mEEtinG…

October 17, 2008

i

Baru pas meeting nak wat open house opis. Meeting bersambung Isnin 20hb nih. Apa yang pasti tarikh sambutan 23 Oktober ni. Tiada pindaan lagi rasanya. Nak ajak pn x leh. X da kata putus lagik. SO tunggu je la keputusan Isnin ni. Ngah makan mee goreng & teh tarik Kak Ju. Rasa??? Boleh laaaa…

i

reZEki…

October 17, 2008

i

AlhamduliLLah baru je selesai mkn tnghari. Amran Harun, Pembantu Khas MB Perak bermurah hati menaja makan tngahri kami hari ini. Pengakhiran makan tadi, sempat juga dihidangkannya kami duit raya sebagai juadah pencuci mulut. Terima kasih daun keladi. Tidak berbekas dengan kesenangan yang dikecapinya sekarang hinggakan tidak lupa kepada kami staf pejabat. Mudah²an rezeki dia bertambah² selepas ini insyaALlah. Xlupa jugak kepada Setpol, Ust Misbahul Munir yang turut tidak lupa menghulurkan sumbangan raya kepada kami. Mudah²an ALLah menetapkan hati² kalian pada jalan ALLah. Perkabaran yang tidak baik buatnya yang aku dengar di tv dan didada akhbar arinih. Sempat bertanyakan kepada Amran perihal isu tersebut. AlhamduliLLah x jadi kudis pun. Moga Allah melorongkan jalan keluar pada setiap masalah yang menimpa pejuang² Allah ini. Syukran…

i

pERtama BukAN tERakHir…

October 17, 2008

i

Masjid pertama yang mempunyai menara dan kubah telah dibuka dengan rasminya di Berlin, timur  Jerman. Masjid Khadija merupakan simbol kebanggan bagi pengikut fahaman Ahmadiya ini. Walaupun pembukaannya disertai bantahan penduduk setempat, ianya tidak melemahkan semangat warga muslim disitu dan menyifatkan pembukaan masjid ini telah melakar sejarah baru bagi bekas negara Jerman Timur yang sebelum ini dikuasai masyarakat penganut komunis itu. Mudah²an dengan pembukaan masjid itu akan menyemarakkan lagi proses pengembangan Islam di situ.

i

Untuk sumber berita asal sila klik –> di sini

i