pENjeLasAn…

July 9, 2008

Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) –Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut.

“Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.

Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.

Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.

“Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku,” katanya.

Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.

“Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.

“Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit,” ujarnya lagi.

Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.

Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).

“Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.

“Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.

“Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis,” katanya.

Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. – mks

linknya di sini –> Harakahdaily

*******

dalam Berita Harian pula

Himpunan Protes tersasar: Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan sifatkan penganjur tidak jalankan tanggungjawab, hanya mahu seronok

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan penganjuran Perhimpunan Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Kelana Jaya pada Ahad lalu, tersasar daripada matlamat asal.

Mursyidul Am Pas itu turut menyifatkan penganjur program itu tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul sehingga mengecewakan penyokong pembangkang yang datang dari jauh, semata-mata mahu memberi sokongan terhadap usaha memprotes kenaikan harga minyak itu.

“Saya tak terfikir benda tu berlaku, macam mana protes tiba-tiba jadi program nak seronok-seronok, ini tak betul, cara otak bekerja memang tak betul. Kalau protes, protes lah apa sibuk masuk benda lain sampai bertumbuk dan belasah orang. Cara buat program tu tak betul.

“Saya kecewa betul… tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana itu berlaku pun saya pun tak faham,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju tindakan 700 anggota Unit Amal Pas yang meninggalkan program itu sebagai tanda bantahan terhadap penganjur yang disifatkannya menganjurkan program untuk berhibur dan seronok-seronok.

*******

Konsert tak relevan

SHAH ALAM: Pas Selangor mengakui Perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad lalu, gagal mencapai sasaran.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Mohd Ali, berkata tindakan penganjur mengadakan konsert yang tidak relevan menyebabkan perhimpunan yang asalnya berniat baik dicemari budaya yang tidak boleh diterima akal.

Selain menyokong tindakan kira-kira 700 anggota Unit Amal Pas meninggalkan program itu kerana membantah diadakan konsert, Hassan juga menyamakan perhimpunan itu seperti `Jom Heboh’ yang dianjurkan TV3.

“Jika konsert diadakan untuk menarik orang ramai menyertai Protes, saya berasa perhimpunan Ahad lalu tidak berjaya. Pengunjung datang bukan untuk menyertai perhimpunan tetapi untuk menonton konsert.

“Jika orang ramai datang hanya kerana mahu berhibur, saya rasa semangat untuk protes tidak berjaya,” katanya selepas merasmikan penutup Seminar Islam Syumul di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas negeri itu berkata, kegagalan perhimpunan itu menjadi pengajaran kepada Pakatan Rakyat untuk lebih berhati-hati pada masa depan.

“Kita adalah pelatih dalam menganjurkan program seperti ini dan kejadian ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita untuk lebih berwaspada pada masa akan datang,” katanya.

Linknya disini –> B.Harian dan sini –> B.Harian

*******

Korang baca dan pikirla sendirišŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: