hADiaH RaYa…

September 16, 2008

i

Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga calon Dewan Undangan Negeri Sanglang telah disytiharkan menang oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi. Ustaz Hashim yang dinafikan kemenangannya pada PRU ke-12 lalu, telah menfailkan petisyen bagi membatalkan pengisytiharan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan oleh Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan raya Bahagian Arau). Ustaz Hashim mendapat 3333 undi dan Abdullah mendapat 3286 undi dan Ustaz Hashim menang dengan majoriti 47 undi. Budak Ipoh Timor mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah buat Ust. Hashim Jasin. Mudah²an dengan kemenangan ini mampu menghidupkan kembali sidang DUN Perlis. Sekurang²nya dengan keputusan ini membuktikan tanpa ‘lompat parti’ pun pihak Pakatan Rakyat mampu memenangi kerusi. Mungkin selepas ini para hakim perlu berani membuat keputusan memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat bagi mengelakkan isu ‘lompat parti’ ini.

i

JujUr @ muSLihaT…

September 16, 2008

i

Seperti yang dijanjikan, Zaid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang. Beliau yang dilihat agak vokal dalam isu penggunaan ISA ketika ini, telah memberi kata dua kepada kepimpinan kerajaan Pak Lah samada menghentikan segera operasi penangkapan ataupun berdepan tindakan meletak jawatan.

i

“Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

“Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

“Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

“Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.

Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.

Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.

“Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan…komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu,” katanya.

Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

“Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

“Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya.

Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.

i

Mungkin ramai pihak yang telah memuji tindakan tegas menteri ini dalam melayan isu ISA ini. Aku juga salah seorang daripadanya walaupun parut lama tindakannya menyaman kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hudud dahulu masih bermain² dalam benak fikiran ni. Cuma apa yang aku pelik dan heran kenapa Zaid ni berani nak meletak jawatan? Persoalan inilah yang buatkan aku mulai curiga dengan tindakannya itu. Kemungkinan beliau berbuat demikian bagi mengendurkan perasaan amarah rakyat Malaysia terhadap kerajaan Pak Lah. Maklumlah Pak Lah lah yang telah menyelamatkan karier politiknya dengan melantiknya sebagai menteri berstatus Senator sebelum ini. Takkanlah kali ini dia x boleh nak menolong bosnya pulak. Sementelah kali ini isu ISA ini mendapat tentangan yang cukup hebat bukan sahaja dari rakyat yang membangkang tetapi juga dari kalangan penyokong kerajaan si terutama dari Gerakan, MCA da MIC. Ini kerana tangkapan kali ini membabitkan kalangan kaum bukan Melayu.

Pimpinan parti komponen bukan Melayu dari BN ini tidak lain dilihat untuk meraih kembali sokongan kaum mereka terhadap parti mereka sendiri yang sudah semakin terhakis itu. Sekiranya ianya melibatkan kaum Melayu yang taat kepada agamanya, aku pasti nada mereka pastinya berbeza atau besar kemungkinan akan bersetuju 100% alasan penangkapan itu. Paling aku meluat bila melihat jawapan dari Syed Hamid bilamana ditanya oleh wartawan mengenai kenapa Ahmad Ismail, ketua UMNO Bukit Bendera tidak ditangkap sama? Jawabnya Ahmad Ismail melibatkan masalah ahli parti dan sudahpun dihukum oleh parti. Haha… beshnya jadi ahli UMNO. Kalau merasuah dalam pemilihan pun BPR x leh nak dakwa atau tangkap, pastu siarkan kenyataan berbaur perkauman pun x leh ditangkap dan didakwa. Maknanya ahli UMNO semakin kebal dengan undang² Malaysia. Mungkin ini menjadi satu lagi daya tarikan buat menarik seberapa banyak rakyat kembali menjadi ahli UMNO barangkali. Mungkin juga salah satu insentif yang bakal ditawarkan bila mendaftar sebagai ahli UMNO nanti ialah kebal dari sebarang tindakan undang². Sapa tahu???

Inilah Malaysia tanah airku yang tercinta 😉

i