CatATan aRinIH

May 14, 2008

Arinih aku ke Taiping bersama Duan, bos penaziran PASTI Perak nak interview calon Tokoh Guru PASTI Negeri Perak 2008. Aku dapat sms dari dia suh datang awal ke opis. Sebagai pekerja contoh lagik penuh dedikasi, aku pun patuh arahannya tu. AlhamduliLLah awal aku sampai tadi. Jam di henpon baru menunjukkan kul 07.45 pagi. Aduhhhh awalnya.

Aku bukak kunci pintu, amik paper dilantai pintu masuk bawak ke opis aku kat atas. Baca paper dulu. Kekadang terpikir gak aku, kenapa manusia cam aku nih lebih rajin membaca paper di permulaan hari sedangkan sepatutnya aku lebih membanyakkan membaca Al-Quran. Aduhhhh mungkin jiwa aku dah lemah. Mudah²an aku nyer jiwa kacau nih kembali normal dalam sedikit masa lagik. Itulah yang aku harapkan insyaALLah..

Sambil menyelak halaman paper tu, aku sms Duan bagitau aku dah standbye kt opis. On call jek. Dia reply kata mungkin lewat sampai. Suh aku tido dulu kt opis. Cam tetau jek aku ngantok. Baru plan nk lena barang seploh minit dua, Khabib tipon kata brita pemuda kawasan aku kuar radio Perak FM. Pasal pemuda kawasan aku tu suh Tajol Rosli letak jawatan tu la. Haha. Baru kuar. Ingatkan diorg dh x amik port. KP aku pun cam tetau jek aku masuk awal. Sempat masuk opis aku nak bgtau kabar yg sama. Arif Unit Amal yang kebetulan sampai nak antar kunci pejabat yang dia pinjam smalam pun celah benda yang sama.

AlhamduliLLah reaksi positif. So Tajol Rosli dah terperangkap dengan kata²nya sendiri. Kalau turutkan desakan Pemuda Kawasan aku tu, silap² 5 tahun x leh nak bertanding pilihanraya. Mampus. Kantoi laaaa. Tu la pasal, gatai nak komen. Bagi aku antara banyak² pimpinan MT Arm No yang jahat, dia la yang paling kurang jahatnya. So pendapat aku dia patut teruskan sifat camtu. Atau masuk je PAS. Lagi bagus. Tapi itu cuma pandangan aku la. Mungkin gak dia xnak terus ilang dari arus perdana. Terpaksala buat komen bodoh camtu.

Kul 08.30 pagi Duan sampai bawah. Aku gerak ngan dia ke Tepeng terus tuju ke PASTI Al-Munir. Kompiden jek carik PASTI tu. Last² sesat larat. Terpaksa tipon Ustaz Ali, Pengerusi PASTI Tepeng mintak direction. Sempat aku sms Suhaimi, setiausaha DPPK Taiping yang juga member kamcin aku ajak turun sama ke PASTI tu. Dah alang² datang.

Dah jumpa tempat, Duan mulale interview calon guru tersebut. Puan Asmah namanya. Dah 2 tahun berturut² dia dicalonkan oleh kawasan Tepeng. Sambil tunggu Duan interview tu, Ketua Penerangan Pemuda Kawasan aku call maklumkan kat paper Sun pun dah kuar brita pemuda kawasan aku tu. Mak aihhh… Mungkin betoila tanggapan ramai pemuda kawasan aku ni ngah carik publisiti. Aku gelakkan je dengar crite dia😀

Puan Asmah

Duan interview Pn. Asmah

Abis interview Puan Asmah, Duan ajak aku ke PASTI Puan Salwa di Taman Assamara, dalam kawasan Tepeng gak. Dia nak maklumkan Puan Salwa tu yang dia terpilih dalam senarai shortlist Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2008. So si Duan ni nk mintak dia standbye le ngan jawapan yang ditanya nanti. Tujuan lain nak tau jalan kesana coz nanti Duan yang kena jadi jurupandu wakil penaziran PASTI Pusat. Nyaris Suhaimi yang bawakkan kami kesana. Kalau x, sesat larat lagik laaaaaa…

Duan menginterview Puan Salwa

Abis sesi mengenal jalan tu, ‘kume’ dibawa Suhaimi ke Restoran Kanji Arab di Medan Selera Taiping, berhadapan dengan kem jurutera askar dan bersebelahan ngan Hospital Taiping. Aku rasa menu restoran tu jek leh wat aku muntah. Mana idaknya. 10 keping manila kad bersusun. Last² Duan pesan air Tok Guru ais dan aku order ais the candu. Haha 1st. time jumpa ais ni maaa. Better try. Kot ok nanti leh ngulang. Makan kame berdua order Nasi Goreng Ayam Blek Pepper. Suhaimi yang ‘payung’, so order je la.

suhaimi dengan posing macho

Pas abis makan suma, ‘kume’ mintak diri dan ucapkan trima kasih kat Suhaimi atas layanan baiknye tu. InsyaALlah mudah²an Allah murahkan rezkinya dan cepat dapat jodoh. Haha, rahsia aku dengannya…😀

Sampai Ipoh balik kul 2. Singgah Masjid Aulia’ solat Zohor. Duan buat jamak jek. Then dia ajak pegi kedai buat hadiah. Setel suma dia antar aku balik ke opis. AlhamduliLLah perjalanan slamat pergi dan pulang. Mmm pasnih x tau nak buat ape lak. Malam kang ada game hoki Piala Sultan Azlan Shah kat stadium. Malaysia lawan Kanada. Aritu main ngan Argentina teruk kena belasah 5-0. Sakit hati jek pegi. Mm tengok kang camne. Kalau Bro. Ramadhan ajak, dan kalau mood aku ok, aku pegi la. Tapi aku rasa kompom balik awalnya coz malam ni ade meeting kat opis nih. Larikkkkkkk😉

****************************************************************************************

* esok aku update lawatan Tokoh Guru ke Pasir Salak lak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: