aKHiRnyA nAIk jUA

June 5, 2008

Setelah pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Dolah, kini sifat ‘mulia’ cucu ulamak itu telah menjadi ikutan anak-anak buahnya. Kita masih tidak lupa tentang pembohongan Dolah sewaktu menjawab soalan wartawan mengenai tarikh kemungkinan pilihanraya umum ke-12 kan diadakan. Begitu jugalah halnya dengan situasi mengumumkan kemungkinan harga minyak diesel dan petrol dinaikkan oleh Shahril Samad. Mulanya dia membayangkan harga bahan bakar tersebut akan naik dalam sekitar bulan Ogos nanti, tetapi mulai tgh malam tadi, ianya telah dinaikkan pada kadar 78 sen hingga rm 1 seliter. Memang terbukti pemimpin zaman Dolah ini sememangnya bersifat munafik. Jadi pasni, jangan marah sekiranya rakyat semakin tidak mempercayai kepimpinan cucu ulamak ini.

Dengan beban kenaikan bahan asas, harga baru minyak ini juga bakal menambahkan keributan pengurusan kewangan rakyat marhain seperti aku ni. Sedihnya bila mengenangkan kemana gaji kecil ini akan dibelanjakan. Sudah tentulah kesannya akan lebih dirasai oleh mereka yang bekeluarga besar. Satu yang pasti pada aku, harga barangan akan meningkat dengan drastiknya. Kompom …

Aku doakan cepatlah perubahan tampuk pemerintahan negara aku ni berlaku. Mudah-mudahan peralihan kuasa nanti bakal mengembalikan kehidupan yang sentosa kepada rakyat keseluruhannya InsyaALlah.

Kepada individu yang asyik keluar tv dan akhbar dengan kisah laporan polis keatas kerajaan Pakatan Rakyat kerana gagal untuk menunaikan janji manifesto sewaktu pilihanraya yang lepas, inilah masanya untuk sekali lagi ke balai-balai polis berdekatan membuat lagi laporan kegagalan kerajaan BN menunaikan manifesto pilihanrayanya Selamat, Aman & Makmurnya itu.

Buat Abg. Mat yang kalah di Kuala Terengganu tempoh hari, inilah masanya untuk kita bersama-sama kembali menuju ke medan demonstrasi. Kalau yang dahulunya berani berdemo tetapi sekarang menjadi penikus, mungkin mereka terlalu memikirkan kuasa yang yang sementara itu. Tapi jika kuasa rakyat sudah bangkit, apalagi kuasa yang dapat menahannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: