BunG NuaR tErteWas LaGi…

July 1, 2008

BUNG NUAR

Alkisahnya sehari dua ini, riuh rendah para politikus dan pemerhati politik tanahair membicarakan kisah termasyhur lagi tersohor, kisah yang direbrandingkan semula iaitu mengenai laporan polis terhadap pemimpin de facto PKR yang menyodomi bontot pembantu khasnya sendiri. Amatlah malang bagi penyokong Pakatan Rakyat, setelah diyakini bahawa dalam tempoh 3 bulan lagi, landskap politik negara bakal berubah tetapi ketika inilah satu peristiwa penting telah berlaku. Dunia kegoncangan.

Sapa yang sanggup dituduh pengamal ‘pintu belakang’ ini???

Sungguh mengaibkan. Pindah kemana pun orang akan cemuh.

Aku tertarik untuk mengulas sedikit kisah yang amat mengaibkan berkenaan pembantu khas Bung Nuar ni. Menurut Presiden PKR yang juga merupakan isteri OKL (Orang Kena Lapor), identiti pembantu khas Bung Nuar ini tidak diteliti latar belakangnya sewaktu diambil bertugas. Kira kes tangkap muat la ni. Mungkinkah dimasa itu tidak ramai yang sanggup untuk melakukan kerja parti PKR ini? Ramai sedia maklum akan kekuatan parti PKR sebelum PRU ke-12 dahulu. Disebabkan itu, aku lihat ianya merupakan antara salah satu faktor dengan menerima siapa saja yang sanggup untuk bekerja dengan mereka. Disinilah aku lihat kelemahan PKR. Lihatlah dimasa kuat mereka sekarang. Bagaimana mereka menguruskan penambahan keahlian terutama dikalangan petugas grass root mereka. ZERO…

Mereka hanya ada pemimpin, tetapi tiada petugas. Bolehkah terus-terusan mengamalkan sikap sebegitu? Aku malas nak sentuh panjang² isu ini. Biar diorg sendiri uruskan. Dah besor panjang pun. Cuma aku nak ingatkan bukan sahaja kepada pimpinan PKR tetapi juga pimpinan PAS parti aku sendiri agar setiap kali ingin memilih petugas penting dalam parti, pastikan individu itu diteliti sehalus mungkin. Biar renyah keja nya asalkan keselamatan parti dan pimpinan terjaga. PAS dah pernah alaminya dalam kes Memali 20 tahun yang lampau. So PKR perlu mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa parti sahabatnya itu.

Amat malang kalau kita dipatuk 2 kali oleh ular yang sama dilubang yang sama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: