muNaJaT PeRDaNa…

July 18, 2008


2-3 hari ni kepala aku berserabut. Dengan masalah negaranya, dengan hal peribadinya. SO maafla kalau x sempat nak mengupdate kan blog ni ek. Klu boring singgahle ke laman Nik Abduh di sini.

AlhamduliLLah mlm semlm (15 Rejab 1429 @ 17 Julai 2008), buat julung² kalinya PAS Perak telah berjaya mengadakan Munajat Perdananya dipadang Stadium Perak. Kehadiran peserta pada program pertama yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Ulama’ PAS Perak ini memenuhi setengah padang bolasepak stadium. Ianya diadakan bagi mengadu secara terus kepada ALlah bagi membantu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang terus²an menerima gangguan dari pihak musuh yang ingin melihat kerajaan Pakatan Rakyat Perak ini tumbang. Aku menganggap ianya merupakan satu detik yang bersejarah bagi PAS Perak walaupun tanpa figure yang hebat seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan dapat menganjurkannya dipadang yang selama ini hanya dibuka ruang untuk program² maksiat.

Program yang dimulai dengan Iftar Jamai’e dan solat maghrib berjemaah. Kemudian disusuli dengan solat hajat dan bacaan Yasin sebelum diteruskan dengan munajat taubat yang dibawa oleh Ust. Mustafa Shaari, YDP PAS Kawasan Pasir Salak. X ku sangka suara ustaz yang berkulit hitam kelat ini lebih hebat dan gemersik dari suara Ust. Akil Hayy tu. Program diteruskan dengan solat ‘Isyak dan ceramah oleh PJ, Ustaz Ahmad Awang dan MB Hj Nizar.

Aku harapkan selepas ini program ini akan menjadi satu program bulanan wajib, bagi menyatakan dan mengadu kepada ALlah apa jua masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Perak. Walaupun agak terlewat mengadakannya, namun bagi aku lebih baik ada dari tiada. Sekurang²nya asasnya sudah dimulakan. Cuma meneruskannya memerlukan istiqamah dan kesabaran. Sesudah masjid ditutup pintunya kepada PAS oleh umarak, maka mungkin padang menjadi alternatifnya selepas ini. Satu yang aku harapkan agar selepas ini juga, Dewan Ulama’ memikirkan untuk menganjurkannya dipadang² terbuka berhampiran jalan utama seperti di Padang Ipoh dan hadirin yang datang memakai satu kaler baju, iaitu kaler putih untuk menunjukkan kehebatan Islam dimata penganut agama² lain. Mungkin juga selepas ini kita sudah boleh menganjurkan qiamullail perdana pula insyaALlah.

Buat Lajnah Tarbiyah PAS Perak, tahniah dari aku dan buat rakyat negeri Perak, aku kagum dengan semangat anda. Walaupun dibasahi hujan, namun tetap berdiri kukuh melaksanakan tanggungjawab terhadap jemaah. Mudah²an segala kerja baik yang dilakukan mendapat keredhaan dan ganjaran pahala dari ALlah SWT insyaALlah.

i

p/s-gambo aku cilok bro Al-Husseyn nyer blog. Jgn mare bro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: