x SeLaMaT, x aMAn, x mAKmUr…

July 10, 2008

Berita Jenayah Hari Ini

i

Ahli perniagaan mati kena tembak

IPOH: Seorang ahli perniagaan yang ditembak beberapa kali di sebuah stesen minyak di Bercham di sini, melarikan diri sejauh dua kilometer sebelum rebah dan mati sebaik tiba di Balai Polis Bercham.

berita selanjutnya –> disini

i

Pengurus hotel mati dibunuh

BACHOK: Seorang pengurus hotel di Kota Bharu ditemui mati dibunuh, dalam keadaan tangan diikat dan leher serta telinganya dikelar, dekat muara Kuala Kemasin di sini, pagi semalam.

berita selanjutnya –> di sini

i

Terlepas hukuman gantung

SEREMBAN: Seorang pelayan restoran terselamat daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi semalam meminda tuduhan membunuh kepada membunuh tanpa niat Anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA, Mah Ann Ann, empat tahun lalu.

berita selanjutnya –> di sini

i

Along sebat kakitangan

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja along disebat 50 kali oleh majikannya selepas didakwa melarikan RM40,000 wang kutipan hutang sepatutnya diserahkan kepada ceti haram itu.

berita selanjutnya –> di sini

i

16 guna MyKad palsu ditahan

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga Filipina yang ditahan Jabatan Imigresen di Lumut, Perak, Isnin lalu, mendakwa dia tidak pernah ‘dikacau’ walaupun sudah enam tahun memiliki MyKad palsu.

berita selanjutnya –> di sini

i

Syor perogol kena kasi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak menolak pelaksanaan hukuman kasi mungkin boleh dipertimbangkan sebagai pendekatan mengekang jenayah rogol di negara ini.

berita selanjutnya –> di sini

i

*******

Haha… ni baru satu hari dan satu paper yang aku bukak. Kalau ikutkan tetiap hari mst ada kes jenayah yang dah terlampau banyak kat M’sia ni. Ntah apa lak yang dibuat oleh pak polisi M’sia ni. Teringin aku nak tengok M’sia ni jadi antara negara yang selamat dan seronok untuk dikunjungi cam Denmark tu.

Mungkinlah pak polisi kat M’sia nih dah no idea nak tangani jenayah di negara kita nih. Dat y diorang terpaksa mintak tolong bantuan tentera skang ni. Makin bertambah anggota, makin bertambah lak jenayahnya. Sifir songsang rasa aku. Yang lagi haru anggota polis pun dah x kisah wat jenayah. Giler betoi.

Aku dah semakin takut. Negara kita dah cam Universal Studio, Hollywood tu. Bayangkan dalam tempoh 2 hari je, 2 orang telah dibunuh oleh penembak upahan. Bukan dijalan² sunyi, atau ditempat² tersorok cam Altantunya dibunuh tu, tapi ditengah² pekan sibuk. Mcm kes arinih, mangsa ditembak di Bercham. Bercham tu tempat yang sibuk. Aku duk Ipoh aku tau le. Kena tembak kat pam minyak lak tu. 2 km je dari balai polis.

Aduhhhhh… inikah yang dikatakan Selamat, Aman, Makmur? Suma nya auta Pak Lah & Co. je.

Bagi aku negara kita dah Tak Selamat, Tak Aman, Tak Makmur

Tunggu apa lagi, pegi la buat report polis. Pak Lah & Co. dah tipu rakyat dalam manifestonya. Agak² korang ada ke orang nak buat report camtu???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: