tumPASnya paRTi seSUMpah…

August 27, 2008

Akhirnya detik yang paling mendebarkan seluruh melayu glokal terjawab. Bung Nuar bagai yang diramalkan telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Cuma apa yang agak mengejutkan ialah lonjakan majoriti yang diperolehi Bung Nuar. Tiada sesiapa menyangka dengan kegilaan media dan seluruh parti² gabungan UMNO bE End termasuklah parti PDRM, parti Badan Penggalak Rasuah, parti Imam² Masjid seluruh Malaysia dan tidak terkecuali parti Mufti seMalaysia menghenyak Bung Nuar semahunya, tiba² keputusan menunjukkan sebaliknya. Bukan kemenangan yang dicapai malah keputusan menunjukkan UMNO tewas lebih teruk dari pilihanraya sebelumnya. Disebabkan kejadian yang penuh aib ini jugaklah, calon UMNO Be End, Ariff Shah gagal untuk menunjukkan diri semasa pengisytiharan keputusan penuh malam tadi. Mungkin terlalu malu dengan keputusan yang diterima. Tercalar teruk rekod kemenangannya di DUN Seberang Jaya aritu. Najib juga dalam keadaan yang sama. 2 kali menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN (pertama kali pada pilihanraya 12 (2008) dan yang terbaru pilihanraya Permatang Pauh) jelas membuktikan bahawa Najib gagal dengan teruk. Kita masih jelas dengan peristiwa 5 negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan yang terbaru tewas dengan lebih teruk di Permatang Pauh. Adakah orang sebegini yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk memerintah negara ini selepas 2010 nanti???

Ada juga yang berkata inilah bahana akibat sumpah yang diucapkan oleh Najib dan Sial Fool tempoh hari. Sumpah laknat yang bertujuan menggagalkan impian Bung Nuar untuk ke Parlimen nampaknya memakan diri. Mungkin selepas ini Sial Fool itu ditangkap dan mungkin juga Najib akan mengarahkan orang²nya menyepak bontot sial si Sial Fool itu. Kerana bontot sial itulah UMNO Be End tersungkur malah tertiarap. Dimanakah si Sial Fool ini mahu meletak muka??? Adakah harapannya untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran memandu kapal terbangnya itu akan kesampaian? Aku rasa impian akan tinggal impian. Dia pasti akan ditinggalkan seperti jalang yang dah x laku. Sapa yang mahu melayannya lagi? Puaka yang menyebabkan UMNO Be End tertiarap tidak bernyawa. Sial kat Sial Fool, mungkin itulah kata hati Najib.

Pihak media bagai dijangka turut menghadiahkan berita yang amat kecil nilainya dalam ruangan masing². Selain STAR, akhbar yang lain mengumpamakan kemenangan Bung Nuar ini tiada nilai. Begitu juga dengan pihak televisyen, tiada yang mahu menayangkan keputusan penuh pilihanraya ini kecuali dalam berita Mandarin dan berita Tamil TV2. Mungkin kemaluan yang mereka terima menyebabkan berlakunya kejadian seperti itu.

Yang pasti PAS telah berjaya mengemblengkan seluruh ahlinya untuk turun berkempen memenangkan Bung Nuar di Permatang Pauh. Tiada persoalan lagi harus dibangkitkan mengenai ketidakbersamaan PAS dalm kempen pilihanraya kecil ini. Cuma persoalannya selepas ini wajar ditujukan kepada Bung Nuar pula. Apakah pula bantuan yang akan diberikan oleh Bung Nuar kepada PAS demi menjayakan cita² PAS melihat perlaksanaan hukum Islam di bumi Malaysia ini tertegak. Kita lihatlah sama² nanti insyaALlah.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: