MakiN kACaU biLaU

June 11, 2008

Tindakan hanya kaburi mata rakyat: Ghapur

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, menyifatkan tindakan memotong elaun keraian anggota Kabinet sebanyak 10 peratus sebagai tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah negara sudah ‘bankrap’.

Malah, beliau mendakwa tindakan itu sekadar ingin mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan juga bertindak mengurangkan perbelanjaan.

“Bagaimanapun, tindakan ini belum tentu dapat menampung kos kenaikan harga minyak dan barang yang naik mendadak kerana rakyat berpendapatan rendah tetap menghadapi kesukaran.

“Kita juga keliru mengapa baru sekarang Kerajaan Pusat melakukan tindakan pemotongan elaun keraian sedangkan kenaikan harga minyak sudah lama berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah pemotongan elaun keraian jemaah Kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Julai ini.

Abdul Ghapur yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata, kerajaan sepatutnya mencari mekanisme khusus bagi menangani pelbagai masalah berikutan kenaikan harga minyak.

“Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan yang berupaya membantu rakyat kerana kerajaan bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dan menstabilkan ekonomi negara tanpa membebankan rakyat,” katanya.

beritanya klik –> disini

*********

Pagi ni sambil selak² paper Berita Harian, aku tertarik untuk membaca satu berita yang seolah² memberi satu petunjuk yang makin jelas berkenaan peralihan kerajaan yang diwar²kan akan berlaku dalam bulan September ini. Ianya ditambah lagi dengan perakuan dari Shahril Samad dalam rancangan di Tv1 semalam. Walaupun dilihat menyindir Salahuddin Ayub, tetapi isu peralihan kerajaan itu kelihatan agak realistik untuk terus diperkatakan.

Haha… Pak Lah, makin panaslah bontot ko. Orang ko sendiri pun dah x takut nak nyatakan pandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: