beRITa iPOh tIMOr

May 6, 2008

Akhirnya hajat penduduk di Parlimen Ipoh Timor untuk mendapatkan sebuah jambatan yang besar berjaya jugak dipenuhi. Jambatan di antara Kg. Temiang & Kg. Kuala Pari itu dijadikan jalan pintas oleh pengguna2 dari Taman Pengkalan Jaya, New Pasir Putih, Kg. Pasir Puteh & Kg. Sri Kinta untuk ke Mengelembu atau ke pusat bandar. Jambatan ini merintangi Sungai Kinta & Sungai Pari. Biarpun telah lama diajukan permohonan bagi pelebaran jambatan tersebut berikutan peningkatan penggunaannya sejak akhir2 ini, pihak berkuasa tempatan seolah2 bersikap menutup sebelah mata memandangkan ianya terletak dipenempatan melayu. Namun menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 baru2 ini, masalah jambatan tersebut mula kembali mendapat perhatian. Rata2 penduduk melihat ianya adalah gula-gula dari pihak kerajaan Barisan Nasional untuk menawan kembali hati penduduk2 terbabit.

Jambatan yang dahulunya mempunyai hanya satu lorong sahaja seringkali mencetuskan masalah apabila terdapat kenderaan yang memasuki kedua2 arah serentak. Ini menyebabkan berlakunya pertengkaran membabitkan pengguna jambatan tersebut. Walaupun agak terlewat, namun ianya diharapkan mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Jambatan ini dijangka siap pada akhir tahun ini insyaALLah. Bagaikan telah dirancang, ianya berjaya disediakan ketika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Perak. Mudah2an banyak lagi projek yang memberi manfaat kepada rakyat berjaya dilaksanakan oleh kerjaan Pakatan Rakyat ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: