sELamAt bERtuGaS…

July 18, 2008

i

Gambar ‘Aini diambil dari sisi cuping kiri

i

AlhamduliLLah pagi td telah selamat berlangsungnya taklimat dan majlis angkat sumpah ahli majis PBT seluruh negeri Perak yang baru di Bangunan SUK Perak. Seramai lebih dari 300 orang telah dilantik termasuk dari parti politik dan NGO. Aku yang berkesempatan bersarapan bersama salah seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, saudara Zamarul ‘Aini Abdul Malek. Dalam sembang² kami, dia memberitahu antara kandungan nasihat yang diberikan oleh YAB MB Perak semasa majlis tadi ialah mengingatkan mereka jangan ada usaha untuk mengenyangkan perut sendiri dan sentiasa turun padang untuk menyelami permasalahan yang dihadapi oleh penduduk. Mudah²an dengan perlantikan ini akan menjadikan ahli majlis PBT diseluruh negeri Perak akan lebih bekerja keras demi memastikan kesejahteraan hidup rakyat negeri Perak terjamin. Seharusnya juga selepas ini nilai perkhidmatan yang diberikan setimpal dengan nilai duit hasil yang dibayar oleh rakyat. Dengan tindakan yang cepat dan pantas dari mereka yang telah dilantik ini diharapkan dapat membantu menambahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Bagaimanapun kawasan aku (Ipoh Timor) yang turut menyenaraikan calon bagi menjadi ahli majlis PBT ini tidak diberikan sebarang kerusi pun. Dalam soseh² sahabat, kedengaran suara tidak puas hati dengan keputusan itu. Ini memandangkan kawasan Ipoh Timor turut aktif memberikan peranan dalam pilihanraya baru² ini walaupun tidak bertanding. Ada juga yang mempertikaikan kenapa perlunya 2 orang dari kawasan jiran terpilih sedangkan kawasan terbabit kalah dalam pilihanraya baru-baru ini. Lebih mendukacitakan komitmen kawasan terbabit dalam program anjuran negeri, baik Dewan Pemudanya mahupun kawasannya amat rendah berbanding kawasan aku. Ada antara sahabat yang mulai menunjukkan protes tetapi aku berharap ianya tidak berlandaskan emosi dan nafsu semata². Biarlah tidak mendapat habuan dunia dari tidak mendapat habuan akhirat. Aku harap ianyan mampu menjadi penyuntik motivasi bagi ahli PAS kawasan mengupgradekan lagi sifat ikhlas ketika melakukan sesuatu kerja jemaah itu. Dan yang lebih penting biarlah kita mencari redha ALlah dari mencari redha manusia.

i

Ayuh sahabatku.

ALlah matlamat kita

RasuluLLah SAW ikutan kita

Al-Quran panduan kita

dan syahid di jalan ALlah cita-cita kita

Jangan bersedih. Teruskan berjuang.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: