penAntiAn saTu pEnyikSaan…

August 12, 2008

i

Harga minyak tetap disemak 1 September

i

PUTRAJAYA – Kerajaan tetap berpegang pada perancangannya untuk mengumumkan harga baru petrol pada 1 September walaupun trend harga minyak mentah dunia kini mencatatkan penurunan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

“Kita akan meneruskan dengan apa yang telah diumumkan dan dijanjikan,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempercepatkan tarikh pengumuman itu berikutan perkembangan harga minyak mentah global.

Minyak mentah diniagakan pada harga AS$122 setong minggu lepas dan AS$115 setong semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mencadangkan kerajaan supaya menyemak dan menyelaras harga minyak dua kali sebulan iaitu pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

berita penuh — > di sini

i

Begitulah tajuk dalam KOSMO arinih. Kedegilan yang menghuni jiwa Pak Lah ini semenjak memilih untuk berkahwin dengan Jin menyebabkan kebajikan rakyat terus terabai. Dalam kebanyakan negara dunia mulai menurunkan harga minyak, Pak Lah memilih sikap menangguhkannya. Ramai yang menelah ianya adalah satu strategi terbaik untuk mengaut lebih banyak duit rakyat semata-mata untuk menguntungkan sesetengah kroni-kroninya. Ada juga yang berpendapat ianya juga merupakan strategi pihak UMNO BN yang agak terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti. Pemerhati politik melihat itulah tarikh yang paling sesuai untuk mengumumkan harga baru minyak yang lebih rendah dalam usaha memenangi hati rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh itu. Setidak-tidak dengan kemenangan itu dapat juga menyekat Bung Nuar untuk kembali ke Parlimen bagi membentangkan formula ekonominya. Tambahan pula pembentangan Belanjawan 2009 semakin hampir. Sekiranya Bung Nuar tidak dikalahkan, maka sudah tentu satu kesukaran bagi Pak Lah untuk membentangkannya. Melainkan dia berpakat dengan menantu bersikap beruknya itu, tiada cara lain lagi yang dilihat boleh digunakan. Apapun strategi yang cuba diapplikasikan oleh Pak Lah, sepatutnya dia lebih mengutamakan kebajikan rakyat. Biarlah rakyat melihat masih ada tindakannya yang betul kali ini.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: