Awas penyakit berjangkit !!!

March 11, 2010

Assalamu’alaikum.

Hari ini aku nak bawak satu kisah yang terjadi kepada seorang yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Puan X’ (bukan nama sebenar) yang memberanikan diri keluar dari tempat persembunyiannya selama ini bagi berkongsi masalah yang dideritainya sekian lama hasil jangkitan dari sejenis virus yang dibawa oleh sekumpulan pendatang tanpa izin.

Kisah penuh menyayat hati ini telah berlaku hampir 10 tahun lamanya. Namun setelah berbagai ikhtiar dilakukan, beliau akhirnya pasrah dengan ketentuan ALlah SWT terhadap dirinya.

Puan X’ (bukan nama sebenar) tampil kehadapan bagi berkongsi kisah sedihnya dengan masyarakat di luar sana agar mereka yang membaca kisah sedihnya ini lebih berhati-hati dengan kumpulan pendatang tanpa izin yang sekarang ini begitu parah melanda negara kita.

Jadi marilah kita sama-sama ikuti dan selami kisah benar seorang insan yang telah dijangkiti penyakit berbahaya kesan dari kebanjiran pendatang asing tanpa izin dinegara kita sekarang di bawah ini.

i

Assalamu’alaikum semua. Biarlah aku hanya dikenali sebagai ‘Puan X’ (bukan nama sebenar)

Dahulu hidung asalku adalah cantik. Sama seperti perempuan melayu Malaysia yang lain.

Aku begitu teruja dan berasa amat berbangga dengan kejadian indah ciptaan ALlah SWT ini.

Masakan tidak, hampir kesemua kawan mahupun lawan memuji kecantikan rupa parasku ini terutamanya hidung yang terletak elok itu.

i

Namun kesemuanya mula berubah akibat dari sikap aku yang terlalu obses dengan artis Bollywood.

Sapa yang x gemarkan artis Bollywood kan??? Pelakon perempuannya cantik lagi seksi, manakala pelakon lelakinya pula tampan dan berbadan sasa. Jangan nak kencin saya la kalau anda katakan anda tidak minatkan pelakon Bollywood.

Jap, saya nak betulkan sanggul rambut ni. Berat sangat. Maklumla rambut baru cuci kat saloon.

i

Ok kita sambung kembali…

Aku menghadiri satu program membabitkan artis Bollywood disalah sebuah pusat peranginan terkenal tanahair. Disitulah segalanya bermula …

Penonton yang ramai rata-ratanya aku anggap pendatang tanpa izin kerana mereka hanya pandai menyebut beberapa patah perkataan apabila diajak berbual.

Antara ayat yang sering keluar dari mulut penonton yang hadir sama menyaksikan pertunjukan artis Bollywood itu seperti ‘merah’,’hijau’,’lama’,’baru’,’berapa ringgit’

Jadi secara tidak langsung ianya menguatkan lagi tanggapan aku terhadap mereka

Kemuncak acara, tidak semena-mena nama aku dipanggil naik ke atas pentas utama berada bersama-sama artis Bollywood tersebut.

Antara perempuan melayu yang hadir, hanya akulah yang  berjaya naik ke atas. Yang lain kesemuanya dari bangsa lain. Masa itu aku rasakan seolah-olah roda jam telah berhenti berputar. Indahnya saat itu.

Tanpa berlengah aku cuba mengusap pipi salah seorang aktor Bollywood tersebut bagi mengetahui sejauh mana lembutnya kulit mereka itu. Sah memang lembut.

i

Aku digomol mereka, seperti lazimnya yang  mereka buat dalam amalan kebudayaan mereka. Malah aku diberi peluang berlaga kulit halus mereka itu. Aduhhhh, syoknya rasa…

i

i

i

Namun rupa-rupanya itulah saat petaka menghampiri diriku.

Keesokan harinya, hidungku mulai terasa gatal-gatal. Kulit mukaku pula mengelupas. Aku tersentak, namun cuba menenangkan diriku. Mungkin alahan cuaca sejuk di pusat peranginan tempohari barangkali.

i

Namun makin hari makin teruk alahan dimukaku ini. Hidungku paling teruk diserang alahan tersebut. Sudah berbagai-bagai ubat aku telan, termasuk air jampi bomoh handalan kampungku.

Namun kesemua itu bukannya menjadi semakin baik, tetapi lagi teruk.

Aku putus harap…

Kalaulah aku tau mereka yang menggomol aku tempohari itu membawa satu virus penyakit yang berbahaya, sumpah aku akan jauhkan diri dari mereka.

Huhu aku terasa hiba…

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

Akhirnya doktor pakar mengesahkan tisu kulit hidungku mengalami sindrom pengecutan sel.

i

Nah anda lihatlah keadaan hidungku sekarang.

Bandingkan rupa hidungku yang asal dahulu dengan rupaku sekarang ini. Makin tajam kannnn???

i

i

Namun aku tetap bersyukur. Dalam sakit ada rahmatnya.

Peristiwa tersebut membuatkan aku insaf dan bertekad untuk berubah menjadi seorang muslimah sejati.

Dengan penampilan terkini, aku terasa semakin jelita sekarang. Malah terasa seolah-olah aku berdarah campuran. Setengah darah minang dan setengah lagi darah hindustan.

Terima kasih ALlah.

Sekian terima kasih…

Yang benar

Mrs. X

(bukan nama sebenar)

i

* Kisah di atas adalah hasil imiginasi melampau penulis, dan tidak berniat untuk menghina kejadian ALlah. Hanya tujuan membongkar sifat pura-pura manusia bernama pemimpin yang berdegar² menyatakan keindahan Islam apabila tiba musimnya

i

3 Responses to “Awas penyakit berjangkit !!!”

  1. keadilan Says:

    assalamualaikum.nampak sgt la gmbr tu tipu.asl xsme je gmbr mle2 gan gmbr ke dua.nk wat cte p agak2.

    • shamsuleffendey Says:

      wa’alaikumussalam…

      apa yang x sama nye weh oi??? kesemua sumber gambar adalah dari orang yg sama. tarak edit atau modified nye. berdosssaaaa

  2. keadilan Says:

    xsme lsum..hye org y bte je ckp sme..
    da2 jgn nk ngte org..
    bdosa bsr oo


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: