SeminGGu YanG BerLaLu…

September 10, 2008

i

Sedar x sedar, dah seminggu Ramadhan berlalu. Tirai untuk melabuhkan sayap bulan penuh mulia ini semakin hampir. Hanya tinggal 3 minggu saja lagi untuk kita berlumba² mengutip sebanyak mungkin ganjaran² yang telah dijanjikan ALlah SWT buat orang yang beramal dibulan mulia ini. Agak² aku sempatke? Ntahlah. Aku harap Ramadhan kali ini tidaklah bertambah buruk dari Ramdhan yang lepas. Kalau begitu buat aku, amat malangnya. Di saat penghuni kubur berlumba² merayu memohon kepada ALlah SWT agar dapat dikembalikan kedunia demi untuk melakukan sebanyak mungkin amalan kebaikan, aku yang masih diberi nafas ini terus leka. Aduhhhhh…mohon dijauhkan sifat lalai yang tercela itu.

Aku pun agak kurang menulis dalam bulan Ramadhan kali ini. Mungkin untuk mengurangkan dari berbuat perkara sia² kot. Pujuk hatiku. Ok kat sini aku updatekan sket gambar peristiwa seminggu aku berpuasa. Let check it out!

i

Pengalaman Pertama …

i

mangsa mercun buatan sendiri???

Okies..ni bukan mangsa cedera main mercun buatan sendiri ek. Jgn salah anggap lak. Ni kawan aku, Shah yang kemalangan 2 hari sebelum nak posa. Dari cerita dia, dia dilanggar keta time nak masuk keje pas break solat Jumaat. Tapi aku musykil gak dia pegi smayang ke idak. Dia ngan penuh kondipen jawab pegi. AlhamduliLLah la. Kalau mati pun kira t/jawab dah setel. Tapi aku x tanya lak time khutbah jumaat tu dia dengo ke tido? Haha aku rasa kompom tido nye. Keh keh keh…Ikukan ni la pengalaman pertama dia nih bermalam di spital. X leh tido malam katanya. Kaki berdenyut. Tapi aku rasa bkn pasai kaki 2 sgt. Mungkin kena sakat dek antu situ. Maklumla malam² terakhir sebelum kena rantai. So mesti diorang buat party sambut Ramadhan kat spital tu.

i

model kalendar FZ150i 2009

Kalau korang nak tau isi durian kucin tido yang heboh diperkatakan tuh, gambar diatas mungkin ada persamaannya. Cuma yang atas tu orang tido. Kalau kucin tido mau kena rembat dek SE pejabat. Hik hik. Ikut pemerhatian aku, mungkin ini pengalaman pertama dia pose. Aku pun simpati menengoknya. Ingatkan bebudak je camtu. Dah jadi bapak budak pn sama. Isk isk iskkkk…Kalau dh x larat sgt berbuke je le. Pose stengah hari. Esok² sambung la lg stengah. Ok gak kan? Hehe… Dia nih nye nama sama ngan nama bulan posa ni. Tapi perangai ntah le. harapnye sama le. mudah²an insyaALlah. Mungkin ngah lalok sbb bekalan candu terputus. Tu pasal lending ngalahkan model kalendar tu. Haha

i

Jambatan baru Kg. Temiang / Kuala Pari. Gambar kecil jambatan lama

Yang ni plak pengalaman pertama aku lalu diatas jambatan yang baru je siap di Kg. Temiang yang menghubungkan penduduk disitu ke kampung Kuala Pari, Mengelembu ataupu ke Pusat Bandar. Aku tumpang berbangga kerana hajat untuk memiliki jambatan yang lebar seperti ini hanya tertunai setelah Pakatan Rakyat memerintah. AlhamduliLLah kesesakan yang berlaku sebelum ini sudah tiada. Harapnya bila dah lebar camni xde la dijadikan pusat memancing plak di kiri kanan jambatan tu.

i

berbuka @ Heritage Hotel Ramadhan 4th. 1429

Yang ni lak sesi berbuka kat Hotel pada 4 Ramadhan yang lepas. Aku, Bro. Roslan & Rahmat AMAL dijemput oleh pihak pengurusan Hotel Heritage bagi mewakili PAS Perak. Kebetulan suma staf pjbt PAS Perak nih berhalangan nak pegi @ ngan kata zuhudnya x ske makan mewah². Tika suma orang berpusu² menuju ke Dataran MBI untuk berbuka puasa bersama MB Perak, aku bertiga memilih haluan yang berlawanan. Kira menongkah arus la. Apa barang berbuka atas padang. Ujan lebat lak tu. Baik g hotel. Ada ekon. Makan pun banyak. Sedap² woooo.. Lagipun dah memerintah nih kena la tukar style sket. Hak hak hak…

Kiranya ni la pengalaman pertama kami berbuka kat hotel. Sebelum² ni penah berbuka ‘dekat’ hotel je. Maknanya kat  kedai mamak sebelah hotel je la. So pada kenkawan yang eksyen sangat dapat makan kat hotel b4 muktamar aritu, aku nasihatkan korang insafla. Hidup ini umpama roda. Kejap kat atas, jap kat kedai motor.

i

solah @ State Masjid

Akhirnya bila dh puas ngutuk dan membangga diri, aku pun singgah solat isya’  terawih kat Masjid Negeri. Buat kali pertamanya aku solat kat masjid ni time bulan Ramadhan Kareemni. Kehadiran jemaah agak kurang. Nak kata suma dpt jemputan ke Hotel heritage tu, aku rasa aku bertiga je yang dapat. Mungkin diorang g Dataran MBI kot. Dengar citer mmber aku si Hamzi tu, dia siap kena smayang tgh hujan lagi. X tau la samada org penuh sgt atau dia saja nk nunjuk² smayang tgh hujan 2. Maklumla ngah solo. Nak penaikkan saham la konon. Kih kih

i

P/s– mana² yang aku trsebut @ terkutuk tu, aku mohon maaf awai2 la ek. Takut x sempat nk jumpa lak😛

i

%d bloggers like this: