mENarIk aRInI…

July 15, 2008

i

Isu pertama arinih pasal sekatan jalan yang dilakukan oleh polis semalam. Aku rasa polis M’sia nih dah jadi apa aku pun x tau. Yang aku tau asal ada je arahan dari pemimpin UMNO, x kira la pemimpin kerajaan ataupun pemimpin JKKK, suma diorang laksanakan dengan cepat dan betul. Kalau kena kat UMNO @ komponen partinya sampai skang x dengar citer. Contoh utama kes main bontot oleh bekas menteri bertitle Datuk Seri dan main depan bontot oleh bekas menteri yang jaga viagra 2 juga bertitle Datuk Seri. Ade sesapa tahu perkembangan kedua² kes nih??? Yang paling mangkuk tindakan polis nih hanya dibuat berdasarkan laporan dari laman web dan blog. Menteri jaga polis ni kata dia merujuk laporan dalam laman web 1426:blogspot.com.

Haha.. Sultan Pahang kata jangan percaya tulisan bloggers ni tapi pihak polis lak leh caya??? Mana satu cakap x betoi nih? Menteri or Sultan Pahang?

Yang pasti tindakan polis berdasarkan laporan laman blog smalam mmg betul² menyusahkan rakyat. Paling tidak aku nak sangat dengar kenyataan letak jawatan pimpinan polis sndiri. Nak harapkan menteri letak jawatan, selagi x kuar cd seks terlampau diorg usah haraplaaaa…

Haha… Perlukah kita komen kenyataan Sultan Pahang nih? X perlulah kot. Bagi aku isu ni bagai ‘dah terang lagi bersuluh’. Kerajaan sendiri dah akui peranan bloggers nih dalam memberi maklumat kepada rakyat. Siap ada slot bersama bloggers lagi di RTM. Dan kenyataan dari menteri jaga polis dalam paper B.Harian arinih menjelaskan segalanya. Katanya, sekatan jalanraya dibuat setelah mendapat maklumat dari laman blog 1426:blogspot.com yang mengatakan akan ada cubaan untuk mengadakan perhimpunan dihadapan bangunan Parlimen semalam.

So hanya orang dungu dan bodoh totok je yang boleh percaya kenyataan agar jgn mempercayai laporan bloggers nih. Sebabnya pihak polis dan menteri sndiri acapkali bertindak dari laporan laman blog ni. Aku harap Sultan Pahang x termasuk dalam kategori itu. Mungkin teks kenyataanya disediakan oleh orang lain. Yang ingin melihat baginda diperbodohkan. Cuma kalau boleh aku harap semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Pahang ni, tolong la jauhkan diri dari politik UMNO nih. Manataukan kalau ditakdirkan ALlah pasnih Pahang lak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat? Hah time tu bagaimana lak nada Sultan Pahang nih? So lebih baik bersikap neutral. InsyaALlah rakyat pun makin kasih. Contoh paling sesuai ialah baginda Sultan Kedah. Melayan ketua kerajaan negerinya dengan baik dan mesra. X kira dari BN ataupun PAS.

Haha…Yang nih pun lagi satu laporan brita yang paling klakar didunia. Dah la abiskan duit rakyat hampir RM100 juta, yang dia buat kajian cara main gasing kat angkasalepas??? Benda lain x leh diujike? Lagipun suma ujian yang dia buat nih dikhabarkan telahpun dibuat oleh org terdahulu. Kira dia nih mmg sahih saja² g melancong je la. Bukan duit dia or mak bapaknya pun. Nak heran apa.

Yang lagi syahdu, kelima² xperimen yang mamat mangkuk ni buat x siap lagi. Mungkin bulan Feb or Mac thn depan baru settle. Dah tu yang gatal nak gak dibentangkan watpe? Ntah² nanti hasilnya hancus. Wat kena gelak je. Aku rasa elok aritu dia nih campakkan keluar. Biar dia hidup kat ISS tu sensorang. Haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: