KejuTAn oH kEJutaN

May 20, 2008

Semalam bukan team bolasepak Pemuda Kawasan aku jek mendapat kejutan tetapi Malaysia pun menerima keadaan yang sama bila Che Det mengumumkan perletakan jawatannya. Berita yang aku dengar di Buletin 1.30 tv3 suku tu membuatkan hati aku berada dalam keadaan tak tentu arah. Mungkin juga ianya memberikan kesan yang amat mendalam pada emosi pemuda² kawasan aku tu sehinggakan dengan rela hati menghadiahkan 6 biji gol kepada pasukan Pemuda Gopeng tu. Aduhhhh teringat aku ketika pasukan Jerman mengalahkan Arab Saudi 8-0 di Piala Dunia 2002 sehinggakan ketua kerajaannya masa itu Canselor Helmut Kohl terpaksa menulis surat memohon maaf kepada Al-Malik Fahd. Begitu besarnya kuasa dagangan dunia itu. Aku pun harap Ketua Pemuda Gopeng, Radzi Zainon tu buat benda yang sama pada Ketua Pemuda aku. Haha…😀

wajah2 ceria team Pemuda Ipoh Timor sebelum sepak mula

Sedikit ulasan yang aku nak coretkan ketika perlawanan persahabatan semalam, yang diadakan di Padang Rakyat Taman Seri Raia, Gopeng. Dimulai dengan solat Asar berjemaah, di sebelah padang permainan, disusuli tazkirah dari kedua-dua pimpinan Pemuda Kawasan. Sedari awal aku lihat kekuatan kedua² pasukan agak setara. Jika diorang menggayakan jersi bola baru, team aku pun apa kurangnya. Cuma kelewatan jersi yang sampai mungkin memberi kesan psikologi pemuda kawasan aku tu. Lepas tazkirah, kesemua pemain dan penonton dihidangkan dengan makanan petang, bihun goreng bersama air teh tarik. Aduh perang saraf lagi. Aku mengambil inisiatif membisikkan kepada pemain² aku usah terpedaya dengan mainan saraf Gopeng ni, tetapi ianya tidak memberikan kesan langsung kepada mereka. Benarlah seperti kisah Hadis Nabi andai ketika ingin memulakan solat dan pada masa yang sama ada hidangan yang sudah terhidang, maka kita boleh menjamah makanan itu dahulu kerana ditakuti akan hilang kekhusyukkan solat itu. Maka mengambil dari mafhum hadis tersebut, pemuda kawasan aku pun makan la tanpa segan silunya. Hancusssss…

pemain ngah meregangkan orat dawai memasing

Kesebelasan utama pemuda aku ketika itu ialah Hamdani (penjaga gol), Shahril, Aku, Zul PUO, sorang budak TC yang aku lupa namanya (pertahanan), Padhil, Ijat & HizbuLLah (kawan Zul PUO) (tengah), Ust. Kamal Al-Kintari, Roslan & Yop di posisi penyerang. Sebaik wisel ditiup, pemuda kawasan aku dengan gagahnya menyerang. Bagaikan singa lapar yang nak membaham mangsa, serangan bertali arus dilancarkan. Peluang yang terhidang didepan pintu gol cukup banyak, tetapi disia-siakan oleh Ust. Kamal Al-Kintari. Mungkin sebab dia dah mengasingkan diri dari jemaah maka ALlah menangguhkan usaha kemenangan team aku. WALlahua’lam…🙂

kapten pasukan sedang mencongak strategi yang bakal diguna

Sedang sibuk menyerang tiba-tiba pasukan aku dikejutkan dengan jaringan gol oleh Pemuda Gopeng. Hampeh betul penjaga garisan ni. Boleh biar macam tu je. Laaaa Jamil yang jadi penjaga garisan. Padan la pun. Nak berjalan pun x larat, ni kan nak suruh berlari. Mungkin juga disebabkan terlalu berlumba² mengejar ghanimah didepan mata, sehingga meninggalkan kubu yang patut dikawal, bisik seorang ustaz jadian dalam team aku.

Tapi keadaan itu tidaklah berpanjangan. Team aku kembali menyusun saf yang lebih teratur. Hasilnya Ust. Kamal Al-Kintari berjaya jaringkan gol yang dicari² tu. Mungkin dia dah istighfar insaf kot, kata sorang lagi ustaz jelmaan dalam team aku tu. Aku senyum je. Iyakan pun idak, idakkkan pun idak. Neutral. Pertengahan permainan Zul PUO diganti dengan Yop Halim (abg. ipar aku). Separuh masa berakhir dengan keputusan seri.

Masuk separuh masa kedua, berlaku banyak pertukaran pemain. Maklumla pemain team aku tu hanya ada kudrat separuh masa je. Kalau tambah lagi separuh masa, mau mengelupur tengah padang kang. Hampir separuh pemain yang fresh masuk. Aku pun sama bagi laluan pada pemain lain merasa. Antaranya Ad, Rahmat, Salman KP aku, Jamil (cam jaga padang jek main), Ruzaimi, Ust. Faizal, Amy dan Bukhari. Penjaga garisan telah digantikan dengan Roslan. Akibatnya, permainan menjadi caca marba kerana hampir separuh pemain yang masuk tu tak reti main. Dengan ayat lebih tersusun, kaki bangku. Haha aku ingatkan boleh la jaringkan lebih banyak gol. Tapi last² team aku yang kena bolos lagi 3 biji. Hasil dari bermain dengan x pakai glove tangan, jari penjaga gol team aku tercedera. Roslan dipanggil menggantikan tempat tu. Belum sampai seminit dia ganti, dah kena lagi sebijik. Aduhhhhh baru aku tau dia tu rabun dekat. Padan la. Nyaris si At yang persis Ronaldinho time menguap tu berjaya jaringkan gol tambahan. Keputusan akhir 6-2. AlhamduliLLah strategi awal team aku untuk tidak kalah 7 gol berjaya juga akhirnya. Itupun dikira satu kejayaan juga kan?😛

Akhir sekali selepas bersalam²an dengan para pemain, kami pun pulang dengan penuh kepuasan dan keletihan. Aku cuba nak mintak tukar jersi dengan KP Gopeng tu, tapi dijeling oleh KP aku pulak. Faham la maknanya tu. Terus x teruskan niat tu. Haha…

Analisis yang aku dapat buat hasil dari kekalahan team aku semalam ialah :-

1. Kemungkinan doa ‘Arab yang dibaca oleh imam Ust. Shazan (orang Gopeng) yang memasukkan doa agar team aku kalah. Aku agak la sebab aku x faham doa ‘Arab ni.

2. Kemungkinan wujudnya unsur² mistik. Mungkin bihun dan teh tarik itu telah dijampi awal supaya player team aku tidak bersemangat atau menjadi pemurah. Who know???

3. Keadaan padang yang amat teruk sehinggakan hampir 5-6 kali aku tertendang bungkusan berupa tahi lembu. Mungkin disebabkan konsentrasi pasukan aku lebih dari mengelak bungkusan tersebut dari menendang bola.

4. Berjayanya perang saraf yang dilakukan oleh KP Gopeng yang memulakan perlawanan dengan puji²an pada player aku tu. Untuk makluman player aku ni memang pantang dipuji. Habis lupa diri.

5. Kesan silau baju pemuda Gopeng pakai tu menyebabkan team aku hilang tumpuan. Kaler nya amat striking.

6. Tiadanya piala ataupun medal buat hadiah pertandingan. Sudah menjadi kebiasaan team aku kalau main nakkan hadiah. Bukanlah bermaksud pemuda kawasan aku tu berjiwa ‘madiyyah’ tetapi hadiah itu aku anggap sebagai pembakar semangat.

7. Penjaga garisan yang ada masalah gatal ketiak. Asal team aku serang je dia angkat tangan.

8. Adanya arahan lisan dari pihak atasan agar jersi baru team aku tu tidak dikotorkan.


Kalau ada tambahan lain akan aku masukkan kemudian. Sekian Gopi melaporkan dari Padang Rakyat, Taman Seri Raia, Gopeng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: