kELiRu…
June 24, 2008
Tarikh Protes Sejuta Rakyat terus mengalami pindaan. Sebelum ini ianya dijadualkan pada 12 Julai tetapi dipinda ke 5 Julai. Dan yang terbaru aku dimaklumkan ianya sekali lagi telah dipinda ke 6 Julai iaitu hari Ahad. Tempat juga bertukar. Venue asal di KLCC bertukar ke Padang Timur, berhampiran Amcorp Mall, PJ. Bagi yang x tau nak kesana, menggunakan LRT adalah cara paling mudah. Aku sendiri masih tertanya-tanya motif pertukaran tarikh dan tempat tersebut. Mungkin ingin mengelabui mata pihak berkuasa negara. Jika begitu, bukan sahaja polis yang tertipu, rakyat sendiri pun jadi keliru. Justeru harapan untuk melihat seramai mungkin rakyat yang hadir ke program ini mungkin tinggal harapan. Aku mengharapkan penganjur protes ini tampil segera mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan segala kekeliruan yang terjadi supaya matlamat menghimpunkan seramai mungkin rakyat pada tarikh tersebut akan berjaya insyaALLah…
July 1, 2008 at 11:39 pm
keliru tp mau