tUKar…

October 30, 2008

i

Tahniah buat aku. Malam semalam aku dah berjaya menukar plan Celcom Xpax aku ke plan Celcom BLUE. Aku ingat kalau nak guna plan Celcom BLUE ni kena beli simkad baru. Tapi adik aku berjaya menyelesaikan masalah ni. So xyah beli simkad baru.

Anda hanya perlu buka kotak mesej dan taipkan MIG BLUE dan antar ke 28882. then dalam tempoh x sampai seminit anda akan terima mesej pengesahan dan jika anda memang betoi2 nak tukar ke plan Celcom BLUE ni anda taip kan YES dan balas. cukup mudah.

Antara kelebihan beralih ke plan Celcom Blue ni ialah had 8pax anda bertambah besar menjadi 20 nombor teman berbanding hanya 8 nombor sebelumnya. Caranya cukup mudah. Taipkan TEMAN <jarak> <no tipon> antar ke 28882 jugak. Amat jimat buat sesiapa yang suka bersms. 1 sen sepanjang masa buat 20 nombor yang didaftarkan. Panggilan pula hanya dikenakan cas 15 perminit.

Ok? Agak² puas hati ngan penerangan aku ni? Layak x aku jadi pegawai promosi Celcom x berbayar nih? Haha… Kira kerja amal aku la. Dulu PAS Perak pernah buat promosi agar seluruh ahlinya guna talian Celcom ni. Cuma yang aku kompius masih ada jugak dikalangan pimpinan PAS Perak ni menggunakan talian selain dari Celcom ni. Samada x patuh pada keputusan ataupun malas nak tukar no? Tapi kalau alasan kedua tu dah x jadi masalah coz skang nih kita bebas menukar ke mana² penyedia talian tanpa menukar no sedia ada. Caranya??? G la tanya sendiri kedai Celcom.

i

Lawati laman Celcom –> di sini untuk maklumat lanjut

i

peNat…

October 29, 2008

i

Arinih hampir seminggu aku x update kan blog. Bukan xde benda nk ditulis, tapi mood n penghayatan x masyuk langsung 2-3 hari nih. Sementelah pulak dapat komen yang membina dari KP Changkat Ibol. Anywayz thanks 4 da komen. Aku rasa biarlah aku dengan gaya aku. Nak tulis hal personal @ hal semasa. Apa jugak yang aku rasa patut aku tulis aku tulis la. Dari terbiar sepi je blog aku nih. Kalau aku lebihkan tumpuan pada hal politik, aku bukan ada kepakaran pn dalam bidang nih. Aku ulas ikut pemahaman aku. Orang x faham, aku x leh nk buat apa² la. Jadi aku isikan ikut pertimbangan sendiri je la. Kalau rasa membosankan entry aku tuh, abaikan n pindah ke blog lain je (ayat familiar buat para blogger). Mudah dimasak sedap dimakan. Ok malas nak mengomel.

Semalam DPPN Perak buat pertama kali dalam sejarah (klu x silap aku) mengadakan jamuan ‘Eidulfitri di sebuah restoran yang agak famous (bagi aku), di Resoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Itu semenjak aku bergiat dalam pemuda ni la. Yang sebelum² ni di luar pengetahuan aku. Menambahkan meriah majlis sambutan tu, MB dan Exco agama negeri Perak turut dijemput. Aku sendiri x pasti rasionalnya DPPN Perak ni mengadakan sambutan tersebut di restoran tersebut sedangkan markaz dan dewan orang ramai boleh digunakan. Mungkin markaz dan dewan orang ramai dilihat tidak eksklusif buat pimpinan pemuda negeri nih. Atau boleh jadi juga majlis malam tadi disponsor oleh insan² tertentu yang telah mendapat pulangan dari kerajaan baru Perak ini. Aku pun x pasti. Sekadar menimbulkan persoalan. Yang pasti kalau x silap aku jemputan hanya dibuat kepada Ketua Pemuda kawasan² sahaja sedangkan tanpa ahli yang  memberikan kerjasama kepada Ketua Pemuda, manakan boleh dewan pemuda hidup. Mungkin jugak nak hargai sumbangan mereka yang memimpin. Yang dipimpin makan kat warung² je dah la. Lagipun elok juga diajar sebegitu. Bukan itu matlamat nak berjuang nih. Cuma aku nak jugak peringat kat pemuda negeri nih, janganla terus-terusan leka ngan kemenangan mengejut nih. Harap²nya diorang masih waras yang mana satu keutamaan. Mengekalkan kemenangan atau leka meraikannya x kira masa hinggakan lupa musuh dah jauh mendahului kita dalam mengatur strategi menghadapi peperangan pusingan ke-2 nanti. Menghadiri program² santapan rohani ataupun leka dengan santapan jasmani. Antara sebab² kejatuhan kerajaan Islam hebat sebelum ini ialah apabila mereka sudah meninggalkan syariat agama dan bermewah² dalam kehidupan. Itu antara kata-kata guru aku dahulu. Mungkin benar waktu dahulu, sekarang belum tentu. Tapi kalau inginkan pengesahan cubalah. Wajar juga memikirkan komentar Muhamin Sulam dalam Harakah terbaru ni yang membangkitkan persoalan samada memilih untuk memakai kereta Merc ataupun mengekalkan kesederhanaan memakai Waja yang buruk setelah eksiden. WaLLahua’lam…

i

bASah…

October 22, 2008

i

Tiap petang ujan skang nih. Mata rasanya asyik melekat je. Ntah nape. Nak kata ngantok x de lak nguap. Update blog le jawabnye. Kang dilayan mata nih mau lena sampai ke maghrib. Huhu…

Smalam pun nak g usrah umah Abi ujan lebat. Nyaris le KP sudi nak numpangkan. Kalau x berat gak hati nih nak g. Dalam hati dah nyumpah si Shahril yang mandai² buat usrah kat sana. Dah le nak mesyuarat pastu. Mesyuarat buat kat PASTI Bestari, TC. Means 2 venue. Klu buat usrah kat TC je kan senang. Dah la umah si Abi tu jauh bebeno. Kat Taman Botani. Bijak sungguh s/u pemuda aku nih merancang.Ish ish ishhh

G pas maghrib. Amik Padil, Ijat & Jem. Laluan dari simpang Jln Gopeng ke Seri Mergosa, Tmn Botani (umah Abi) ni agak jauh. Gelap pitap jalannya. Tawakkal je le. Si Padil siap leh ceritakan lagi asal usul ayat Botani tu. Macam pandai bebeno gayanye. Ntah kan betoi ntah kan idak. Hentam aje la Padil. Asalkan x sunyi dlm kete tu dah le. Seram jugak gelap² ni. Setakat hantu x heran sgt sbb muka Jem pn lebih kurang je (hik hik). Kot² la ade penyamun nunggu kami tepi jalan tu. Arghhh kita g wat keje Islam, mesti ALlah lindungnye insyaALlah.

Sampai, Shahril ngan Hisyam dah nunggu. Ngam² masuk ‘Isyak kume sampai. Elok sangat la. leh solat dulu. Umah sewaan Abi ni x la besar mana. Kos rendah. Standard la. Dengar kat dapur zaujah dia ngah masak. Canteeekkk… Ujan² ni perut mmg lapor sntiasa. Bertambah khusyuk la solat aku kang nih.

Mula usrah hanya berlapan. Then sampai Firdaus n Rizal. Zul, Hamzi ngan Syeikh sampai lewat sejam. Dah la lewat, sesat larat lak tu. Kena la Shahril g amik. Manje bebeno. Mungkin pengalaman sebagai penghantar poslaju buatkn mamat nih cekap ngan jalan. Diorang bawak ahli baru, Hanif. Warak semcm je. Segan lak nak natap lelama. Lastly Anuar Shaari pn join. Wah dari xde sapa jadi x muat umah lak. Senyum lebar si Abi dpt tetamu cam kume ni. Bercahayala rumahnya malam tu.

Pengerusi usrah mlm td Abg Jem n naqib lak si Hisyam. Aku rasa Jem berckp melalu idung. Tunduk sepanjang masa. Samada malu atau hiba yg amat melihatkan komitmen pemuda yg dtg usrah tu. Tajuk baru, penyakit ke-4 : ‘Uzlah dari buku Penyakit Umat Islam karangan Dr. Sayyid Muhammad Noh dibentang dan dihuraikan. Si Zul yang dtg lambat agak blur. X nampak jalan katanya. Mungkin akibat sesat td. Hamzi lak eksyen dh abis pose 6. Duk hentam sapa yang x abiskan posa sunat tu abiskan cecepat. Aduh pedas n keras amarannya. Nyaris tahap sabar masa tuh tinggi gak. Klu x abis rahsia dia siang smlm aku bongkar. Siap la hang pasni. Kalau hati aku terguris skit jek hang buat, aku bongkaq abis secret admire hang tu. Acara seterusnya, makan makan… Thanks Abi. Mee goreng ngan jus oren tu sedap sangat. Len kali leh wat lagi.

Kul 11 mlm mintak diri nak ke TC 4 mesyuarat. Ujan masih x soyat. Memacam agenda dibentang. Abis kat kul 2 pagi. Ces, gile mesyuarat pemuda kwsn aku nih. X ingat anak bini langsung. Nyaris wat keje baik. So harapnya pahala tu ngalir sama la kat family. Aku, Rizal ngan Rahmat g carik kedai. Perut dh lapor balik. Jenuh carik x jumpa. Nyaris ALlah lorongkan jugak rezki buat kume. Sebuah kedai masih tersergam bercahaya menanti pelanggan lewat cam kume ni. Rizal order Pattaya. Mentang²la dia dah ‘buang’ suma isi perut kat umah Abi td. Aku ngan Rahmat mkn kentang goreng je. Lepak sembang dh smpai kul 3. Trpaksa bayar. Kang silap² kena halau ngan tokey kedai. Cadang nk tgk Champions League, Man U vs Celtic. Bukak time tu Man U leading sebijik. Tp mata dh x thn yop. Bobom je la…

So buat Abi, time kasih atas layanan baik smlm. Kalau x kerana usrah malam tadi, ntah bila la nak sampai umah dia.  Mudah²an ALlah murahkan rezeki korang suami isteri.

i

tAHniah…

October 21, 2008

i

Kerajaan BN sekali lagi mengulangi pencapaian cemerlangnya apabila berjaya melahirkan bakal pimpinan pelapis yang samseng dan kurang ajar. Kejayaan terbaru berjaya dikesan di SM Perlis apabila pelajar sekolah tersebut bergaduh dengan memakai baju dacing BN. Sudah tentu ianya satu kebanggaan buat negeri Perlis, negeri yang paling kecil di Malaysia. Seminggu sebelum itu sekolah tersebut juga telah berjaya melahirkan pakar tendangan jarak dekat apabila seorang pelajar perempuan berjaya menendang gurunya sendiri.

Sementara itu pelajar di Terengganu turut menempa nama dalam rekod pendidikan negara apabila telah berjaya menghasilkan beberapa orang pelakon. Walaupun mereka berlakon dalam klip pendek dan merakamkan lakonan mereka dengan telefon tangan, ianya dianggap satu permulaan yang baik dalam menghasilkan mutu lakonan yang lebih baik pada masa-masa akan datang. Seharusnya Menteri Pelajaran sekarang wajar dinobatkan sebagai tokoh ulung pendidikan negara kerana berjaya menghasilkan pelajar-pelajar versatile seperti ini. Sekian Gopi melaporkan dari bilik berita.

i

sIan…

October 20, 2008

i

i

Pagi datang keje, sambil selak² paper Star, xcited lak nak nengok pola pencalonan pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Pertarungan 4 penjuru akan menjadi 3 penjuru barangkali stelah Zahidi Zainul Abidin akan menarik diri.  Xtau le plak kalau minggu depan dia dapat kesemua baki pencalonan dari bahagian² yang akn bersidang nnt. WALlahua’lam. 3 yang lain , Mukhriz, Kery Budak Itam dan Khir Tempe…

Yang dah lepas Mukhriz sorang je. Kery Budak Itam ngan Khir Tempe masih mencongak² undi. Dapatke idak. Ntah. Yang pasti Kery Budak Itam tu jauh ditinggalkan oleh orang yang pernah dipelekehnya dulu. Resam politk UMNO x pernah yang harum. Bila berkuasa suma orang julang, tatang. Cuba bila dahan berpaut dh hilang kuasa… Time tu abis dihenyak² orang yang dulunya julang kita tu. Nak caya ke x terpulang. Moga PAS x amalkan sikap cmtu pas menang banyak ni dah la…

i

ii

Smalam bukak buletin utama tv3 suku. Aku x pasti muka sapa yg huduh masam mencuka time tu. Maklumla tv aku pakai tekologi CRT lagik. Bukan LCD @ plasma tv. So aku dekatkan bijik mata aku. Aku fokus bebetoi. Haha… muka Dolah upernyer. Padanlah x knai td. Teruk bebenor mukanya mlm td. Aku dengar bebetoi apa benda yang buat dia marah sgt. Pasai Hindraff lagi ka Dolah??? Kan ke dah Pak Syed haramkan???

Ooo upernyer pasai Muhyidin Yasin. Padanla. Pasai Muhyidin suh dia kosongkan seat presiden tu la yang buat Dolah bara sangat tu. X nyabo² katanya. Alaaa mana nak sabo Dolah oi, hang tu x moo nak turun². Dah tau orang suma x suka pepandaila bawak diri. Ni nak kena rentap baru nk turun. Orang sound bebaik hang buat donno, dah orang buat cara kotoq hang sentap lak. Ape la hang nih. Hang tengokla sama ntah² kata² Muhyidin tu dikeluarkan selepas berbicang dengan penasihat Najib a.k.a Rosmah tu. Bukan ke Rosmah yg dh x sabar, duk trgila²kan jawatan first lady tuh? Isk isk iskkk…

Pastu Dolah bising lak pasai Tun M. Duk sibuk nak jadi Pengarah Pemilihan UMNO ni. Haha.. Hang x perasan ke sapa calon utama Ketua pemuda skang nih? Bukanke Mukhriz tu anak Tun M? Mungkin pasai menantu hang kalah ngan Mukhriz skang ni sbb hang hot sgt ek Dolah? Tp klu Mukhriz menang bebetoi jawatan KP tu nnt, hang x terpikir ke dia akn jadi sparring partner Najib n Muhyidin? Muhyidin mmg sah org kuat Tun M. X tengok sapa yg dtg masa dia buat open house klu bkn Tun M. Pak Lah x mandang pn. Ntah dijemput ke idak Muhyiddin kat dia. Terguris hati Dolah tu. Kenapala diorg layan Dolah sehina ini? Tu pasai kot Dolah hangin semcm je kat Mahyudin ni.

So akhir kata, klula Muhyidin n Mukhriz ni org Tun M, xkn la itu x leh dijadikan jambatan oleh Najib utk meminta tunjuk ajar dari Tun M kan? Aku rasa tentu Najib pun sayang lagik ngan Tun M lebih dari dia sayangkan Pak Lah…

i

mEEtinG…

October 17, 2008

i

Baru pas meeting nak wat open house opis. Meeting bersambung Isnin 20hb nih. Apa yang pasti tarikh sambutan 23 Oktober ni. Tiada pindaan lagi rasanya. Nak ajak pn x leh. X da kata putus lagik. SO tunggu je la keputusan Isnin ni. Ngah makan mee goreng & teh tarik Kak Ju. Rasa??? Boleh laaaa…

i

reZEki…

October 17, 2008

i

AlhamduliLLah baru je selesai mkn tnghari. Amran Harun, Pembantu Khas MB Perak bermurah hati menaja makan tngahri kami hari ini. Pengakhiran makan tadi, sempat juga dihidangkannya kami duit raya sebagai juadah pencuci mulut. Terima kasih daun keladi. Tidak berbekas dengan kesenangan yang dikecapinya sekarang hinggakan tidak lupa kepada kami staf pejabat. Mudah²an rezeki dia bertambah² selepas ini insyaALlah. Xlupa jugak kepada Setpol, Ust Misbahul Munir yang turut tidak lupa menghulurkan sumbangan raya kepada kami. Mudah²an ALLah menetapkan hati² kalian pada jalan ALLah. Perkabaran yang tidak baik buatnya yang aku dengar di tv dan didada akhbar arinih. Sempat bertanyakan kepada Amran perihal isu tersebut. AlhamduliLLah x jadi kudis pun. Moga Allah melorongkan jalan keluar pada setiap masalah yang menimpa pejuang² Allah ini. Syukran…

i

pERtama BukAN tERakHir…

October 17, 2008

i

Masjid pertama yang mempunyai menara dan kubah telah dibuka dengan rasminya di Berlin, timur  Jerman. Masjid Khadija merupakan simbol kebanggan bagi pengikut fahaman Ahmadiya ini. Walaupun pembukaannya disertai bantahan penduduk setempat, ianya tidak melemahkan semangat warga muslim disitu dan menyifatkan pembukaan masjid ini telah melakar sejarah baru bagi bekas negara Jerman Timur yang sebelum ini dikuasai masyarakat penganut komunis itu. Mudah²an dengan pembukaan masjid itu akan menyemarakkan lagi proses pengembangan Islam di situ.

i

Untuk sumber berita asal sila klik –> di sini

i

rESt SkoJaP…

October 16, 2008

i

i

*sumber gambar –> di sini

i

pELik tP bEnaR…

October 16, 2008

i

“I will join any party that allows me the platform to fight for the cause of Islam, even DAP”- Zulkifli Nordin

i

iBegitulah kenyataan peguam muda yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, sdr. Zulkifli Nordin dalam paper The Star semalam. Sungguh ku x sangka kenyataan begini keluar dari mulutnya. Kalau benarlah dia berkata demikian, malang sungguh la. Aku pernah berbangga dengan tindakannya menentang satu majlis forum berkaitan hak kebebasan beragama di ibukota sedikit masa dahulu. Apa yag dijawabnya dihadapan panel siasatan salahlaku yang ditubuhkan keADILan selepas itu lagi membuatkan aku bangga.

“Islam come first, the other come rest…”

Tetapi kenyataannya semalam (jika benarlah darinya) buatkan aku terpaksa berfikir kembali patutke aku berbangga dengannya. Seingat aku Zul nih nah jadik YDP PAS Kawasan Batu, WP (klu x silap,klu silap betulkan). Masa reformasi 98 dulu, dia dah mula beralih minat ke anak guamnya, Bung Nuar. Aku pernah ikut ceramahnya di sekitar KL. Memang banyak sgt puji²an kepada Bung Nuar walaupun ketika itu dia masih menjadi ahli & pimpinan PAS. Mungkin faktor anak guamnya, banyak maklumat off record tentang penginayaan Bung Nuar sampai kepadanya. Tu pasal dia beralih minat. Sehinggalah yang terbaru dia menjadi calon Parlimen Kulim Bandar Baru dan menang atas tiket keADILan. Statusnya masih aku x pasti samada dah rasmi menjadi ahli keADILan ketika bertanding aritu atau masih menjadi ahli PAS. Memakai baju je kot. Mungkin keADILan lebih baik dari PAS dan sesuai ngan aspirasi dia. WALlahua’lam. Cuma bila keluar statement di atas tu, satu persoalan timbul. Bukankah PAS menyediakan platform yang lebih baik dalam menyuarakan sebarang permasalahan mengenai Islam. Patutnya PAS la wadah perjuangan yang akan dipilihnya seandai benar dia ikhlas nak memperjuangkan hak² agama Islam di Malaysia ni, bukannya DAP. Aduhhhh…kekadang cakap cerdik pandai nih payah nak paham.

i