sATu pANdaNGaN…

April 24, 2008

Hari nih aku nk sentuh sket pasal satu kes yang amat menarik pada pandangan mata aku sndiri. Kes yang melibatkan seorang bekas menteri berpangkat ‘Datuk Seri’ yang didakwa melakukan gangguan seksual keatas seorang pelayan wanita di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral pada 14 April 2008 yang lepas. Satu laporan polis juga telah dibuat oleh pelayan wanita tersebut yang ditemani teman lelakinya. So dah jadi kes polis la nih. Siap kuar Buletin Utama TV3 suku. Bekas menteri terbabit merupakan calon yang menang dalam PRU ke-12 yang lepas tetapi tidak dicalonkan semula untuk kerusi menteri kabinet sesi ini. Mungkin kecewa ngan keputusan itu menyebabkan dia hilang kawalan. Turut difahamkan bekas menteri tersebut merupakan kenalan yang amat rapat dengan TPM, Tuk Jib. Saspek sekarang dilaporkan berada di luar negara.

Menjadi lebih menarik apabila laporan akhbar Utusan Meloya yang aku baca arinih, menyatakan laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa telah ditarik balik atas alasan ‘missunderstanding’. Mangsa berkata dia sepatutnya telah ‘kenal’ dengan sikap bekas menteri tersebut memandangkan beliau merupakan pengunjung tetap kelab itu. Mangsa juga telah melantik seorang peguam terkenal tanahair, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang dilabelkan sebagai peguam gred A untuk menguruskan hal tersebut. Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Ghani 4 Tahil pula dalam reaksinya berhubung kejadian itu meminta orang ramai tidak terburu2 membuat laporan polis kerana jika perkara itu tidak benar, ia akan menyusahkan banyak pihak.

Menarik x kisah nih? Bagi aku kisah nih sangat menarik untuk dilihat dr persepsi masyarakat.

Pertamanya tanggapan masyarakat melihat bagaimana moral seorang pemimpin yang suka berhibur di kelab2 dimana sepatutnya sebagai seorg pemimpin @ public figure dia sepatutnya tidak menjejakkan kaki ke tempat2 trsebut. Kita lihat kenyataan mangsa trbabit yang mangatakan dia sepatutnya sudah tahu perangai saspek memandangkan saspek adalah pengunjung tetap tempat mangsa bekerja. Dari kenyataan trsebut, meraba bontot pompuan merupakan kebiasaan bagi bekas Menteri trsebut??? Apakah ini yang dimahukan oleh Bodohlah Badawi yang sering melaungkan prinsip Islam Hadhari. Jadi wajarkah arahan bossnye dipinggirkan begitu saja? Ataupun dia menganggap boss nye sndiri trlalu lemah untuk mengawal anak buah? Ahhhh org UMNO, mmg cmtu. Ape nk herankan…

Keduanya, masyarakat akan tertanya2 bagaimana mangsa boleh mendapatkan khidmat peguam bertaraf gred A untuk mewakili dirinya memandangkan umum mnegtahui gaji pelayan nih x la banyak mana (melainkan GRO). Berapa banyak cas khidmat guaman yang akan dikenakan? Adakah percuma? Mustahil percuma kerana peguam nih bukan berkhidmat dengan Biro Bantuan Guaman pn. Klu berbayar sapa lak yang akan bayar? Adakah bekas menteri terbabit yang akan membayar segala kos yang dikenakan? Ataupun mangsa telah diganggu @ diugut oleh bekas menteri tersebut untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat? Kalau benar, polis juga wajar menyiasat bekas menteri tersebut atas dakwaan menganggu saksi. Bolehkah begitu???

Ketiganya, masyarakat melihat bagaimana sikap polis yang dilihat berlengah2 dalam menjalankan sisasatan terhadap bekas menteri trsebut sedangkan pada satu kejadian yang lain, pada tarikh & tidak jauh dr tempat kejadian turut berlangsung satu acara meraikan pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenakan sekatan politik dalam program Black 14. Masyarakat melihat bagaimana bersungguhnya polis memanggil penganjur yang antaranya MB Kerajaan Selangor itu sndiri yang merupakan presiden kelab Sultan Sulaiman, tempat dimana program diadakan. Bagaimana permintaan Tan Sri Khalid agar pihak polis datang kepejabatnya untuk mengambil rekod pernyataan ditolak dan meminta beliau hadir juga memberi kenyataan di balai polis. Sehinggakan seolah2 tiasa langsung budi bicara yang boleh diguna pakai oleh pihak polis dalam kes ini. Masyarakat melihat dan menilai apakah perkara sebegini pernah berlaku pada MB2 kerajaan BN?

Keempatnya, masyarakat melihat mengapa Peguam Negara Ghani 4 tahil ni begitu sibuk untuk campur tgn dalam hal ni? Kenapa tidak dibiarkan saja polis melakukan siasatan? Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan agar org ramai tidak trburu2 membuat laporan polis? Kenapa perlu menyekat hak rakyat untuk mendapatkan keadilan? Lagipun saspek hanyalah bersifat ‘bekas menteri’, bukannya menteri. Masyarakat akan beranggapan sekiranya benar bekas menteri tersebut mmpunyai hubungan yang istimewa dengan peguam negara 4 tahil tu, amatlah malang buat rakyat marhain untuk mendapatkan keadilan. Buatla berpuluh2 suruhanjaya sekalipun, sekiranya pendakwaan terpilih tetap diamalkan, rakyat makin meluat dan x mustahil proses penukaran kerajaan akan makin cepat.

Yang teakhirnya, masyarakat melihat seolah2 ianya bertujuan memusnahkan hasrat TPM, Tuk Jib untuk menaiki singgahsana PM. Sudah cukup ramai figure2 yang rapat dengan Tuk Jib nih dikenakan tindakan atau trlibat ngan skandal. Seolah2 ianya satu perancangan yang rapi dari musuh2nya yg ramai untuk menjatuhkannya.

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkannya termasuk aku sndiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: