HuJaH @ Tv9

July 22, 2008

i

Semalam, program HUJAH bersiaran seperti biasa di TV9 jam 10.30 mlm. Aku yang sememangnya tiada program mengambil kesempatan untuk menyaksikan rancangan ini. Bagi aku inilah satu²nya rancangan berbentuk perbincangan yang bersikap agak adil melayani ahli panelnya berbanding rancangan Debat Perdana yang dikendalikan oleh Johan Jaafar suatu ketika dahulu. Ditambah pula dengan soalan provokasi yang seringkali ditujukan kepada ahli panel oleh pengerusinya, Proff Dr. Agus membuatkan minat aku terhadap rancangan ini semakin bertambah.

Kalau minggu sebelum ini, ahli panelnya terdiri daripada Dr. Syed Azman dari PAS dan Razali AP Muar dari UMNO, malam tadi pula tiada langsung wakil dari parti politik. Yang ada hanyalah professor sains politik. Mood aku turut bertukar. Dah malas. Mesti ngampu abis la malam ni. Tambah sorang dari panelisnya Syed Atori Husin. Aku kenal dia dari pembacaan di akhbar². Kuat jugak UMNO nya. Lagi sorang tu pun sama coz dari UiTM. Sapa yang x tau UiTM ni lubuk UMNO.

Untuk berlaku adil aku duk la skejap. Kalau dh mula ngampu kang aku blah masuk tido. Sangkaan aku sebenarnya jauh meleset. Kedua² panelis itu rupa²nya mengambil peluang untuk menghentam UMNO. Kalau x silap aku tajuk smalam ialah bagaimana mencari politik yang bersih. Lebih kurang camtu la bunyi dia. Aku rasa xda pun dia quote kan politik bersih tu dalam UMNO je. Maknanya perbahasan boleh menyentuh apa jua parti. Bukan sahaja UMNO, PAS atau DAP juga boleh turut disebutkan sebagai contoh. Rupa²nya pakar kajian politik ni dah mengakui hakikatnya, politik UMNO ni la yang paling busuk, penuh rasuah dan tiada demokrasi. Kedua² panelis saling sokong menyokong menghentam UMNO. Paling aku tertarik di akhir rancangan bilamana pengerusinya Proff Dr. Agus bertanyakan adakah perkara yang sama diorang cakapkan tu terjadi juga di dalam PAS???

Jawapannya membuatkan aku tersenyum. Apa jawapannya??? Syed Atory Hussein tu kata dalam PAS adanya kaedah syura walaupun jarang ada pertandingan. Maknanya PAS ternyata diakui oleh kedua² pakar kajian politik yang condong kepada UMNO itu lebih baik dari kesemua parti yang lain. Syukur alhamduliLLah.

One Response to “HuJaH @ Tv9”

  1. Rafizi Says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Agak lambat untuk saya berikan komen, tapi biarlah lambat dari tiada langsuang.

    Pandangan saya, politik tetap pada acuan politik tidak kira di pihak parti memerintah atau pembangkang. Apa yang baik perlu kita akui kebaikannya dan yang buruk perlu kita akui juga walau sepahit mana ianya. Seperti tuan, saya juga peminat Hujah, sebelum ini rancangan seumpamanya Debat Pedana, Bicara Siswa dll adalah bentuk rancangan yg memangkin pemikiran kita dan lebih tepat lagi the level of political awareness sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab dalam sebuah negara berdaulat.

    Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Tapi sebagai mana tuan, saya sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan sebagai pemikir politik. Masalah dengan senario politik hari ini ialah terjadinya situasi dimana apa yang dicakap sudah tak sama dengan apa yang kita hendak dengar. Ini membuatkan pandangan dan persepsi kita berubah. Pandangan mata bukan 100% benar (pandangan saya). Pangan hati adalah yang paling hakiki, itu pon kalau hati itu bersih.

    Saya akan paparkan post saya dalam blog saya sedikit masa nanti tentang pandangan dan persepsi.

    Semoga tuan sudi bertukar pandangan dengan saya sebagai sahabat blog.

    Sambutlah salam hormat dari saya. Terima kasih atas masa tuan.

    Wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: