haYun tOk GuRu…

June 24, 2008

dr maza

Mufti Perlis wajar sertai parti politik – Nik Aziz

23-06-2008 09:42:36 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar menyertai parti politik bagi meluaskan dakwah dan syiar Islam.

Demikian komen beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd Asri semalam bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik.

Nik Aziz berkata, kemungkinan Mohd. Asri tidak mahu menyertai politik kerana larangan terhadap pegawai kerajaan bergiat aktif dalam politik.

Katanya usaha dakwah Islam kepada masyarakat tanpa sokongan politik tidak akan berkesan.

“Untuk jalankan sistem Islam, kita mesti ada parti, mesti ada kerajaan. Parti diibaratkan sebagai jentera untuk kita laksanakan hukum Islam,” kata beliau selepas merasmikan cawangan ArRahn di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata untuk melaksanakan hukum Islam beliau memerlukan sokongan daripada parti politik atau kerajaan yang menyokong pelaksanaan Islam.

“Jadi mahu tidak mahu, kita perlu ada parti dan kerajaan untuk mengembangkan syiar Islam,” katanya yang juga Mursyidul Am Pas Pusat.

Menurut beliau, jika hanya menyuruh berbuat baik dan melarang pekara mungkar
tetapi tidak mempunyai kuasa diibaratkan “omong kedai kopi semata-mata.”

“Tanpa kuasa tiada siapa mahu menerima apa yang kita perkatakan. Ia diibaratkan omong kedai kopi semata-mata,” katanya.

Semalam Mohd Asri menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

*****

Disinilah kebijaksanaan Tok Guru aku dalam memulangkan hujahan Dr. Maza ketika ditanya keberangkalian dia sudah menjadi ahli PKR kelmarin. Memang betul apa yang Tok Guru cakap, kalau sekadar bercakap tanpa kuasa, seolah² kita bercakap dikedai kopi. Setakat nampak gah dalam sembang, tapi hasilnya x leh dibawa kemana. Apa tunggu lagi Dr. Maza, ayuh bersama² sertai perjuangan menegakkan kebenaran ni. Jgn nanti menyesal kerana berlengah² untuk menyertainya.

One Response to “haYun tOk GuRu…”

  1. aku Says:

    Amacam yop, menang ke kelmarin bola, dengar cite kena belasah 10-0, x kan camtu kot, lim kit siang x bagi peruntukan ke?. Sapa johan, x kan tuan rumah kot, ngelat la… asyik tuan rumah aje…
    Tahniah la bakal jadi bapa… jaga bini elok2… Teruskan usaha perbaiki pasti perak tu, kemas kini data x siap2 lagi ke? dengar cite ada data base dah…. keje sape nak siapkan database tu, bukan SUK ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: