pEcuTan aKHir…

August 12, 2008

i

i

Urus setia persiapan Muktamar PAS Pusat Kali Ke-54 semakin sibuk. Ini merupakan saat kritikal bagi menilai semula segala kelemahan sebelum majlis yang penuh bersejarah itu berlangsung. Seperti biasa Polis Di Raja Malaysia merupakan senarai teratas pengacau majlis ini. Ketika saat ini, dikhabarkan pihak urus setia sedang berbincang dengan pihak polis berkaitan permit majlis tersebut. Bukan sesuatu yang menghairankan perkara sebegini akan berlaku kerana umum sudah mengetahui inilah etika kerja pihak polis ketika berhadapan dengan pihak yang bermusuh dengan UMNO. Sementara itu selepas sahaja berunding dengan pihak polis, pihak urus setia pula dijangka akan terus ke Dewan Bandaraya Ipoh untuk menyelesaikan masalah di sana pula. Ketika mesyuarat terakhir bahagian gerai jualan muktamar semalam, telah dibangkitkan karenah DBI yang ingin membuka kawasan jualan baru dengan penguasaan oleh pihak DBI sendiri dengan mengenakan bayaran yang jauh berpuluh kali ganda lebih murah dari yang dikenakan oleh pihak urus setia gerai jualan muktamar. Ianya dilihat bakal mengundang kemarahan peniaga yang telah terlebih awal menempah petak perniagaan melalui urus setia. Lebih menjadi persoalan kenapakah ianya terjadi disaat-saat akhir majlis akan berlangsung. Kemungkinan besar ianya merupakan sabotaj yang seringkali dikenakan keatas pihak yang membangkang UMNO walaupun setelah memimpin kerajaan negeri. Sekiranya itu yang terjadi , dilihat masih banyak musuh dalm selimut didalam sektor awam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ini. Justeru kita mengharapkan segala ujian ini dapat dihadapi dengan bijak dan tenang oleh pihak urus setia muktamar dan didoakan agar mudah-mudahan segala kerja jahat pihak musuh ini akan gagal.

i

Selamat bermuktamar dari BUDAK IPOH TIMOR

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: