PeSANaN bUAt yAng LupA

June 3, 2008

Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir ath-Thabari, demikian juga riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterima dari Ibnu Abbas; “Sedang Rasulullah menghadapi beberapa orang terkemuka Quraisy, yaitu ‘Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud memberi keterangan kepada mereka tentang hakikat Islam agar mereka sudi beriman, di waktu itu masuklah seorang laki-laki buta, yang dikenal namanya dengan Abdullah bin Ummi Maktum. Dia masuk ke dalam majlis dengan tangan meraba-raba. Sejenak sedang Rasulullah terhenti bicara orang buta itu memohon kepada Nabi agar diajarkan kepadanya beberapa ayat al-Quran. Mungkin oleh karena terganggu sedang menghadapi pemuka-pemuka itu, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum itu, sehingga perkataannya itu seakan-akan tidak beliau dengarkan dan beliau terus juga menghadapi pemuka-pemuka Quraisy tersebut.

Setelah selesai semuanya itu dan beliau akan mulai kembali kepada ahlinya turunlah ayat ini; “Dia bermuka masam dan berpaling.”

Setelah ayat itu turun sedarlah Rasulullah s.a.w. akan kekhilafannya itu. Lalu segera beliau hadapilah Ibnu Ummi Maktum dan beliau perkenankan apa yang dia minta dan dia pun menjadi seorang yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Di mana saja bertemu dengan Ibnu Ummi Maktum beliau menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang beliau katakan; “Hai orang yang telah menjadi sebab satu kumpulan ayat turun dari langit kepadaku.”

Kisah tersebut memang antara banyak kisah² dalam Al-Quran Al-Karim yang menarik minat aku. Disebabkan itulah aku sekadar ingin berkongsi dengan sahabat² sekelian kisah yang dapat aku kaitkan dari pengajaran ayat tersebut.

Pada 25 Mei 2008 yang lepas, PASTI Perak telah mengadakan sambutan Majlis Konvokesyen & Hari Guru PASTI Perak 2008. Sambutan yang diadakan di Dewan Saidina Abu Bakr Al-Siddiq, Institut Tadbiran Islam itu amat meriah. Maklumlah perasminya diwar-warkan oleh YAB MB Perak sendiri. Setelah sekian lama duduk dibawah pemerintahan BN, tanpa sedikit pun mendapat layanan yang sepatutnya, kini guru-guru PASTI Perak merasakan inilah saatnya, setelah pemerintahan kerajaan negeri bertukar parti, yang MB nya dari parti PAS memungkinkan pengorbanan mereka selama ini diberikan penghargaan yang sewajarnya. Aku sendiri turut gembira sekiranya ianya menjadi kenyataan. Bayangkanlah masih ada dikalangan guru² PASTI itu sendiri yang masih mendapat elaun mengajar di bawah RM 100. Agak² korang sanggupkah kalau ianya berlaku pada diri korang @ keluarga @ kenalan korang???

Secara jujur aku sendiri tidak sanggup. Jadi apa sangatlah mereka ini, yang melapangkan masa, mengorbankan suara, menginfaqkan harta untuk mendidik anak² kecil mengenal sang Penciptanya diraikan oleh MB Perak yang baru ini. Bukalah selalu mereka² ini minta diraikan. Setahun sekali. Lagipun mereka ini bukanlah kesemuanya yang aktif memegang jawatan didalam parti. Kalau begitu lagaknya, mungkin juga peluang untuk mereka bertemu pimpinan seperti MB ini amat cerah. Sepertimana 30 AJK PAS Kawasan yang diraikan di kediaman rasmi MB dalam program taklimat isu semasa tempohari.

Seperti biasa, surat permohonan telah diajukan kepada MB melalui setiausaha politiknya. AlhamduliLLah jawapan awalnya amat mengembirakan. Tetapi malangnya seminggu lagi program hendak berlangsung, diberitahu bahawa MB tidak dapat bersama. EXCO Agama diminta mengantikannya. Ada urusan lebih mustahak kata jawapan dalam surat tersebut. Aduh, korang bayangkanlah sekiranya guru² tersebut tahu lebih awal ketidakhadiran MB ni? Mestilah hampa. Nak minta raikan skali skala pun x leh. Mungkin kami tidak penting mana, sepertimana pentingnya pelabur² besar yang menjanjikan kemewahan negeri Perak itu. Mungkin juga terdetik ucapan sedemikian dalam hati² mereka. Mana kita taukan. Kalau mereka, guru² PASTI ini tidak mengharapkan kehadiran MB, masakan kehadiran sambutan kali ini diluar dugaan? Hinggakan kesemua kawasan menghantar guru² nya, satu perkara yang jarang² berlaku sebelum ini?

Jadi, disini la yang aku nampak sesuai sangat ayat berkenaan kisah ‘AbduLLah ibnu Ummi Maktum ni. Kerana terkejar² meraikan orang besar, hinggakan orang yang berjasa dalam memberikan kemenangan parti diabaikan. Aku harap ianya dijadikan muhasabah buat pimpinan dan juga buat korang yang membaca. Mudah²an kita tidak dilekakan oleh Allah dengan kemenangan yang sekumin (bak kata MB) ini.

Ada juga aku terdengar kata² sinis sahabat bila aku membangkitkan perkara ni. Kata diorang bagilah MB berehat skit. Asal ada program je panggil MB. Program x penting pun nak panggil MB (mungkin seperti Hari Guru PASTI).

Janganlah nanti sehingga satu ketika rakyat sendiri yang merehatkan MB dengan menukar kembali pemerintahan negeri Perak ini. NaudzubiLLah mohon dijauhkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: