paSiR SaLaK…

May 15, 2008

Pagi ni aku kena pegi Pasir Salak lak. Cam biasa menemankan Duan buat lawatan untuk pemilihan Tokoh Guru PASTI Perak. Aku parking motor kat medan selera Medan Kidd. Amik bas ke Kampar. Turun kat simpang Kuala Dipang – Malim Nawar, Duan dah tunggu. Ikut dia balik umah dulu coz dia baru abis keje shift malam. Muka pun sememeh je. Tunggu dia ngan anak dia mandi jap baru gerak. Jam baru kul 08.30 pagi. Awal lagi. Isi perut dulu la. Aku pun lum sarapan lagi ni.

pengalaman ngeri menaiki bas ipoh-kampar

Kali ni kume berdua akan interview sorang lagi calon, Puan Faridah Bt. Dawam. Aku panggil Kak Dah je. Lokasi PASTInya di Kg. Gajah, Pasir Salak. Aku rasa cam dah jadi rutin je bila kuar ngan si Duan nih mesti sesat. Terpaksala Kak Dah nih datang amik. Terok la mamat ni nyer memori. Nanti aku suggest kat Hj. Rosli upgradekan ke 4G.

Duan & Duan Jr. berposing di depan PASTI Nurul Iman

Sampai jek cam biasa, Duan pun interview Kak Dah ni. Ntah nape guru² PASTI nih bila kena tanya soklan mesti gabra. Benda yang mudah jadi sukar. Sama la ngan Kak Dah ni walaupun dia nih orang lama.

wajah gabra Kak Dah terlindung dibalik niqob

Aku lak sempat bersembang ngan Puan Rokiah dari PASTI Husna. Hebat orangnya. Jangan terkejut kalau dia leh bersembang pasal blog & ICT ngan aku. Pehhhh…kalau suma guru PASTI camni, mau tutup KEMAS tu. Kalau nak try tengok blog dia klik disini –> PASTI HUSNA

cikgu Rokiah dan anaknya. Jeles tengok kamera dia tuh

Kat PASTI Nurul Iman tu jugak ade satu lagi benda menarik. Ader sorang guru tu merupakan murid kepada Kak Dah ni. Rubi’atul namanya. Dari belajar, skang ni dah ngaja situ lak. Memang special tul. Kesinambungan yang baik 😉

Kak Dah ngan bekas anak muridnya. Skang nih dah jadi guru kat situ

So sebelum balik cam biasa si Duan ni pegi melawat bilik air. Habit dia dari dulu. X leh nak watpe la. Kume sampai Malim Nawar dalam kul 12 tghari. Duan ajak minum air kelapa dulu, tapi aku minum air tebu. X minat sangat air kelapa. Kebetulan datang le bakal ketua kampung Malim Nawar nih join kami.

nyam² air tebu yang lazat

bakal ketua kampung Malim Nawar

Pas setel suma, Duan antar aku kat bus stand. 15 minit tunggu, alhamduliLLah bas sampai. Sampai ipoh elok² azan Zohor. Aku amik motor terus g opis.

Tugasan bersambung esok. Kali ni ke Tambun. Tunggguuuuuuuuuuuuu 😛

4 Responses to “paSiR SaLaK…”

  1. Elween Says:

    Hello…nak cuba tanya skjap. Kalau nak naik bus pergi Pasir Salak, kena pergi malim nawar ker? maksudnya dekat kampar tidak ada us terus pergi pasir salak?

    Encik boleh email saya di funn20@yahoo.com. Terima Kasih atas maklumat yang dibekalkan.

  2. budak ipoh timor Says:

    Ntah… teman bukannye naik bas ke pasir salak pun aritu. teman nyinggah kampar. pastu kawan teman bawakkan teman ke sana. rasanya naik bas ke teluk anson terus pun boleh kot 😛

  3. Elween Says:

    Yes, terima kasih atas information yang saudara berkongsi, dapat kami mengalami satu pengalaman yang cukup bermakna 🙂


Leave a comment