Pak Lah ooo Pak Lah…

October 7, 2008

i

Pak Lah makin sasau. Hatinya semakin menjerut rasa. Bukan apa, makin hari makin galak pula orang² bawahannya melalak meng’offer’kan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dimulai dengan Zahid Hamidi, disambut dengan Ali Rustam dan yang terbaru oleh Nur Jazlan Mohamed. Kesemuanya bukanlah calon yang disebut² akan menduduki hiraki kedua tertinggi dalam UMNO iaitu Muhyiddin Yassin. Beliau dilihat sehingga kini masih mengamalkan sikap berdiam diri walaupun berkemungkinan bakal kehilangan kerusi no. 2 tersebut. Sikapnya kali ini agak kontra dengan sikapnya sebelum² ini. Beliaulah antara pemimpin yang lantang meminta proses peralihan kuasa Pak Lah dengan Najib dipercepatkan. Kemungkinan beliau sedang mencongak kekuatan lawannya sekiranya beliau ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden. Antara ketiga² pemimpin yang sudah menawarkan diri untuk jawatan tersebut, Zahid Hamidi agak mempunyai kelebihan berbanding dua yang lain walaupun Ali Rustam merupakan Naib Presiden yang mendapat undi kedua tertinggi selepas Isa Samad. Kelebihan yang ada pada Zahid ialah eratnya hubungan beliau dengan Najib. Sudah tentu ianya satu kelebihan bagi Najib mencari gandingan yang sesuai untuk mempertahankan kedudukannya nanti. Muhyiddin bukanlah gandingannya yang sesuai buat masa ini.

Bagaimana pula dengan Pak Lah? Apa tindakannya selepas melihat ada makhluk² TK (Tamak Kuasa) yang sudah menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden? Sudah tentu hancur lebur peluangnya untuk terus mempertahankan jawatan Presiden. Pernah tercatat dalam sejarah Negara, Zainal Rampak, Presiden MTUC berkompromi dengan Timbalannya, Shafie BP Mammal berkaitan peralihan kuasa mentadbir badan kesatuan sekerja terbesar di negara ini. Tetapi akhirnya, pengkhianatan telah berlaku. Zainal Rampak terang²an mencabuli perjanjian dengan timbalannya sendiri. Tetapi mampukah Pak Lah melakukan perkara yang sama???

Di sinilah letaknya kebijaksanaan Najib. Beliau awal² lagi telah meletakkan proksinya untuk bertanding jawatan no. 2 itu. Jadi peluang bagi Pak Lah untuk melakukan U-turn tidak mungkin berlaku. Dengan penawaran jawatan no. 2 itulah, peluang untuk Pak Lah meninggalkan singgahsana mewahnya semakin cerah. Terang-terangan Najib mempermainkannya. Memang benarlah Pak Lah ni lembik. Lemah daya ingatan pulak tu. Senang sangat kena main.

Bagi Mahyuddin pula, sekiranya beliau tidak berentap dengan Najib bagi jawatan Presiden, sudah tentu tiada apa yang tinggal untuknya selepas ini. Samada menang atau kalah, yang penting maruah perlu diselamatkan. Jika beliau mengambil sikap bertanding Timbalan Presiden pula, kalaupun menang beliau terpaksa menunggu lagi untuk berpeluang menjadi PM. Itu kalau menang. Bagaimana pula sekiranya beliau kalah??? Malu dapat, jawatan dah tentu x dapat. Bagi aku lebih baik dia kalah dengan Najib dari kalah dengan Nur Jazlan.

i

One Response to “Pak Lah ooo Pak Lah…”

  1. assafah Says:

    Bole tahan juge ulasan politik kamu ye yop ? Teman ingat lembik-lembik kamu tak minat politik umno tu. Alih-alih dalam pada buat ayo lio basi tu, pandey juge kamu komen setaraf dengan MSO. Mai ler datang rumah, bini teman ari-ari buat tomyam dan paprik. Boleh ler cube kalu berminat ….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: