sYAbaS

June 13, 2008

AlhamduliLlah, himpunan protes yang dirancang arinih berjaya mencapai matlamatnya. Biarpun pelan asal untuk berarak ke KLCC tidak berjaya berikutan jalan menuju kesana ditutup pihak polis, namun rakyat yang menyertai himpunan ini tetap meneruskannya dari masjid Kg. Baru menuju ke arah Jalan TAR, Kompleks Pertama & SOGO sebelum berakhir di Pej Agung PAS Pusat. Aku tidak dapat menyertai himpunan kali ini. Sekalung tahniah aku ucapkan buat semua yang menyertainya. Lawan tetap lawannnnn…

Berita berkaitan di Tranungkite, Berita Harian & Malaysiakini

SanTaI…

June 13, 2008

salah satu situasi ketika pemuda kawasan aku berusrah

AlhamduliLLah semalam seperti biasa, rutin pemuda kawasan aku berusrah si Markaz PAS Kawasan, taman Shatin. Program yg sepatutnya bermula selepas solat maghrib menjadi agak lewat disebabkan keuzuran S/u untuk membuka pintu markaz. Satu jawatan yang berat pada pandangan aku, sementelah pula dia duduk agak jauh dari situ. Selalunya dialah yang akan membukanya. Kali ni dia x dapat hadir sbb anaknya kene tahan wad. Sakit kuat katanya. Besar pengorbanannya tu.

Aku xda kunci. So kekdg (slalu) aku mmg melewatkan sedikit kehadiran supaya bila sampai je pintu sudah dibuka. Xdala kena tunggu diluar. Keadaan diluar bagi aku agak menyeramkan. Maklumla kawasan disitu kebanyakannya dihuni oleh warga emas. Dah tentu bergelap awal. Ditambah pulak dengan tumbuhnya rimbunan buluh. Lagi menambahkan keseraman persekitaran disitu. Iskkkkkk…klula bukan sebab program wajib, pikir 5-6 kali juga nak hadir. Hehe… Read the rest of this entry »

sAnTApaN jIWa

June 13, 2008

Pilot peluk Islam setelah bawa jenazah ulama’ dilindungi awan

Oleh husamjr

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Read the rest of this entry »

June 13, 2008