SanTaI…

June 13, 2008

salah satu situasi ketika pemuda kawasan aku berusrah

AlhamduliLLah semalam seperti biasa, rutin pemuda kawasan aku berusrah si Markaz PAS Kawasan, taman Shatin. Program yg sepatutnya bermula selepas solat maghrib menjadi agak lewat disebabkan keuzuran S/u untuk membuka pintu markaz. Satu jawatan yang berat pada pandangan aku, sementelah pula dia duduk agak jauh dari situ. Selalunya dialah yang akan membukanya. Kali ni dia x dapat hadir sbb anaknya kene tahan wad. Sakit kuat katanya. Besar pengorbanannya tu.

Aku xda kunci. So kekdg (slalu) aku mmg melewatkan sedikit kehadiran supaya bila sampai je pintu sudah dibuka. Xdala kena tunggu diluar. Keadaan diluar bagi aku agak menyeramkan. Maklumla kawasan disitu kebanyakannya dihuni oleh warga emas. Dah tentu bergelap awal. Ditambah pulak dengan tumbuhnya rimbunan buluh. Lagi menambahkan keseraman persekitaran disitu. Iskkkkkk…klula bukan sebab program wajib, pikir 5-6 kali juga nak hadir. Hehe…

Sampai je, Firdaus dah sedia menanti. AlhamduliLLah kurang skit takut aku. Aku rasa dia lagi takut dari aku coz time aku sampai dia nye muka semcm je. Tengok je muka aku terus senyum meleret. Haha 2×5 je nampak gayanya. Sementara menanti kehadiran yang lain, kitaorang berdua layan brita dulu. Kena amik tau isu terkini dalam negara kita nih. Kang leh masuk dalam usrah.

Pastu Roslan datang, diikuti Salman, Ust. Rahmat. Amik wudhu’ solat Isya’ jemaah dulu. Kemudian Ust. Yop dtg. Kira dah cukup korum. Usrah pu dimulai dengan bacaan Al-Quran diikuti penerangan berkaitan ayat yg. dibaca. Sampai plak Ruzaimi ngan Wan. Pasu sambung ngan buku ‘Penyakit Umat Islam’. Ust. Rahmat jadi naqib malam tu. Kupasan masih lagi berkisar tentang penyakit yang ke-3, Isti’jal iaitu Cara Mengubatinya. Tengah sedap mengupas, Ust. Faisal dan Zul sampai. Siap bawak isterinya yang menghitung hari je nak melahirkan anak. Tabik aku kat Ust. Faisal ni. Kalau aku, mungkin lum ada kemampuan untuk berbuat sebegitu. AlhamduliLLah mudah²an perbuatannya boleh dijadikan contoh buat sahabat² yang lain.

walaupun paling tua, tapi melayani pemuda bagaikan anak sendiri

Sampai ke pengakhiran majlis, datang Nasa. Aku pun trkejut tgk dia dtg. AlhamduliLLah mau gak dia dtg usrah. Sebelum ni liat sungguh. Jenuh panggil x nak dtg². Sembang nye sembang, upernye dia dtg nk jemput ust. Rahmat jadi ghostbuster. Ada kawannya diganggu makhluk x nampak.

Haha. Padanla dia dtg. Abis je majlis, Ust. Rahmat offer sapa lagi yang nak ikut dia jadi ghostbuster. Suma senyap. Ampeh, takut ar tu (termasukla aku). Roslan je sanggup ikut. Aku cakap nak tgu kedai E je. Ape² hal emergency baru panggil. Dalam 15 mnt. lepak kat kedai E, misi ghostbuster diorg berakhir. AlhamduliLLah sumanya slamat. Pastu memasing pakat bukak citer makhluk x nampak ni. Haha lantak korang. Sampaila ke pukul 1 pagi baru suma mengumbas.

Abg E & Kak Noli

Kesimpulan yg aku dapat, bila jiwa kita lemah bawaklah berjumpa ngan sahabat² sefikrah kita nih. InsyaALlah dari situ timbul kembali kekuatan dalam jiwa ni. Sbbnya sebelum nak dtg usrah ni pn aku lemah semcm je nak hadir. Mcm² benda datang dalam fikiran. yang banyaknya hasutan usah pegi la. Tapi bila dah hadir, dah bertemu muka sahabat², alhamduliLLah sumanya kembali ok. Ukhuwah makin bertambah rapat.

Moral of da story, rajin²la hadir program ilmu nih. Banyak manfaatnya…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: