tAHniaH DPPK IpOh TiMoR

May 8, 2008


Aduh… drama yang mendebarkan smalam telah selamat dilalui. AlhamduliLLah dengan sokongan sahabat2, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya jugak menjejakkan kaki ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Perak di Bangunan Komples Islam, Jalan Datuk Panglima Bukit Gantang Wahab untuk menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Dato’ Jamry Sury.

Debaran telah kami rasai seawal jam 2.30 ptg lagi kerana diberitahu ramai press sedang menanti kedatangan kami di sana. Sehinggakan ada press yang trsesat ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak (base kami sebelum ke JAIP) untuk bertanyakan tempat majlis serahan akan diadakan. Aku sendiri menjangkakan yang hadir hanyalah dari kalangan wartawan Harakah je.

Tepat pukul 3 petang, aku bersama KP aku Salman Saleh, Ketua Penerangan DPPK Safarizal Saleh, EXCO Pemuda Shafuad Salleh dan Pegawai IT PAS Perak Saudara Ramadhan bergerak menaiki kereta ke JAIP. Setibanya disana aku lihat Ruzaimi (EXCO) dan Shahril (S/U) dah menanti. SB dan Trafik pun ada. Haha dah mula arr ni. Darah kat muka dh x brape ade. Aku tgk yg lain steady jek, so tpaksa la blakon steady gak😛

Masuk jek pejabat Jaip, kami disuruh menunggu sebentar. Sempat gak le hilangkan rasa gemuruh didada nih. Sementara tu SB pun meraikan kehadiran kami. Macamkan dah lama kenal, bersembang selamber dek je. Sekeh kepala botak hang tu kang. Haha..

Tiba-tiba kami diberitahu bahawa Pengarah JAIP tiada dipejabat ketika itu walhal aritu PA nyer dh bagi greenlite kata Pengarah sendiri akan terima memorandum kami nih. Haha, kencin kami arr nih. X pela. Dah alang2 datang kami x kisah le nk jumpa sapa pn. Tp klu kene serah kat jaga JAIP tu kami nekad nk koyak2kan memo tu depan press jek. Cam Abg Mat buat kat SPR aritu🙂 .Tak lama kemudian Timbalan Pengarah JAIP, Mohd Yusoff Hussin menjemput kami ke bilik mesyuarat untuk menerima serahan memo kami. Klik disini untuk melihat kandungan memo.

Selepas itu kami mengadakan sidang akhbar untuk menjawab segala persoalan yang diajukan pihak press. AlhamduliLLah KP aku berjaya handle walaupun dalam keadaan berpeluh. Biasala beb, 1st time wat PC, sure ngelabahnya. Pastu kami balik ke base kami, ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak dalam keadaan puas. Puas bila berjaya melawan sifat takut dalam diri kami dan yang paling kami puas bila berjaya mengenepikan bisikan2 sumbang yang ingin melihat usaha kami ini gagal. Memang kami sendiri lihat adanya usaha sabotaj dari pihak dalaman sendiri bilamana ketiadaan wartawan Harakah untuk membuat liputan di majlis tersebut sedangkan media lain termasuklah TV3, RTM ( kedua2nya membuat liputan video), Star, NST, Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan Utusan Meloya hadir. Berita jam 6 RTM siap siarkan lagi majlis serahan memo kami tu. Nyaris saudara Ekmal Yusof, wartawan sambilan Harakah datang. Itupun atas jemputan personal, sedangkan yang dijemput ialah wartawan tetapnya. Mungkin majlis kami ini tiada nilai dimata wartawan Harakah tersebut, ataupun telah dihalang pergi oleh suara2 sumbang yang rapat dengannya. WALlahua’lam.

Klik di sini –> KOSMO, NST & Harakahdaily untuk liputan akhbar2 tempatan berkenaan majlis serahan.

Akhir kata kami harapkan apa yang dibuat ini mendapat keredhaan dari ALlah SWT memandangkan redha sahabat2 tidak kami perolehi. Buat sahabat2 yang mengutuskan ucapan semangat ataupun yang hadir tapi tidak bersama (Sdr. Daus), alhamduliLLah ribuan terima kasih kami ucapkan. Mudah2an DPPK Ipoh Timor ini akan makin kukuh berdiri dipersada politik tanahair. Buat sahabat2 yang berprejudis, mencaci, memaki dan mengatakan kami nih gila glamour, time kasih jugak diucapkan. Sekurang2nya kami buat apa yang korang x mampu nak buat. Fikir2kanlah🙂

ALlahuakbar, ALlahuakbar, ALlahuakbar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: