dOuBLe steNdet…

September 12, 2008

i

Telah diberitakan Raja Petra Kamarudin (RPK) @ Malaysia Today telah ditahan dibawah AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jam 1.30 petang tadi . Penahanan dipercayai berkait rapat dengan artikel kontroversinya didalam laman web Malaysia Today kebelakangan ini. Paling akhir ialah laporan polis dari JAKIM berkaitan artikelnya yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily, lokasi penahanan RPK masih belum diketahui. Rata-rata kita pastinya tidak bersetuju AKTA ISA ini digunakan kepada sesiapun jua dinegara ini. Tetapi yang menjadi persoalannya, kenapakah AKTA ISA ini seringkali digunakan hanya kepada seseorang yang cenderung untuk membangkang kerajaan sedangkan ketika seseorang dipihak kerajaan mengeluarkan ancaman perkauman dipandang sepi sahaja. Contoh mutakhir bagaimana Ahmad Ismail, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera yang telah membangkitkan isu perkauman ketika kempen pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh lepas. Hukuman dengan menggantung keahlian UMNO selama 3 tahun dilihat terlalu ringan sedangkan sepatutnya dia lebih layak ditahan dibawah AKTA ISA yang zalim ini. Nampaknya kerajaan Malaysia masih tidak mengendahkan permintaan rakyat yang meminta agar AKTA zalim ini dihapuskan. Buktinya terus kekal dari dahulu hinggalah sekarang ini. Apa yang dibangkitkan rakyat akan kezaliman undang-undang ini terbukti kebenarannya. AKTA zalim ini hanya ditujukan kepada pihak pembangkang sahaja tetapi tidak kepada penyokong kerajaan.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: