anTaRa 2 DareJat…

August 4, 2008

ANGGOTA polis memeriksa motosikal dalam ‘Ops Cegah Jenayah Bersepadu’ yang diadakan berhampiran Jalan Hospital, Ipoh semalam.
i

IPOH – Dua operasi besar-besaran bagi menjejaki perompak yang memasuki rumah seorang kerabat diraja Perak di Taman Canning di sini awal pagi Jumaat lalu dilancarkan di seluruh bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, buat masa ini tiada suspek yang ditahan walaupun kita memberkas 31 orang termasuk lapan rakyat asing dalam ‘Ops Cegah Jenayah Bersepadu’ yang diadakan di sekitar bandar raya ini.

KERATAN Kosmo! 2 OGOS 2008.


Menurut beliau, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam, sekurang-kurangnya 200 orang telah diperiksa termasuk penagih dadah dan sesiapa yang mencurigakan.

“Polis kini masih menyiasat dan mengumpul maklumat untuk mencari suspek yang menyamun keluarga diraja itu,” kata beliau.

Berikutan itu, katanya, polis akan memperluaskan operasi khas ini ke seluruh Perak bagi mencari suspek terbabit.

Azisman memberitahu, polis percaya suspek masih berada di negeri ini namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

i

i

Arinih berita KOSMO melaporkan tindakan segera dan pantas polis dalam menjalankan tugasan. Aku ucapkan syabas dan tahniah atas kecekapan dan kepantasan pihak polis ini menjalankan tugas. Moga-moga ianya dapat membendung @ mengurangkan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi di negara kita ini. Tak dapat banyak, sikit kurang pun jadilah.

Cuma yang aku @ rakyat marhain ini musykil kenapa setiap kali kejadian jenayah yang melibatkan orang kenamaan, pihak berkuasa acapkali bertindak pantas. Bukan sekali dua, malahan banyak kali sudah kita baca. Yang lebih menghairankan, pastinya kejadian yang melibatkan orang-orang kenamaan ini mendapat perhatian yang lebih dari pihak berkuasa berbanding orang biasa seperti aku. Tapi bila kena kes pendawaan pula dilengah-lengahkan. Kenapa ek?

Pada aku, rakyat seperti aku juga inginkan perhatian dan pembelaan yang sama sepertimana public figure ini. Janganlah ada lagi kisah ‘antara 2 darjat’ seperti zaman P.Ramlee dahulu. Janganlah dibeza-bezakan warna kulit @ harta benda kami ini wahai pihak berkuasa.

i

*******

i

Politik wang kian merebak

i

KOTA TINGGI: “Secara peribadi, saya berasa takut menyaksikan dan mendengar mengenai pemilihan di peringkat cawangan kerana semua yang bertanding berhabis-habisan seperti esok nak kiamat…ini tidak harus berlaku, Umno akan rosak, rakyat akan menyampah melihat gelagat seperti ini,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau menyifatkan pemilihan cawangan Umno paling buruk pernah dialami sepanjang menjadi ahli parti.

Syed Hamid yang juga Ketua Umno bahagian Kota Tinggi, berkata berdasarkan pandangan peribadinya, secara keseluruhan politik wang sudah menjadi barah serta semakin merebak bukan hanya di peringkat tertinggi tetapi juga akar umbi.

“Pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk…semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya, semalam.

i

Sementara Akhbar Metro pula memaparkan keluhan hati AMT UMNO, Dato Seri Syed Hamid Albar berkenaan politik wang yang semakin busuk dalam pemilihan peringkat bahagian Kota Tinggi. Ianya bukan diakui oleh ketua cawangan, tapi Ketua Bahagian UMNO itu sendiri. Bukan Ketua Bahagian saja, tapi Ahli Parlimen, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Bukan calang-calang orang yang bercakap. Dia ada kuasa untuk menasihatkan PM menahan sesiapa yang disyaki bersalah untuk ditahan di bawah ISA. Bukan ISA SAMAD. Dia kena gantung 3 tahun jek. Sebab yang sama. Politik wang @ RASUAH. Kenapa BPR @ Polis tidak segera pergi mendapatkan kenyataan dari Syed Hamid ini berkenaan dengan kes rasuah??? Jawapannya mudah. Ianya melibatkan survival UMNO itu sendiri. Tidak ada sesiapa pun mempunyai access utk menyebabkan UMNO hancur sekalipun ianya melibatkan AMT UMNO itu sendiri. Bagi pemimpin veteran seperti Syed Hamid, apa lagi yang perlu ditunggu jika sudah tahu amalan partinya amat busuk dan dasyhat. Tinggalkan segera. Jadilah seperti Che Det.

Kalau jenayah yang melibatkan orang kenamaan boleh disegerakan siasatan dan tindakannya, xkanlah kes melibatkan rasuah yang sudah ada saksi ini perlu mengambil masa yang panjang?

Ayuh Pak Syed, kembalikan intergriti pihak berkuasa.

i

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: