin..
      coz 17juta rakyat msia bukan g kuliah hadi tiap2 mlm.
      klu rakyat msia g kuliah hadi tiap2 mlm
      g majlis2 ilmu tiap2 mlm senang citer..

      nak menang game ni
      kene cergas lg tangkas..
      lembab ala pak lah
      x sesuai
      klu jadi PM lembab pon x sesuai
      ni kan pulak nak jadi presd parti yg nak tawan msia
      lg lah x leh dilihat lembab
      dan dirasakan lembab oleh rakyat msia.
      cukuplah pak lah lembab sorg
      yg lain x payah itot lembab.

      tp klu nak jadi parti pbangkang
      dulu,kini dan selama2nya..
      tarak masalah..
      terus kan je lah..hehe

      minta tolong hadi muktamar lagi 1
      x perlu pertahankan jawatan
      kasi ruang org lain yg punye ciri yg sesuai
      utk mjadi icon bg PAS 4 All.

      • Berani Berubah 12:37 pm on November 23, 2009 Permalink | Reply

        agak² sapa calon yg sesuai utk pres tu nanti ek?

        • uma 5:57 pm on November 23, 2009 Permalink

          nik aziz kata husam Allah jadi utk Msia bukan kelantan je…hehe

          zaman hadi dah berlalu,
          sedar diri dan sedar dgn realiti dan tuntutan semasa
          pegang jawatan bg org yg mgaku mperjuangkan islam ni
          bukan pegang sampai mati
          tp riki2 calon yg mampu mcilok agamaNYA dlm bernegara
          dlm system yg diguna pakai.

          tp bukan senang nak undur diri setelah lama pegang jawatan ni.
          klu wa kat tmpt hadi pon
          wa x akan menanggal bj amanah ni…hehe

        • Berani Berubah 1:23 am on November 24, 2009 Permalink

          tapi Husam kalah pemilihan aritu bro?
          xkan la perwakilan nak lantik dia jadik Pres sedangkan Timb. Pres pun kalah.
          Kalah ngan Ust. Nash lak tuh. Biar betul bro…
          Xdak calon lain ke?

        • uma 4:39 pm on November 24, 2009 Permalink

          dah ada bunyi ulamak yg tamak jawatan
          nak 2 tmpt khas buat mereka.
          maka perwakilan riso jatuh derhaka..hehe
          ptandingan 3 penjuru
          dah leh baca keputusan nye..
          walaupon ada bunyi2 pgundian ala undi POS versi PAS..hehe

          calon lain?
          wa x dpt mimpi lg laaa…hehe
          cume MB nizar wa adalah calon akan dtg
          yg leh diberikan ruang.

          hadi?
          maaplah
          bukan zaman nya lg.
          beliau bg wa
          perlu berada as pjaga dasar
          tp utk bersilat atas pentas terbukak ni
          kasi kat sahabat2 yg lain
          yg punye ciri2 yg sesuai utk bersilat lincah atas pentas ni.

          bg wa
          jawatan dlm pjuangan islam ni
          bukan pegang sampai mati
          tp sentiasa mcari individu yg sesuai dgn realiti dan tuntutan semasa
          dlm mbwk PAS lebih kehadapan utk mcilok agamaNYA dlm bernegara dgn mguna kan system yg dipakai.

    • Berani Berubah 11:52 am on November 25, 2009 Permalink | Reply

      bro, soklan x berjawab lagik nih…
      aku pun sokong Husam… tapi perwakilan taknak Husam…
      ada cara lain ke nak angkat Husam ni bro, selain dari pemilihan dalam Muktamar?
      tapi kalau pun Husam menang, ada ka ahli nak sokong dia nanti?
      skarang pun tak da sapa nak sokong

      • uma 12:56 pm on November 25, 2009 Permalink | Reply

        sekarang xada sapa sokong?berapa undi husam dpt ,bro?
        klu husam berentap dgn nash?
        agak2 mcm ne?
        tp sebab mat sabu & husam masing2 pon bengong..
        maka ni la hasilnya,haha
        bg wa
        mula2 kene tukar mentaliti perwakilan dulu
        seperti mana mau tukar mentaliti melayu yg dok sokong UMNO yg percaya kat UMNO je.
        takut utk berubah pd yg lain.
        maka begitu gak mentaliti perwakilan PAS ni
        mula2 kene ubah mentaliti diaorg yg dok taksub pd golongan tertentu ni.

        bg wa
        selagi mentaliti perwakilan PAS ala perwakilan MIC or UMNO
        selagi tu lah PAS jadi pbangkang dulu,kini dan selama2nya..hehe
        coz rela kalah asalkan islam menang..PAS kalah islam menang?haha
        lawak pon ada gak tu..
        tp kang wa hentak pale dikata derhaka lak..hehe

        wa rasakan,
        elok sapa2 nak jadi presd & timbalan presd dlm PAS ni
        ambil degree dlm bahagian agama je…
        coz wat masa la ni
        tu je yg leh wat diaorg taksub.
        maka ada chance jadi presd & timb..haha.
        harap husam leh pertimbangkan masuk U blk
        ambil kursus agama…hehe.

        tp wa percaya
        zaman akan berubah
        mentaliti perwakilan PAS yg taksub pon pasti berubah
        cume ambil masa seperti mana mgambil masa utk melayu sokong PAS..hehe.

        apa2pon
        hadi dah x relevan utk bersilat atas pentas terbukak ni.
        lepak kat majlis syuara
        mjadi pjaga dasar adalah paling sesauai bg pandangan wa.
        utk bersilat
        kasi org lain yg lincah.
        tp klu jenis x sedar diri
        x leh nak ckp apa laaa…
        maap ckp lah
        org jenis mcm tu..
        kene terajang baru leh paham..
        bukan senang nak undur diri dari jawatan klu dah lama pegang
        tambahan lg pwakilan dok bg sokongan
        seperti mana ahli MIC kasi sokongan kat samy…hehe
        jgn sampai masyarakat pbagai meluat kat presd lu org
        PAS tergolek2 masuk longkang.
        tp x pe..
        rela kalah asalkan islam menang.hehe

        • Berani Berubah 1:06 pm on November 25, 2009 Permalink

          ala apa lak nak citer pasai hadi lak bro.
          skang nak citer pasai husam
          orang Kelantan pun x suker dia… camne dia nak dapatkan undi perwakilan luar
          ada cara lain x bro
          main bomoh ke?

        • uma 9:23 pm on November 25, 2009 Permalink

          wa pon dengo citer
          husam x disukai oleh ahli PAS kelantan..hehe
          klu x silap wa
          mamat tu menang undi byk sekali kan
          utk naib presd dulu kan?
          wa rasa masa tu dia main bomoh laaa kot….haha

          bg wa
          yg ponting hadi kene undurkan dulu…haha

  • shamsuleffendey 2:10 pm on November 21, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    GERAK x bergerak??? 

    i

    Mana dia Pengerusi GERAK Malaysia, Mohd Nazri Mohd Yunus? Apasal senyap membisu apabila Najib menghadiahkan lembu-lembu untuk tujuan korban di kawasan Parlimennya? Kenapa masa Tan Sri Khalid Ibrahim buat perkara yang sama dahulu, gegak gempita satu Malaysia kata perbuatan itu satu rasuah, satu penyelewangan yang dasyhat. Nah sekarang time Najib buat nih, senyap lak? Ke dah masyukkkkk???

    Gambar aku rembat di M-star

    i

     
  • shamsuleffendey 5:03 pm on November 20, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Korban 1 Malaysia 

    “Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan. April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan. Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR” – Malaysiakini

    Slogan hanya tinggal slogan. Mana bukti rakyat didahulukan andai saban hari kita dibentangkan dengan kisah menyayat hati seperti ini. Alangkah bertuahnya Siti Amynur Ain Putri ini andai dia mendapat sebahagian kecil sahaja dari hadiah RM7 juta yang diterima oleh wanita puaka 1 Malaysia itu tempohari. Apa yang pasti, esok akan keluarlah laporan “kita akan menyiasat segera perkara ini” ataupun “ini hanyalah kes terpencil” atau lagi best “pelajar ini akan dipastikan mendapat kemudahan sekolah berasrama penuh”.

    Apapun ganjaran yang diterimanya selepas ini tidak akan mampu merawat kesedihan hatinya itu. Buat Siti Amynur Ain Putri, teruskan perjuangan. Moga anda akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti, insyaALlah. Takziah buatmu dari Budak Ipoh Timor.

    i

     
    • uma 4:59 pm on November 21, 2009 Permalink | Reply

      klu kes berlaku kat n9
      kita hentak MB n9

      klu kes berlaku kat kelantan
      kite hentak MB kelantan lak..

      klu kes berlaku kat johor
      kita hentak MB johor

      klu kes berlaku kat kedah
      kita hentak MB kedah..

      kita hentak MB
      coz kita mau rakyat msia terbela
      tarak kira lah lu MB CAP apa pon.

      ok ker?hehe

  • shamsuleffendey 1:56 am on November 15, 2009 Permalink | Reply
    Tags:   

    Cerita pasai terbuka… 

    Mat : Ayah, apsal adik dapat lauk lebih?

    Ayah : Ala mat, kamu abang. Kene la beralah ngan adik. Lagipun adik tu baru nak belajar merasa lauk tu

    Mat : Arghhhh, Mat x kira. Mat nak gak lauk lebih cam adik.

    Ayah : Ala Mat, jangan la camni. X elok gaduh² depan rezeki…

    Emak : A’ah Mat, jangan buat perangai depan rezeki. X elok. Lagipun cuba cakap elok² ngan ayah. Mak xda pun ajar Mat kurang ajar camnih.

    Mat : Arghhhhh… Mat x kira. Kalau ayah xnk kasi, mak mintak cerai dari ayah. Mat nak suh mak carikan Mat ayah baru. Ayah Mat skang nih ‘lembek’.  X berani nak buat keputusan. Kalau susah sangat biar Mat jek carikan suami baru buat Mak. Yang power. Xde ‘lembek’ cam ayah. Nanti ayah baru Mat leh kasi Mat lauk lebih cam adik. Mak jangan persoalkan cara Mat tegur ayah. Ayah kene bersedia untuk dikritik. Kalau dia dah lemah, dah ‘lembek’ dia kena tau la sifat dia. Kalau dah x leh nak pegi, berundur la. Ceraikan mak. Biar orang lain lak pimpin kita. Mungkin orang lain tu nanti lebih baik dari ayah. Cara ayah memimpin pun dah x sesuai la mak. Out of date. Lagipun ramai jiran² kita sependapat ngan Mat mak. Diorang pun kata ayah ‘lembek’, dah x sesuai nak perintah keluarga kita. Kita kene ambil persepsi jiran² kita tu mak. Jangan tolak ketepi jek.

    Ayah dan Mak : MasyaALlah

    Dulu aku pun spesis yang rajin berforum terutama dalam TKO. Besa la jiwa muda. Minat politik lak tuh. Suma aku tibai. Dari forumer lain sampai la ke moderator dan admin yang mengawal perjalanan laman tersebut. Akibat kelantangan aku mengkritik pihak moderator forum tersebut, aku di ‘ban’. X leh nak bercakap. Kene gam mulut. Diorang kata kalau nak tau sbb apa kene ‘ban’ sila berhubung dengan moderator yang menjaga bahagian forum tersebut. Aku fedup. Kata terbuka untuk dikritik. Tapi bila orang hantam sket jek. X banyak mana pun kene hantam. Dah ngelabah nak ‘ban’ aku. Bukan aku sorang jek. Forumer lain pun sama, tambah forumer berkiblatkan UMno.

    Pengajaran yang aku dapat dari tindakan aku tu, barulah aku belajar rupanya setiap benda itu ada peraturannya. Nak menegur ada  peraturannya. Ada adabnya. Bukan leh main belasah jek.

    So kalau moderator laman mcm TKO tu pun tidak terbuka untuk dikritik, kena ada adab untuk mengkritik, maka xkan la dalam parti PAS ni xde pulak adab-adab untuk menegur pimpinan? Sapa kata x leh pimpinan x leh di kritik? Cuma kalau nak tegur moderator TKO pun kena ada adab, xkan nak tegur @ kritik kepimpinan parti yang lebih luas perjuangannya dari laman TKO yang saban masa mintak sumbangan untuk server nyer tu leh main hentam keromo jek. Last² kene Dos attack, kiok seminggu. Wakakaka

    i

    p/s – klu ade moderator TKO or bekas moderator TKO yg baca, jgn duk pertikai keterbukaan mengkritik pimpinan, kalau hangpa sendiri pun x leh disentuh. Aku x larat nak kipas teloq hangpa. Tu pasal aku dah x join TKO. Dari web sampai mod memang cap ayam :P

    i

     
    • uma 12:48 am on November 16, 2009 Permalink | Reply

      dlm kepimpinan PAS
      x semua yg kata diaorg x leh dihentak pale..
      Nizar klu x silap wa
      suruh blogger hentak pale diaorg klu mana yg kureng setuju
      dlm forum bersama dgn hadi..
      hadi mgatakan jgn hentak pale sampai karam…haha
      begitu gak dgn kepimpinan lain..
      ada yg terbukak
      ada yg kureng

      so klu pimpinan PAS sendiri ada pimpinan tbukak ada yg kureng.
      maka begitu gak mod di TKO tu..
      ada yg tarak hal…
      ada yg ambil pusing.
      coz mod tko tu
      ada yg totok ijau karat ala taksub
      ada yg karat ijau tp tarak hal
      ada yg karat ijau yg rasional
      ada yg karat ijau penuh dgn emosional..

      apa2pon,
      andaikata rule TKO mgatakan sedemikian..
      mau x mau…
      terima lah
      seperti mana UMNO mguatkan kuasakan undang2 ISA ,hehe

      maka bckp dlm soal PAS lak..
      sila statekan dgn jelas bahawasanya
      masyarakat Msia tiada hak utk hentak pale Pimpinan PAS.
      selagi tiada statement yg jelas dari PAS
      maka pimpinan pale kene lah keras
      utk dihentak oleh masyarakat Msia…hehe
      mau x mau
      lu org kene lah terima pale pimpinan lu org kene hentak…hehe

      cume
      klu pimpinan wat cara pimpinan…
      tp klu pimpinan pon wat cara macai bawahan hentak pale pimpinan sesama sahabat perjuangan
      masalah gak tu..hehe

      bg wa
      sila utk mgelakan diri dari pimpinan PAS dikritik
      harap hadi
      leh kluarkan statement black white
      yg masyarakat msia dilarang or tiada hak utk hentak pale pimpinan PAS.
      selagi tu tiada..
      mau x mau..
      lu org terima je lah kritikan yg mdtg…hehe
      mungkin amanat hadi ke 2 leh dikluarkan dlm bab ni…hehe

      bila jiran2 bgtahu,ayah hampeh as ketua kg
      anak bini sapa yg x terasa ati..
      cume just suruh je lah ayah undur diri je..
      bg kat org lain jadi ketua kg…hehe
      ayah leh je jadi penasihat pd ketua kg
      dok dlm majlis syura kg.

      jiran2 dah kecoh pasai ayah hampeh..
      kureng ummph as ketua utk memimpin kg
      ayah mungkin tarak masalah utk pimpinan anak bini coz
      ia x libat dgn jiran2 dlm kg..
      tp bila ayah jadi ketua kg
      jiran2 merasakan ayah lembab mcm pak lah lembab..
      ia merisaukan jiran2 dlm kg..
      coz kg mereka sedang mbuat persiapan utk bertanding dgn kg2 yg lain.
      kg sinajib bertambah laju dari semasa ke semasa..
      tp ayah mcm tiada berfungsi je
      dari pandangan jiran2 dlm kg
      jiran2 merasa risau….
      tgk ayah lembab ala pak laaaa…
      maka jiran2 merasakan perlukan ketua baru yg mampu mharungi
      realiti semasa..maka jiran pon bersuara
      anak bini sapa x terasa bila ayah di kata lembab ala pak lah.
      memang myakitkan
      tp tu lah pandangan jiran2 kg melihat ayah as ketua kg.

      • shamsuleffendey 1:51 pm on November 21, 2009 Permalink | Reply

        so klu pimpinan PAS sendiri ada pimpinan tbukak ada yg kureng.
        maka begitu gak mod di TKO tu..
        ada yg tarak hal…
        ada yg ambil pusing.
        coz mod tko tu
        ada yg totok ijau karat ala taksub
        ada yg karat ijau tp tarak hal
        ada yg karat ijau yg rasional
        ada yg karat ijau penuh dgn emosional..


        wo wooo, nape lu leh defend TKO nye mod lak? Haha… wa nak hantam, lu lak nak defend. Tara besh la kawan. Kasi la wa hentak sket paler mod TKO tuh. kasi betoi sket. wa tengok skang nih dah cam pengemis jek. duk mintak derma jek. PAS pun dah x wat camtu. Ekeke

        maka bckp dlm soal PAS lak..
        sila statekan dgn jelas bahawasanya
        masyarakat Msia tiada hak utk hentak pale Pimpinan PAS.


        Haha…lu bercakap sebagai masayarakat malaysia, tapi dalam masa yang sama lu juga menjadi ahli parti beb. So kalau lu ahli parti lu kene blaja apa itu adab jemaah. memang kat masjid xdak ajaq benda suma nih.
        So kalau nak mudah hentak paler tuan presiden tanpa adab, wa rasa lu kene pilih salah satu.
        Samada lu lucutkan baju ahli jemaah tu atau lu terpaksa jugak ikut apa yang telah digariskan oleh jemaah.
        Tapi wa x heran sangat ahli cam lu nih. Memang ramai sangat skang nih.
        Tu pasal RasuluLLah cakap umpama buih dilautan.
        Cakap berdegar-degar, taik sangkut di gelegar. Ekeke

        • uma 4:48 pm on November 21, 2009 Permalink

          TKO tu
          di bwh salah 1 dewan yg monitor
          penasihatnya pon bukan macai2 bawahan.
          x kan lu nak hentak diaorg kot.
          jgn wat contoh x baik,bro..hehe

          lu x rasa lu hentak TKO
          dah mcm lu hentak PAS gak tu
          leh kira masuk kategori derhaka tu..haha

          lu ahli TKO
          tp nak hentak TKO
          bila ahli PAS
          nak hentak PAS
          jgn lah hangin lak…hehe

          PAS ada kluarkan 1 peratuaran yg ahli x leh hentak pale presd ke bro?
          peraturan yg mgatakan
          klu hentak pale presd
          kene lucut keahlian….?

          harap PAS leh kluarkan peraturan mcm tu, senang skit ahli2 nak paham.hehe
          klu hentak pimpinan yg bukan presd mcm ne lak bro?
          lucut keahlian gak ke?
          siap ari bulan..
          tantawi pon leh lucut keahlian tu..
          khalid pon sama..
          hehe

          tp wa tgk,
          nik aziz punye dalil mcm kasi hentak je pale presd je…hehe

          klu lah ahli PAS hentak pale PResd leh lucut keahlian,
          klu Presd PAS jadi PM Msia
          mau leh kene lucut kewarganegaraan kot,hehe

          ramai2kan ahli ,bro
          x kira mcm ne mereka pon
          yg ponting mgundi PAS..
          kerana PAS perlukan undi
          dari golongan ahli syurga or neraka
          klu main game ni.

        • yuna 10:56 pm on November 21, 2009 Permalink

          ya A llah ya Tuhan ku kau buka kan la hati si uma ni agar kembali ke jalanMU…berikan la hidayah padanya agar di dapat berjuang ke jalanMu ,tetapkan la hatinya,jgn lah Kau pesongkan hatinya dari ISLAM Kau pimpin lah dia ke jalanMU…..Kerna aku takut nasibnya akan menjadi seperti cerita penulis blog diatas ini[spt cerita ayah dan mat]

        • uma 10:16 am on November 23, 2009 Permalink

          Amin..

  • shamsuleffendey 11:10 pm on November 14, 2009 Permalink | Reply
    Tags: ,   

    Ihtifal PASTI Ipoh Timor… 

    AlhamduliLlah petang tadi Pusat ASuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Ipoh Timor sekali lagi telah berjaya menganjurkan IHTIFAL PASTI Kawasan buat kali ke-4. Program bertempat di Hotel Seri Malaysia, julung² kalinya program seperti ini diadakan disebuah hotel. Syabas dan tahniah buat ahli jawatankuasa penyelaras program tersebut kerana berjaya mengadakan satu program yang dilihat mampu membuka minda dan mata masyarakat yang dahulunya hanya menganggap PASTI ini produk 2nd hand. Maksud aku bukanlah meletakkan program di hotel itu satu kejayaan, tetapi sekurang²nya aku lihat ianya berjaya melayan minda masyarakat hari ini yang lebih menumpukan kemewahan duniawi.

    Program tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr. Salman Saleh merangkap Ketua Pemuda dan Penasihat PASTI Kawasan Ipoh Timor. Program yang dimulai dengan bacaan ayat² suci al-quran juga oleh seorang pelajar murid PASTI. Kemudiannya ibu bapa dan pengunjung dihidangkan dengan persembahan murid PASTI yang ternyata memang tidak seperti persembahan murid prasekolah mahupun Kemas yang rata-ratanya dipenuhi dengan persembahan tarian. Inilah satu lagi kelainan yang ditonjolkan oleh PASTI. Program berakhir dengan majlis penganugerahan sijil kepada murid² enam tahun yang berjaya menghabiskan pembelajaran di PASTI sebelum tetamu disediakan minum petang.

    Dewasa ini seringkali PASTI dijadikan perbandingan dengan prsekolah tajaan Kementerian Pendidikan mahupun KEMAS. Namun walalupun PASTI tewas dari segi prasarana, ianya jauh mendahului dari segi silibus pendidikan. Ternyata PASTI kawasan aku menjadi pilihan ibu-bapa yang inginkan anak² pandai bukan hanya pelajaran duniawi, namun ukhrawi juga. Cikgu² sekolah berdekatan antara yang menjadikan PASTI sebagai tempat anak² mereka mendapat didikan awal.

    Apakah sebabnya PASTI berjaya mendapat tempat dihati bukan sahaja para mustad’afin dalam jemaah PAS namun juga kepada peringkat pertengahan mahupun golongan atasan?

    Tidak lain tidak bukan kerana keringat guru² PASTI yang bersungguh² mencurahkan ilmu walaupun hanya mendapat bayaran upah yang tidak setimpal dengan apa yang diberi. Inilah kekuatan yang ada pada PASTI disamping persediaan silibus yang ternyata begitu bagus berbanding prasekolah yang lain. Pernah silibus PASTI K4T yang disediakan untuk anak² berumur 4 tahun diplagiat oleh orang-orang yg tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana para penulis dan pihak pengurusan PASTI sendiri tidak memberatkan untuk mendaftarkan hak keatas bahan terbitan tersebut. Moga ianya tidak berlaku dilain masa.

    Akhir kata buat Pengerusi PASTI Kawasan Ipoh Timor, Sdr. Ahmad Syazwan Zulkifli dan saf ahli jawatankuasanya, syabas dan tahniah aku ucapkan di atas kejayaan menganjurkan program siang tadi.

    Selamat Maju Jaya buat PASTI dari Budak Ipoh Timor.

    14112009(003)

    Design made by Mat Kaiyyoom Ent.

    14112009(002)

    Calon PRU N60 berucap

    14112009(008)

    Bukan nak kebendang nih weh…

    14112009(009)

    nak berpencak nyanyi dikir barat. tukang karut dia mmg  A++

    14112009(010)

    Dewan berantu. Kalau anda amati, ada lembaga itam sedang menangkap gambo. Seramnye

    14112009(013)

    Antara pelajar dan pemosing gambar terbaik, mana satu pilihan anda?

    14112009(016)

    kwang ajaq…siap tunjuk bontot. adik sapa la tuh. yg pasti bukan x student PASTI

    i

     
    • uma 11:43 pm on November 15, 2009 Permalink | Reply

      tahniah…wat semua.

c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel