RamLang, HanG HebaT…

August 25, 2008

i

Ramlang Porigi

i

Dalam ketika suasana kempen semakin hangat, dalam ketika Bilik Gerakan Puteri UMNO diletakkan BOM, dalam ketika Najib menyorong²kan pipi untuk bersumpah laknat, nah!!! dalam ketika itulah UMNO diBOM. Kali ini bukan sepertimana BOM yang digunakan oleh puak militan terhadap Bilik Gerakan Puteri UMNO, dan bukan juga BOM sepertimana yang menghancurkan jasad Aminah @ Altantunya yang menyebabkan Najib melafazkan sumpah laknat walaupun tanpa dipaksa, tetapi ianya adalah BOM yang dilemparkan oleh Ramlang Porigi, imam yang menyaksikan sumpah laknat yang dibuat oleh si Sial Fool aritu.

Terus terang cakap, aku sendiri x percaya Ramlang berani melakukannya. Walaupun masih berkhidmat dalam sektor awam, ternyata dia berani untuk menyatakan kebenaran, tatkala ramai ustaz² PAS sendiri yang mengajar J-Qaf dan SABK tidak berani melakukannya.

Persoalannya kenapa si Ramlang nih tidak menunggu sehingga keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini diketahui sebelum mengeluarkan kenyataan yang panas dan hebat begini. Kenapa dia tidak menunggu sehingga isu ini reda sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan?

Adakan si Ramlang ni tidak memikirkan langsung kesan daripada kenyataannya ini bakal menghancurkan langsung peluang BN untuk menang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh ini?

Adakah si Ramlang ini tidak memikirkan jugak kesan daripada pengisytiharannya ini kelak bakal menyebabkan dirinya kehilangan kerja (alasan yang begitu banyak diberi oleh ahli PAS yang berkhidmat dalam sektor awam) ataupun kemungkinan juga dia bakal disumbatkan kedalam tahanan ISA?

Jawapan yang mampu aku beri ialah, si Ramlang ini lebih takutkan hukuman ALlah dari hukuman manusia. Sungguh tinggi nilai keperibadian si Ramlang ni. Apa orang nak kata, katalah. Aku yakin si Ramlang nih benar² ikhlas dengan pengisytiharannya. Tidak seperti Tajol Rosli yang menggunakan lafaz sumpah Kristian untuk membuktikan dirinya dan BN Perak idak terlibat dalam skandal penahanan 2 Exco Perak aritu.

Nah, inilah dia janji yang ALlah SWT sebut didalam ayat terakhir surah Yasin, apabila ALlah mengkehendaki ianya terjadi, ia pasti akan terjadi.

Sesungguhnya inilah juga yang dikhabarkan di dalam hadis RasuluLLah SAW antara maksudnya ialah “sesungguhnya selemah-lemah iman itu ialah menegah didalam hati”. Bagi si Ramlang ini, aku rasa iman nya masih kuat. Tahniah dan syabas dari aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: