kEJaYaaN HaDHaRi pAk LaH…

July 10, 2008

Arinih lewat sket makan tghari. Lepas hantar mesin pencetak aku yang rosak tu kekedai untuk diperbaiki, aku singgah sebentar menjamu selera dikedai makan berhampiran. Kebetulan diatas meja ada suratkhabar Harian Metro. Terpampang dimuka hadapan kisah pasangan artis yang dilaporkan akan bercerai. Baca punya baca, akhirnya terpaksa jugak aku tabik spring kat Pak Lah & Co. yang berjaya menjadikan cara hidup umat Islam negara kita setanding dengan gaya hidup Barat. Bukan aku x tau memang hidup serumah sebelum kawin nih dah jadi kebiasaan penghuni kota² besar negara kita nih. Dalam 999, 360 mahupun Majalah 3 pernah membincangkan isu panas ni, tapi kes yang dibicarakan diakhbar arini seakan mengesahkan lagi isu tersebut. Pernah Rafidah Aziz bercakap pada wartawan sewaktu ditanyakan mengenai isu lelaki menyimpan perempuan simpanan. Ape dijawabnya, asalkan tidak menganggu tanggungjawab , buatlah. X kisah pun.

Respek kat hang Pak Lah. ..

i

i

Menjawab soalan peguam syarie, Md Noor Md Din yang mewakili *****, dia berkata, sebelum berkahwin dan sewaktu bertunang, pasangan itu sering bertengkar mengenai perkara remeh, malah ***** tidak membenarkan ***** ******* yang bertugas sebagai pakar perunding, bertemu pelanggan.

“Ini dimaklumkan plaintif. Saya pernah saksikan sendiri defendan tidak benarkan plaintif keluar bertemu pelanggan sedangkan dimaklumkan daripada awal. Defendan juga selalu melepaskan marahnya pada plaintif.

“Dia (*****) pernah menghantar SMS menggunakan kata-kata kesat. Semua SMS ini ditunjukkan ***** ******* kepada saya. Saya tahu ia daripada ***** kerana nama pengirim yang terpapar pada telefon bimbit adalah ‘sayang’ yang merujuk kepada defendan,” katanya.

MD NOOR: Berdasarkan afidavit, kamu ada memberitahu bahawa sikap defendan ‘kebudakan’ kerana sering cetuskan pergaduhan, membesarkan perkara yang remeh serta tidak hormat orang tua. Bila perkara ini berlaku?

NOOR ELMY: Sebelum dan selepas bernikah.

MD NOOR: Kamu katakan sebelum bernikah, defendan tidur hingga jam 1 tengah hari. Jadi sebelum bernikah mereka tinggal serumah?

NOOR ELMY: Ya, dua minggu selepas mereka bertunang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: