miNYak nAIk @ nAIk miNYak

June 3, 2008

Maaf sedikit kelewatan untuk update blog ini kerana agak kesibukan sedikit dimasa cuti skolah nih. Banyak sangat program yang nak dipenuhi. Maklumla orang penting. Kih Kih Kihhhh…

Arinih aku agak tertarik ngan berita terkini lagi sensasi dari kerajaan Pak Lah.

Brita mengenai HARGA MINYAK AKAN NAIK OKTOBER INI

Aduhhhhhhh… penin la nak pikir. Antara ayat popular yang selalu didendangkan, “rakyat kena tukar gaya hidup”, “berjimat cermat dalam berbelanja” or whatevala. Aku rasa kalau orang tua nih depan muka aku, mau je aku ludah mukanya. Bior tersedar dari tidonye tu.

Bagi aku rakyat ni dah terlalu banyak berkorban, baik untuk kepentingan sendiri mahupun kepentingan kerajaan. Berapa banyak lagi nak kena berkorban? Sampai kene makan siput babi ke? Camtu pengorbanan yang kerajaan mintak dari rakyatnya???

Agak-agak korang, sesuaike saranan dia tu? Kenapa tuju kat rakyat je? Pada pemimpin-pemimpin kerajaan cmne? Yang menguruskan duit rakyat lak camne?

Kalau korang xde masalah hilang ingatan, cuba kita rewind balik kisah Piala CYC yang telah dibatalkan oleh FAM aritu. Telah diberitakan sejumlah RM 8 juta klu x silap aku telah dibayar sebagai pendahuluan dari RM 16 juta yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi kejohanan tersebut. Malangnya sesenang hati kejohanan tersebut dibatalkan sedangkan RM 8 juta telah dibayar. Haduhhhh hangatnya hati.

Cuba korang fikir, duit RM 8 juta tu duit sapa? Duit Presiden FAM tu ke? Atau duit bapak si Dafi Duck tu? Ataupun duit rakyat???

Kalaulah duit rakyat, kenapa senang-senang je diorang bagi kat Mat Saleh tu RM 8juta???

Sikit ke RM 8 juta tu???

Aku sempat tengok buletin sukan TV3 malam tadi. Bapak si Dafi Duck nih kata Kementerian Belia dan Sukan telah mengarahkan pejabat Peguam Negara meneliti kandungan perjanjian untuk mengelakkan kekalahan?

BARU NAK SEMAK PERJANJIANNNNNN????

Haha… haru betoi. Kalau pihak peguam Negara dah masuk campur, aku rasa korang jangan harapla nak menang. Aku jamin kes ni akan kalah. Kompomla.

Kalaula Ghani 4 tahil berlawan ngan loyer-loyer Mesia nih aku kompiden gak la dia leh menang. Tapi kalau ngan loyer Mat Saleh nih…haha pakai serah je la duit tuh. Xyah buang masa nak berlakon la. Ni baru betoi leh kata jaguh kampong. Kah kah kah😀

Kenapa aku kata diorang ni berlakon???

Xkan korang dah lupa kes Pulau Batu Putih aritu? Sampai berputih biji mata. Memula serahkan Singapura. Pastu serahkan Pulau Batu Putih. Pasni ntah-ntah Johor pun diorang nak serahkan. Sedangkan kalau korang alert benda-brnda berkaitan kes Pulau Batu Putih ni, awal-awal lagi kita dah dibagitau peluang untuk menang adalah tipis. Siap keluar kenyataan, jangan terkejut kalau keputusannya tidak berpihak kepada kita. Ape maknanya tu? Suh kita jangan terlalu menaruh harapan la nak menang. Xkan itupun nak kena bagitau ke. Pepaham sendiri dah le.

So kesimpulan yang aku dapat buat, bila setiap kali ade masalah pada kerajaan, yang kena pikul sudah semestinya rakyat. Tapi bila ada sumber kekayaan, serahkan pada Pak Lah & Co.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: