taMRin dPPn peRak…

September 30, 2008

i

i

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan Tamrin Ramadhan pada 26 & 27 Ramadhan yang lepas. Program yang bermula pada petang Jumaat itu menghimpunkan seluruh kepimpinan pemuda kawasan-kawasan dalam negeri Perak. Ketua Lajnah Tarbiyah DPPN Perak, Ust Mohd Zawawi Hassan dalam ucapannya mengharapkan agar program yang diadakan ini dapat mendidik jiwa para pemimpin pemuda kawasan² ini agar sentiasa mendekatkan diri dengan ALlah SWT. Program tahunan DPPN Perak ini bagaimanapun hanya berjaya menghimpunkan setengah daripada keseluruhan kawasan dalam negeri Perak. Kemungkinan ianya berpunca dari tarikh permulaan cuti sekolah sempena hari raya yang mana ada diantara peserta telah pulang ke kampung halaman.

Program yag dimulai dengan pendaftaran dan berbuka puasa disambung dengan solat maghrib, isyak, terawih dan tadarus Al-Quran. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Melihatkan kehadiran yang agak kurang, ada kumpulan yang hanya mempunyai dua orang ahli sahaja. Sasaran untuk menghabiskan satu Al-Quran malam tersebut berjaya walaupun ada diantara peserta yang terpaksa membaca 2 juzu’. Program bersambung jam 4 pagi dengan solat malam dan diakhiri solat witir sebelum menikmati juadah sahur. Selepas solat subuh, pengisian tazkirah disampaikan oleh Ust. Wasis, AJK Lajnah Tarbiyah DPPN Perak yang mengantikan Ust Dahlan yang tidak dapat hadir. Program bersambung dengan majlis Khatam Al-Quran dan diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan bacaan doa wehdah. Program tamat hampir jam 11 pagi. Sekalung tahniah buat DPPK Ipoh Timor yang telah berjaya menghantar peserta paling ramai pada program tersebut. Mudah²an komitmen yang diberikan dibalas dengan sebaik² balasan oleh ALlah SWT.

i

indahnya ukhuwah bila berpandukan iman

pasangan sedondon anak dan ayah

aduhhhh…kenapa x ramai yang datang nih???

i

kUnjuNgan 2…

September 29, 2008

i

i

Jumaat, 26 Ramadhan yang lepas, Surau Taman Temara, Kawasan Ipoh Timor telah menerima tetamu yang tidak disangka². Tetamu yang dimaksudkan ialah YB Adun Pasir Pinji, Sdr. Su Keong Siong yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Perak. Beliau hadir dalam rangka lawatan bertemu masyarakat Islam dalam kawasannya. Beliau telah diraikan jemaah surau tersebut dalam satu majlis berbuka puasa. Ini merupakan kali kedua beliau hadir dimajlis berbuka puasa selepas Masjid Taman SPPK hari sebelumnya. Rombongan beliau kali ini ditemani oleh Pegawai Khas, Sdr. Steven. Beliau yang sampai jam 6.30 ptg diberikan laluan menyampaikan sedikit ucapan. Kemudian beliau diberi penghormatan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, acara tahunan surau tersebut sebelum berbuka puasa bersama² jemaah surau kemudiannya. Kehadiran jemaah amat membanggakan sekali. Jelas masyarakat masyarakat melayu Islam dapat menerima dengan baik kehadiran ADUN dari parti DAP ini. Menurut pengerusi surau tersebut, ini merupakan julung² kali ADUN disini hadir berbuka puasa bersama² mereka disurau tersebut. Selesai jamuan berbuka, wartawan dari akhbar The Star mengambil kesempatan untuk menemuramah beliau.

bersama² pimpinan PAS Kawasan dan pengerusi surau, Sdr. Abdul Latif

mendengar aduan masyarakat setempat

menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terpilih

i

September 29, 2008

i

SABAR…amil yang menjadi mangsa maki hamun seorang
wanita ketika bertugas di kaunter zakat di KL Sentral,
kelmarin.

Wanita tak dapat diskaun zakat maki amil

KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas.

Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu.

Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan.

Selanjutnya –> di sini

i

kunJungaN…

September 25, 2008

i

i

ADUN Taman Canning, YB En. Wong Kah Woh telah hadir ke majlis berbuka puasa di Surau Tarbiyyah, Taman Cempaka yang terletak dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor semalam. Taman Cempaka yang merupakan kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi merupakan kawasan pertama lawatannya sempena bulan Ramadhan ini. Beliau dijangka meneruskan sesi lawatan ke Masjid Al-Rahman, SPPK pada 25 Ramadhan dan Surau Taman temara keesokan harinya. Anggaran kehadiran ialah seramai lebih dari 50 orang. Antara yang hadir termasuk YDP PAS Kawasan Ipoh Timor, Hj. Zulkifli Abu, S/u  dan Ketua Pemuda, Salman Saleh. YB Wong dalam ucapannya menerangkan dasar pentadbiran kerajaan pakatan rakyat kepada tetamu. Disamping itu beliau turut menerangkan peruntukan² yang ada untuk diberikan kepada masyarakat setempat. Apa yang menariknya semalam, beliau menafikan menaja jamuan berbuka puasa itu yang sebenarnya menggunakan wang peruntukan wakil rakyat yang diterimanya khusus untuk digunakan pada bulan Ramadhan ini. Diakhir ucapan beliau sempat mengucapkan syukran jazilan yang menyebabkan jemaah surau ketawa. Beliau yang turut berkesempatan berbuka puasa bersama jemaah surau telah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada AJK dan jemaah surau tersebut. Satu yang pasti, MCA dan Gerakan, parti terbesar masyarakat cina pastinya gusar dengan perkembangan ini terutama melihatkan penerimaan masyarakat melayu terhadap parti DAP ini.

ucapan meraikan majlis

berbuka time

diapit orang kuat

bersama KP , Salman Saleh (berbaju purple)

sumbangan

i

3 waJah …

September 24, 2008

i

Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella) , Teresa Kok dan Weng Meng Chee

i

Membuka lembaran Kosmo Online sebentar tadi, aku tertacap pada laporan terkini penghina lagu kebangsaan negara kita, Weng Meng Chee. Mamat ni bukan sekadar menghina lagu kebangsaan, tetapi yang lebih hebat dia menyelang-nyelikan muzik latar lagu bodoh ciptaannya itu dengan laungan azan. Termasuk dalam liriknya, ungkapan yang menghina orang melayu. Tetapi mamat mata sepet nih sungguh bertuah. Bertuah kerana adanya MCA dibelakangnya. MCA dilihat sudah goyah pendiriannya untuk terus kekal bersama² kerajaan Be End. Apa akan jadi sekiranya mamat mata sepet ini diambil tindakan sepertimana terhadap bro Kickdefella ataupun Teresa Kok ini? Aku pasti tidak akan lama untuk kita menantikan satu kenyataan media yang mengisytiharkan MCA dan Gerakan akan keluar meninggalkan Be End sepertimana yang dilakukan oleh parti SAPP sebelum ini. Pastinya Menteri Perdana ‘in waiting’, Najib mahupun Syed Hamid Albar tidak mahu mengambil risiko yang amat hebat ini. Jadi dilepaskannya mamat bermata sepet ini bebas setelah hanya diambil keterangan oleh polis. Kalau dilihat dari sudut jenayah yang dilakukan oleh mamat bermata sepet ini, ianya mungkin sama sepertimana jenayah yang dilakukan oleh bro Kickdefella tetapi lebih bahaya dari jenayah yang dilakukan oleh Teresa Kok iaitu dengan mempermainkan kalimah azan didalam lagunya. Teresa Kok hanya diwar-warkan ada membuat bantahan agar azan diperlahankan agar tidak menganggu lena masyarakat bermata sepet ini. Itupun masih belum ditentukan kesahihannya kerana yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah seekor anak Toyol. Umum mengetahui toyol adalah satu makhluk yang jahat. Suka mencuri duit. Kali ini toyol menjadi lebih jahat dengan menjadi pengadu domba agar masyarakat negara yang telah lama harmoni dapat diganggu gugat. Nampaknya kasta yang wujud dalam masyarakat negara kita ini makin kronik. Amat jelas bila kita melihat sesuatu perkara yang dilakukan oleh penyokong parti yang bermusuh dengan Be End, dengan pantas dan cepat diambil tindakan, tetapi sekiranya dilakukan oleh parti Be End ataupun orang yang disokong oleh Be End, sudah pastinya kebabasan mutlak yang dicapai. Kita akan menunggu pula episod 5 tahanan Hindraf yang di ISA kan. Sekiranya dengan campur tangan Samy Beloo, mereka berlima itu juga akan lepas,  maka tiada apa lagi yang boleh kita percayakan dengan kepimpinan yang ada ini.

i

waJah² seTan ???

September 24, 2008

i i

taMRin raMaDHan DPPK IT…

September 20, 2008

i

Update

Program ‘Teman Sahur’ yang telah dirancang berjalan lacar tanpa sebarang gangguan. AlhamduliLLah mungkin berkat dari solat hajat yang diadakan sebelum memulakan misi ini menjadikan ianya agak lancar walaupun lembab dipermulaan. Satu yang agak melucukan bilamana pemuda² aku yang tidak pernah melihat gelagat mak nyah ini terpesona dengan keayuan wajah yang dimiliki oleh mak nyah ini. Kami bergerak dari PASTI Temiang jam 02.00 pagi berbekalkan 20 bungkus nasi goreng kampung yang masih panas bersama air mineral Gau (buat pelembut jiwa mak nyah² itu barangkali). Bermula dari bulatan Chamberlain, kami meninjau² keberangkalian ada kelompok mak nyah disitu. Walaupun ada tetapi berlainan bangsa dimana sasaran kami ialah dari kalangan bangsa Melayu Islam. Kemudian kami menyelusuri Jalan Chamberlain hingga ke Jalan Kampar. Juga tidak kedapatan sasaran kami walaupun agak ramai juga lelaki sopan ini berlegar². Dari tinjauan kami, sesi urusniaga sedang hangat ketika itu. Deretan kereta berhenti bertanyakan harga perkhidmatan, malah ada juga yang sudah berjaya membawa mak nyah ini ketempat yang tidak diketahui.

Perjalanan kami yang diketuai oleh jurupandu sdr. Rahmat AMAL meneruskan pencarian di Jalan Yang Kalsom, tempat yang sangat popular bagi kaum mak nyah ini. Masih tidak berjaya. kemungkinan mak nyah tersebut seriau melihatkan kelibat kami yang agak ramai menaiki 4 kereta penuh itu. Akhirnya jurupandu memilih untuk ke Padang Polo kerana dimaklumkan disitu merupakan ‘port’ bagi mak nyah berbangsa melayu. AlhamduliLLah, kali ini kami berjaya menghidu nafas mak nyah melayu ini. Selepas diberikan taklimat oleh Ket. Penerangan, saudara Safarizal Saleh, kami bergerak dalam satu kumpulan. Akibatnya bertempiaranlah mak nyah yang sedang bernegosiasi disitu disebabkan terperanjat dan ada yang menyangka pihak Jabatan Agama Islam Perak melakukan operasi. Melihatkan cara yang tidak sesuai, kami memutuskan untuk menukar taktik dengan memecahkan kepada beberapa kumpulan. Terbukti cara begini lebih berjaya melembutkan hati mak nyah untuk kembali didekati. Dalam begitupun aku melihat mak nyah ini bukanlah jahil sangat dengan pegangan agamanya. Ada yang dapat menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan dan 10 malam terakhir dan ada juga yang secara bersahaja menceritakan malam Al-Qadr. Ianya dikira agak positif bagi kami kerana kami menganggap dengan pengetahuan agama yang mereka ada itu memberikan harapan untuk kami terus mendampingi mereka pada masa-masa akan datang.

Respon yang diberikan oleh mereka juga amat baik walaupun Ketua Pemuda aku agak malu² kucing untuk bermesra dengan kaum sejenisnya itu. Yang aku rasa jenis x tau malu ialah s/u pemuda aku tu. Siap pegang ‘wig’ (rambut palsu) mak nyah tu lagi. Jangan dipegangnya tempat lain dah la. Jenuh pulak nak menjawab. Setelah gagal untuk menemukan mak nyah² yang lain, kami menukar misi menjadi skuad pencegah maksiat. Couple² yang sedang memadu kasih di malam bulan yang penuh keberkatan ini kami halau. Ada juga yang berdegil tetapi akur juga akhirnya. Dengan berbekalkan lebihan nasi bungkus tadi, kami akhirnya bertemu dengan kelompok mat rempit dan menghadiahkan mereka juadah sahur.

Jam telah melewati pukul 04.00 pagi. Kami bergegas pulang ke kubu setelah berdoa, bersyukur dengan kejayaan program pertama kami itu. Tiba di kubu (PASTI Temiang) sahabat² mengambil peluang melelapkan sebentar mata sebelum bangun untuk berqiam al-‘ibadah. Setelah usai subuh, rohani kami sekali lagi dihidangkan dengan penyampaian tazkirah oleh Ketua Penerangan DPPN Perak, Sdr, Azhar Sa’ud. Kelihatan agak ramai jugak sahabat² aku yang terlalu kusyhuk sehinggakan dahi² mereka hampir bersentuh dengan lantai tatkala mendengar tazkirah tersebut. Syahdunyaaaaa…

Akhir sekali selepas menyiapkan diri, program terakhir ialah ‘Motivasi Pecutan Akhir SPM 2008’. AlhamduliLLah walaupun jumlah kehadiran agak slow, tetapi ianya berjaya juga diadakan. Terima kasih buat Zul, Pengarah Program tersebut dan juga sahabat² yang lain yang bertungkus lumus membantu sehingga ke akhir program. ALlah jualah yang dapat membalas jasa baik korang.

“Jangan sapa-sapa cuba nak amik kesempatan kat Mak Nyah tu kang”

Iskkkk… kalau sentuh nih leh batal wudhu’ ke ek??

Aduhhhh…belahannyaaa. Goyang iman aku

Kalau hangpa xnak kembali ke pangkal jalan, hangpa kembali la kerumah

tomorrow never dies

blogger Hamzi pun ada? duk tayang menatang pa tu?

ya ALlah, ampunilah dosa² kami dan juga dosa² mereka

iskkk…nyaris sempat elak. Klu x mau lebam bijik mata aku nih

bawa ku terbang

Read the rest of this entry »

sEmakIn HampIR…

September 18, 2008

i

Politik negara terus dikejutkan dengan pelbagai drama yang berlaku sebaik sahaja Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan barunya kelmarin. Seharusnya kegagalan pembentukan kerajaan yang baru itu menjadikan situasi politik semakin tenang, namun perkara yang berlaku menjadi sebaliknya. Rata-rata rakyat terkejut dengan pertukaran portfolio yang dilakukan antara Pak Lah dan Najib. Tanpa angin, tiba-tiba Pak Lah merampas Kementerian Pertahanan membiarkan Najib terkontang-kanting menguruskan kewangan negara yang semakin nazak. Adakah ianya menjadi satu petanda proses peralihan kuasa menjadi semakin dekat ataupun ianya dibuat semata-mata melumpuhkan kekuatan Najib. Umum mengetahui Najib mengumpulkan kekuatannya di kementerian Pertahanan. Ekses risikan tentera menjadi sumber kekuatan politik Najib. Kemungkinan Pak Lah seolah-olah sudah dapat menghidu muslihat politik Najib, lantas terus mencantasnya dari terus menular menjadi barah yang bakal meragut dirinya, sepertimana penyakit yang dialami oleh arwah isterinya dahulu. Sikap Najib ini jelas dapat dilihat dari komen Najib yang tidak bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya sewaktu Muhyiddin Yasin menyentuh isu peralihan kuasa di Singapura tempohari. Drama politik tanahair semakin hangat. Bukan rakyat sahaja yang semakin mual melihat pergolakan politik UMNO ini, tetapi pihak istana juga turut berani bersuara. Sebagaimana komen Raja Muda Perak yang ingin melihat percakaran politik negara ini dihentikan segera bagi memberi tumpuan peningkatan ekonomi negara yang semakin merudum. Adakah nasib Najib akan menjadi sama sepertimana nasib Anwar Ibrahim dahulu? Rakyat sedang mengikutinya dengan penuh minat.

i

hADiaH RaYa…

September 16, 2008

i

Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga calon Dewan Undangan Negeri Sanglang telah disytiharkan menang oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi. Ustaz Hashim yang dinafikan kemenangannya pada PRU ke-12 lalu, telah menfailkan petisyen bagi membatalkan pengisytiharan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan oleh Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan raya Bahagian Arau). Ustaz Hashim mendapat 3333 undi dan Abdullah mendapat 3286 undi dan Ustaz Hashim menang dengan majoriti 47 undi. Budak Ipoh Timor mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah buat Ust. Hashim Jasin. Mudah²an dengan kemenangan ini mampu menghidupkan kembali sidang DUN Perlis. Sekurang²nya dengan keputusan ini membuktikan tanpa ‘lompat parti’ pun pihak Pakatan Rakyat mampu memenangi kerusi. Mungkin selepas ini para hakim perlu berani membuat keputusan memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat bagi mengelakkan isu ‘lompat parti’ ini.

i